Archive for July, 2008
Monday, July 28th, 2008
Wow. Best kan? Itulah fenomena sebenar tentang Panduan Clickbank oleh Mawardee. Ia adalah satu rekod yang baru dalam industri perniagaan internet di Malaysia. Kebanyakan usahawan sedang susah hati kerana kesukaran untuk mendapat projek dan sales yang semakin berkurangan.
Mawardee dengan selambanya telah mendapat jualan sebanyak RM21,000 dalam masa 9 hari. Top affiliate ialah smartzul. Saya tak push lagi sebenarnya.Saya mungkin dalam ranking ke 4 kot dengan 12 jualan daripada affiliate saya. Keduanya ialah bitol. Saya tak hairan kerana mereka semuanya mempunyai mailing list yang besar!
Mawardee dah boleh buat down payment rumah tu bagi duit sebanyak itu. Saya tak push sangat promosi affiliate sekarang ini. Saya sedang mengejar masa dan menghitung masa. Jadi untuk full komitmen tu agak sukar buat masa sekarang.
Salah satu faktor ialah keupayaan autoresponder. Walaupun saya mempunyai 12K subcriber, keupayaan autoresponder saya guna sekarang sangat terhad. Kemungkinan banyak email yang terus ke dalam mangkuk tandas bulk email atau spam email. Jadi saya mungkin akan bertukar autoresponder kot lepas ni. Saya akan start kumpul email balik dari kosong la. Tapi takpe. List sedia ada boleh digunakan lagi.

Jangan lupa untuk download Laporan Percuma Buat Duit dengan Clickbank ini. Anda boleh klik ecover untuk download.
Jangan lupa untuk dapatkan produk paling panas pada tahun ini iaitu Panduan Clickbank di
http://clickbank.rajaadsense.com
Seronok kan buat produk digital. Buat sekali untung buat masa yang panjang. Namun, anda perlukan ilmu untuk melakukannnya. Semua orang bermula daripada zero. Malah saya pun.
Posted in Berita, ClickBank | 11 Comments »
Friday, July 25th, 2008
Hanya seminggu lagi saya akan bergelar seorang suami. Berdebar debar la pulak bila difikirkan perkara ni. Sempena majlis yang bakal menjelang. Saya telah mengambil keputusan untuk membuat satu jualan murah selama 1 minggu. Ia adalah kerja kerja terakhir sebelum saya bercuti daripada online.
Saya mungkin akan bertapa selama 1 minggu kot.
Sebelum berlangsungnya majlis, saya akan deliver sebarang tempahan daripada anda. Anda boleh layari
http://www.shamsuriyadi.com/special/
Dan anda boleh lihat wajah bakal isteri saya buat pertama kali. Gambar tersebut ketika kami bertunang pada tahun lepas. Doakan kebahagian kami ye.
Posted in Uncategorized | 12 Comments »
Wednesday, July 23rd, 2008
Saya buat satu laporan percuma untuk anda semua. Insyaallah saya akan release satu lagi laporan percuma tak lama lagi tentang Paypal iaitu Bagaimana untuk menyelesaikan Limited Access Paypal. Saya release Laporan Clickbank ini dahulu sebagai Viral Marketing bagi Affiliate Panduan Clickbank.
Dah lama siap laporan tu. Lepas Mawardee release Panduan Clickbank baru saya mengambil keputusan untuk jadikan ia sebagai satu laporan percuma. Saya memang malas nak design ecover. Kalo rajin,saya buat la kot.
. Tunggu sehari dua lagi saya akan release laporan percuma paypal plak.
Debit Kad Tune money pun saya dah dapat. Cuma tak test lagi untuk transaksi online sebab tak topup lagi. Lagipun saya baru je sampai KL hari ini. Seminggu lebih saya balik kampung untuk menguruskan majlis perkahwinan saya yang tinggal 1 minggu je lagi. Makin berdebar plak rasannya.

