Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya
Percaya atau tidak, tiada jalan pintas untuk berjaya dalam perniagaan internet. Saya mengambil masa selama hampir 2 tahun untuk mengalami dan mengkaji sendiri bagaimana perniagaan internet dijalankan. Malah saya pun pernah tertipu! Ya. Itulah adalah fakta. Saya pernah tertipu dengan segala macam perkara yang dikatakan “buat duit di internet”.
Tapi saya mengangap ia adalah satu learning process untuk saya lebih maju dan memahami konsep perniagaan internet yang sebenar. Dan tidak semua perniagaan internet yang saya lakukan berjaya. Jadi saya dapat memahami permintaan dan kemahuan market perniagaan tersebut.
Untuk mendapat pengalaman berkenaan, ianya tiada jalan pintas. Jika kita buat silap, perbaikinya. Jangan diulang lagi. Jika kita terbeli ebook yang hampeh, selepas ini kaji dulu sebelum membeli. Tetapi jangan jadikannya ia halangan untuk anda menambah ilmu.
Sesetengah orang mudah putus asa dengan membeli atau membaca satu ebook! Saya dah membaca ratusan ebook sejak 2004. Setelah 4 tahun, saya sudah memahami banyak perkara. Satu ebook sebenarnya tidak mencukupi kerana ilmu dalam perniagaan internet sangat besar. Anda tidak mungkin akan berjaya dengan hanya membaca satu buku.Setiap pakar dalam sesuatu bidang membaca sekurang kurangnya 100 buku dalam bidang mereka ceburi. Jika tidak cukup 100 buku, anda masih belum pakar. Saya sendiri belum mencapai 100 buku berkenaan. Tetapi dah 70 lebih kot buku tentang perniagaan dan motivasi. Sekali lagi, jika anda membaca sekali sahaja buku berkenaan, anda tidak akan mendapat extract semua ilmu yang ada dalam buku berkenaan. Kita masih perlu membacanya beberapa kali untuk memahami sepenuhnya kandungan buku tersebut. Itupun pasti ada yang tertinggal.
Ingat tiada jalan pintas untuk berjaya! Anda tetap perlu bekerja keras untuk mencapai matlamat anda.
Tips Membeli Ebook:
Nasihat saya sebelum membeli ebook, pastikan penulis berkenaan berani menunjukkan wajah mereka dan nombor untuk dihubungi. Jangan beli jika mereka tidak berani untuk menunjukkan wajah mereka. Kemungkinan untuk penulis yang menyembunyikan wajah mereka berniat untuk menipu atau mengambil kesempatan diatas kealpaan andayang kekurang ilmu.
Pastikan juga terdapat nombor telefon untuk anda hubungi. Ini akan memudahkan anda untuk bertanya dan menunjukkan anda sedang berurusan dengan usahawan yang sebenar dan bukan penyamar. Anda boleh cuba untuk sms atau kol nombor berkenaan.
Ingat tiada jalan pintas. Anda perlu belajar dari kesilapan yang anda buat. Ini akan membuatkan anda menjadi usahawan yang pasti akan berjaya.
Teruskan membaca buku dan ebook. Ia akan menambahkan ilmu anda yang sedia ada.




6 Responses to “Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya”
By jedi79 on Jun 25, 2008 | Reply
Ye nice info ni, tips beli ebook, memang ramai yang jadi penjual ebook ni, cuma macam sham bagitau ada gambar penulis dan contact number, kalau takde nampak sangat le macam menipu.Penjual yang macam ni le boleh merosakkan penjual-penjual ebook yang professional, sebab “lembu seekor terpalit lumpur, habis semua yang lain kena.”
By kita on Jun 25, 2008 | Reply
betul apa yg sham katakan….kadang kita ingin bergelar jutawan tetapi malas untuk berusaha ke arah itu…yang golongan kita rajin adalah..rajin melakukan perkara yang mendatangkan keuntungan dalam masa yang cepat…….
By Abdul Rashid Basar on Jun 26, 2008 | Reply
Memang tak senang nak jadi senang tetapi tak susah untuk jadi susah. Renung-renungkanlah…..ARB Dagang
By miss zarina on Jun 27, 2008 | Reply
nak kaya..tapi bukan senang nak kaya..lebih berkat klau guna tulang empat kerat wat keje utk berjaya..usaha yang menentukan segalanya
By titan on Jun 27, 2008 | Reply
hehe. aku tak penah tunjuk muka. Bagi aku, kalau support yang kita berikan bagus. Bagi no phone, email berbalas. Orang nak cari kita senang. Itu dah cukup. Gambar? Aku letak gambar awek pun orang percaya..
So, kalau ada gambar. Tak cukup lagi tu. At least, kita kene tengok reputasi dan cikai2 pun mesti penjual tu ada blog yang aktif. Kalau just ada site promosi je. Sesape leh kelengtong. Bagi aku, mesti ada blog yg aktif. Bukan blog sepi tanpa lagu..
By dissertation on May 15, 2010 | Reply
Thanks for the post!