Panduan List Building Untuk Newbie
Dah agak lama saya tidak menulis di blog ini. Sekarang saya sebenarnya berada di kampung bagi menguruskan beberapa perkara. Sebelum balik baru ni saya ada melancarkan satu laman web yang hanya untuk mengumpul list sahaja. Saya hanya mengunakan Google Adwords sahaja.
List building sangat sesuai untuk membuat promosi program Affiliate dan sebagainya. List terbaru yang sedang saya kumpul sekarang ialah list bagi niche kesihatan dan juga rumah tangga. Terus terang ia fokus pada topik mereka yang dah berkahwin (ehem..saya bakal berkahwin) . Kesannya?
Lebih daripada 170 subciber dalam masa 3 minggu dan 22 orang bertindak atau pun 13% CR! Kos? Hanya rm20 je setakat ni. Terdapat beberapa cara untuk anda membina list anda sendiri. Ya..Money is in the list! Jangan abaikannya!
Cara 1:
Bina landing page. Ia adalah satu laman web semata mata untuk orang subcribe. Nak contoh? Nah.. http://www.jomduit.com. Ia adalah projek eksperimen saya bagi keberkesanan list building dalam pemasaran Adwords. Ia sangat berkesan!
Cara 2:
Bina free membership site. Ia agak teknikal untuk newbie. Contoh terbaik ialah VideoPercuma.com, mereka mempunyai lebih daripada 1oK subcriber tanpa ragu ragu.
Cara 3:
Berikan FreeBies. Itulah yang biasa yang kebanyak IM lakukan.Mereka berikan sample, ebook percuma,tips percuma dan sebagainya dengan syarat orang subcribe. Contohnya ialah laman web RajaAdsense.com sendiri la.
Cara 4:
Pre Lauched atau pra pelancaran. Biasanya IM akan buat havoc dulu kemudian mereka akan buat pra pelancaran. Subcriber akan tahu apabila produk berkenaan dilancarkan. Mereka biasanya akan berikan diskaun untuk subcriber sebelum menaikkan harga. Contohnya ialah SistemKedaiOnline.com yang dilancarkan Saifulsham baru baru ini.
Cara 5:
Joint Venture atau kerjasama. Anda perlu mempunyai produk untuk cara ini. Ini adalah kerana anda akan tawarkan sesuatu kepada rakan JV anda nanti. Ia juga banyak dilakukan oleh hampir kesemua usahawan internet yang berjaya. Mereka meminjam list rakan JV lain menerusi affiliate. Dalam masa yang sama, mereka capture lead yang baru!
Itu adalah antara teknik yang boleh dilakukan newbie untuk membina list mereka. Jangan SPAM! Jangan beli LIST secara pukal. Bina sendiri list anda.
Apa yang perlu anda ada ialah laman web dan juga autoresponder. Itu sahaja. Anda sudah boleh mula membina list sendiri. Membina list juga sangat berkadar langsung dengan pembinaan kredibiliti dan juga kepercayaan. Dengan list orang akan menghormati anda jika anda sentiasa memberikan tips dan nasihat berguna kepada mereka.
Bagi yang ingin membuat promosi di Adwords. Ia adalah cara terbaik kerana anda boleh menjual produk yang berlainan kepada list yang sama. Jadi ia tidak merugikan anda. Saya mempunyai beberapa belas ribu subcriber dari beberapa niche. Saya juga membina list ini daripada 0. Jadi anda pun boleh lakukannya.
Jangan hanya memberikan alasan. Bertindak!
p/s:Saya sedang mengumpul bahan untuk update ebook Panduan Adwords. Sales letter saya akan ubah skit nanti.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






3 Responses to “Panduan List Building Untuk Newbie”
By mazlie nadzri on Jun 17, 2008 | Reply
Salam…
Memang tips ini berkesan Sham. Saya pun dah amalkan beberapa teknik di atas. Cuma nak tingkatkan lagi promosi untuk tarik orang
By SyedHafidz on Jun 18, 2008 | Reply
Nice info..!

Saya pun tengah dalam proses untuk mendalami list building secara mendalam..
By titan on Jun 27, 2008 | Reply
Hehe. Aku sedang buat sesuatu. Tunggu a..