Jadi anda boleh download report percuma ini di http://www.shamsuriyadi.com/DuitClickbank.zip
Saya just cerita pemilihan produk je. Yang lain dapatkan panduan Clickbank di http://clickbank.rajaadsense.com
Selamat membaca.
Posted in Affiliate, Cari Duit, ClickBank | 7 Comments »
Friday, July 18th, 2008
Raja Adsense pun beli Panduan Clickbank? Itulah antara email Mawardee kepada saya. Ya. Saya beli pakej gold Panduan Clickbank. Bagi saya,ia adalah berbaloi untuk membeli produk untuk menambah ilmu yang ada. Lagipun ia akan memendekkan “learning curve” dalam mengkaji sesuatu perkara.
Bagi saya clickbank adalah satu “perigi duit” ataupun goldmine bagi usahawan internet. Lebih lebih lagi ia boleh digandingkan dengan Google Adsense. Malah ia lebih lumayan jika berjaya membuat jualan. Jika Adsense, tanpa jualan kita mendapat bayaran daripada klik berkenaan.Namun jumlahnya sedikit sahaja. Jika anda berjaya membuat jualan. Komisen di clickbank cukup lumayan.
Setelah membaca ebook ini.Saya dapati ia sangat membantu para newbie malah mereka yang telah terlibat lama dalam perniagaan internet. Masalah utama dalam buat duit dengan clickbank ialah bagaimana untuk mencari produk yang killer daripada lebih 15,000 produk yang terdapat di Clickbank. Namun, Mawardee telah mengajarnya dalam ebook beliau berkenaan.
Teknik Adwords yang disarankan juga memberikan saya idea baru untuk produk yang akan datang saya. Seperti biasa jika saya ingin menghasilkan sebarang produk, saya akan menguji terlebih dahulu sebarang teknik sebelum diajar ditulis ke dalam ebook. Saya juga dalam usaha untuk menghasilkan buku saya yang pertama.
Anda perlu dapatkan Panduan Clickbank ini jika anda serius untuk membuat duit di internet. Ia sangat membantu.
Layari http://clickbank.rajaadsense.com untuk maklumat lanjut.
Saya akan buat satu report percuma tentang clickbank nanti.
Percayalah. Melaburkan wang anda untuk mendapat ilmu adalah berbaloi kerana ia akan meningkatkan nilai diri anda. Semua orang bermula dari sifar. Saya pun bermula daripada kosong. Tiada orang mengenali saya pada tahun 2006. Namun, ia tidak menghalang saya untuk terus belajar dan mencari ilmu.
Saya beli ebook,buku,software dan ke seminar untuk menambah kemahiran dan pengetahuan saya. Jika anda merasakan ia membazir duit anda. Jangan beli. Ia tidak berguna untuk anda jika anda beli sekalipun. Jika anda serius untuk buat duit di internet? Dapatkannya!
http://clickbank.rajaadsense.com
Bertindak segera kerana harganya mungkin akan dinaikan lagi selepas ini.
Posted in Cari Duit, ClickBank, Ebook | 6 Comments »
Friday, July 11th, 2008
Terdapat satu konsep perniagaan yang paling best yang boleh membuatkan seseorang tersebut kayap kaya & rayap raya dengan sekali usaha sahaja.
Ia adalah konsep subcription atau recurring. Jadi selagi mereka yang menjadi ahli atau mengunakan khidmat tersebut, anda akan terus mendapat komisen. Ia akan terus berkembang jika anda cuba mengembangkannya.
Itulah target saya selepas ini. Ini adalah kerana ia sangat berpotensi untuk mencari produk yang terbaik untuk diiklankan dan menerima komisen yang berterusan dengan sekali usaha. Iaitu membawa prospek ke program/perkhidmatan berkenaan. Membawa 100 orang menyertai program yang menawarkan komisen $47 setiap bulan sudah cukup untuk anda hidup senang lenang goyang perut kaki.
Dengan clickbank telah membenarkan penyertaan orang Malaysia setelah mereka ban Malaysia selama beberapa tahun sehinggakan kita rugi kerana kita terlepas masa baby boomer perniagaan internet pada tahun 2004-2007. Sekarang zaman kembali merosot kerana kenaikan harga minyak dunia. Orang mula “agak” berjimat untuk berbelanja di internet.
Bukan hanya di Malaysia, diseluruh dunia. Jika anda ingin promote perkhidmatan, cari affiliate syarikat hosting, autoresponder & sebagainya dimana mereka yang membeli biasanya akan terus mengunakannya jika mereka terus berniaga. Dan anda juga akan terus menikmati komisen yang berterusan.
Ia adalah perkhidmatan recurring yang berterusan untuk anda. Ia berlainan jika anda menjual ebook atau produk tertentu. Mereka akan beli sekali sahaja dan mereka tidak akan membeli lagi selepas itu. Sebab itulah syarikat yang paling top sekarang ialah syarikat yang menawarkan produk keperluan harian. Orang paling kaya di Malaysia pun sama. Produknya ialah gula!
Orang akan sentiasa akan beli gula walau apa cara sekali pun. Kalo tak, kita minum kopi pahit la setiap hari kalo tak beli gula. Tiada rasa keenakan roti atau air minuman tanpa gula. Begitu juga dalam perniagaan internet. Ramai yang mengabaikan perniagaan sebegini untuk mengejar perniagaan yang orang hanya beli sekali seperti ebook, penapis air & etc.
Orang cina sedar akan benda ni. Dan mereka dari awal lagi mempelopori perniagaan yang menjana pendapatan recurring ini. Roti,biskut,gula,minyak sawit & banyak lagi. Boleh dikatakan ia membuatkan mereka semakin kaya kerana kita adalah penguna setianya. Anda baca buku Chef Li bertajuk “Aku Tak Nak Miskin” yang berkenaan dengan prinsip perjuangan beliau untuk membangunkan bangsa melayu dalam bidang perniagaan makanan.
Saya cukup respek dengan usaha Chef Li tersebut. Perniagaan internet sekarang pun kini semakin cenderung kearah pendapatan recurring. Yang terbaru ialah Google Nemesis yang dilancarkan oleh Chris X, pengasas Day Job Killer. Produk ketiga selepas DJK dan Google Assasin. Google Nemesis adalah software untuk Adwords dan ia berkonsepkan subcription. Kebanyak IM dunia berusaha untuk promote benda ni sebabnya ia adalah pendapatan recurring dan mereka yakin orang akan meneruskan subcribe kerana produk yang bagus. Saya tak beli sebab harga sekarang ialah $67 sebulan. Tak larat den nak membayar sebanyak tu.

Ini adalah pendapatan recurring yang saya buat dengan kos beberapa dollar untuk promosikannya sebelum ini. Saya akan terus menerima komisen ini selagi program berkenaan wujud. Ia bukanlah satu jumlah yang banyak bagi satu jualan. Namun jika anda berjaya menjual 10 pakej? Sudah tentu $470 setiap bulan akan pasti ditangan anda. Kalo anda berjaya jual 100? Tak ke $4700! Itu dah dekat RM15K anda dapat setiap bulan.
Cek Clickbank akan dihantar setiap 2 minggu. Minggu depan saya akan dapat la cek dari Clickbank ni. Saya akan fokuskan pada Clickbank plak kot selepas ini. Sudah beberapa minggu saya sedang mengkaji Clickbank & PPC. Saya juga sedang menunggu panduan clickbank yang Mawardee pulak. Orang tranung kite jugak ni.
Yang penting dalam clickbank ialah pemilihan produk yang betul & teknik pemasaran yang betul. Baru lah dapat duit jika anda membuatnya dengan betul. Saya nak wat ebook Raja Clickbank plak ke? Tak la.. Saya maybe akan fokus kepada pembangunan usahawan internet kot lepas ni.
Posted in Berita, Cari Duit | 6 Comments »