Raja Adsense

Mengeluarkan Wang dari Paypal dengan Debit Kad

Written on June 19, 2008 – 12:45 am | by sham |

Ebook percuma yang baru untuk anda semua. Saya dah announce benda ni kat blog saya yang satu lagi. Ia adalah panduan bagaimana untuk anda mengeluarkan wang dari paypal dengan mengunakan debit kad. Ia khas untuk usahawan internet sahaja la.

Yang belum bergelar usahawan internet, anda boleh membacanya bagi menambah pengetahuana anda sebelum terlibat dalam perniagaan di internet. Paypal adalah payment gateway yang paling ramai digunakan di dunia dan digunakan oleh kebanyakan usahawan internet dari Malaysia.

Ini adalah kerana ia mudah dan percuma. Apa yang menjadi masalah ialah bagaimana untuk mencairkan wang didalam akaun Paypal. Suatu masa dahulu ramai yang menjual paypal mereka dan ada yang mengunakannya untuk membeli belah. Ada yang boleh cairkannya tetapi ia memerlukan mereka membuka akaun bank US dimana prosedurnya yang ketat.

Kini tidak lagi, kita sudah boleh mengeluarkan Paypal fund ke Debit Kad atau Kad Kredit yang mempunyai logo Visa. Hanya Visa kad sahaja! Mastercard tak boleh lagi. Jadi jika kad debit anda boleh digunakan bagi transaksi internet dan mempunyai logo visa. Anda boleh keluarkan duit dari paypal anda ke Debit Kad.

Saya lebih gemar jika ia terus dimasukkan ke dalam akaun bank saya. Ia sebenarnya boleh dilakukan jika bank menyediakan kemudahan berkenaan. Anda akan belajar bagaimana untuk melakukannya di dalam panduan tersebut.

Anda boleh download panduan in di

http://www.shamsuriyadi.com/Paypal_ke_Debit_Kad.zip

Tak perlu daftar pape. Hanya download dan baca. Harap ia memberi manfaat kepada anda.

Anda boleh mengedarkannya kepada subcriber anda jika anda mahu. Anda juga boleh letakkannya di blog anda dan memberi panduan kepada pembaca blog anda.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 5 Responses to “Mengeluarkan Wang dari Paypal dengan Debit Kad”

  2. By zool on Jun 19, 2008 | Reply

    Belum buat2 lagi debit card walaupun Public Bank 1 km je dari opis..
    Buat masa nie biar dulu sebab paypal pun belum banyak lagi.. Nak transfer pun tak berbaloi ..

  3. By amylela on Jun 19, 2008 | Reply

    saya mmg tercari2 panduan mengenai paypal sebelum ni… terima kasih ya kerana sudi berkongsi ilmu. saya nak letakkan kat blog yang yang ada suma benda free yang saya kutip huhu http://free-stuff-2u.blogspot.com/

  4. By titan on Jun 19, 2008 | Reply

    waa. satu lagi panduan yang sangat bagus.

  5. By kita on Jun 19, 2008 | Reply

    tq panduan tu…..

  6. By orangestar on Jun 22, 2008 | Reply

    em..sy dpt info psl paypal ni..die ckp kne buat debit kad n kredit kad..pstu tuk verify paypal,xboleh guna debit kad..kena guna kredit kad..so,mcm mn?debit kad boleh verify paypal ke tak?nak kena buat debit kad and kredit kad sekali ke atau debit kad shj?

Post a Comment

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan