Raja Adsense

Konsep Perniagaan Internet Yang Paling Best

Written on July 11, 2008 – 10:26 am | by sham |

Terdapat satu konsep perniagaan yang paling best yang boleh membuatkan seseorang tersebut kayap kaya & rayap raya dengan sekali usaha sahaja.

Ia adalah konsep subcription atau recurring. Jadi selagi mereka yang menjadi ahli atau mengunakan khidmat tersebut, anda akan terus mendapat komisen. Ia akan terus berkembang jika anda cuba mengembangkannya.

Itulah target saya selepas ini. Ini adalah kerana ia sangat berpotensi untuk mencari produk yang terbaik untuk diiklankan dan menerima komisen yang berterusan dengan sekali usaha. Iaitu membawa prospek ke program/perkhidmatan berkenaan. Membawa 100 orang menyertai program yang menawarkan komisen $47 setiap bulan sudah cukup untuk anda hidup senang lenang goyang perut kaki.

Dengan clickbank telah membenarkan penyertaan orang Malaysia setelah mereka ban Malaysia selama beberapa tahun sehinggakan kita rugi kerana kita terlepas masa baby boomer perniagaan internet pada tahun 2004-2007. Sekarang zaman kembali merosot kerana kenaikan harga minyak dunia. Orang mula “agak” berjimat untuk berbelanja di internet.

Bukan hanya di Malaysia, diseluruh dunia. Jika anda ingin promote perkhidmatan, cari affiliate syarikat hosting, autoresponder & sebagainya dimana mereka yang membeli biasanya akan terus mengunakannya jika mereka terus berniaga. Dan anda juga akan terus menikmati komisen yang berterusan.

Ia adalah perkhidmatan recurring yang berterusan untuk anda. Ia berlainan jika anda menjual ebook atau produk tertentu. Mereka akan beli sekali sahaja dan mereka tidak akan membeli lagi selepas itu. Sebab itulah syarikat yang paling top sekarang ialah syarikat yang menawarkan produk keperluan harian. Orang paling kaya di Malaysia pun sama. Produknya ialah gula!

Orang akan sentiasa akan beli gula walau apa cara sekali pun. Kalo tak, kita minum kopi pahit la setiap hari kalo tak beli gula. Tiada rasa keenakan roti atau air minuman tanpa gula. Begitu juga dalam perniagaan internet. Ramai yang mengabaikan perniagaan sebegini untuk mengejar perniagaan yang orang hanya beli sekali seperti ebook, penapis air & etc.

Orang cina sedar akan benda ni. Dan mereka dari awal lagi mempelopori perniagaan yang menjana pendapatan recurring ini. Roti,biskut,gula,minyak sawit & banyak lagi. Boleh dikatakan ia membuatkan mereka semakin kaya kerana kita adalah penguna setianya. Anda baca buku Chef Li bertajuk “Aku Tak Nak Miskin” yang berkenaan dengan prinsip perjuangan beliau untuk membangunkan bangsa melayu dalam bidang perniagaan makanan.

Saya cukup respek dengan usaha Chef Li tersebut. Perniagaan internet sekarang pun kini semakin cenderung kearah pendapatan recurring. Yang terbaru ialah Google Nemesis yang dilancarkan oleh Chris X, pengasas Day Job Killer. Produk ketiga selepas DJK dan Google Assasin. Google Nemesis adalah software untuk Adwords dan ia berkonsepkan subcription. Kebanyak IM dunia berusaha untuk promote benda ni sebabnya ia adalah pendapatan recurring dan mereka yakin orang akan meneruskan subcribe kerana produk yang bagus. Saya tak beli sebab harga sekarang ialah $67 sebulan. Tak larat den nak membayar sebanyak tu. :)

clickbank-recurring.JPG

Ini adalah pendapatan recurring yang saya buat dengan kos beberapa dollar untuk promosikannya sebelum ini. Saya akan terus menerima komisen ini selagi program berkenaan wujud. Ia bukanlah satu jumlah yang banyak bagi satu jualan. Namun jika anda berjaya menjual 10 pakej? Sudah tentu $470 setiap bulan akan pasti ditangan anda. Kalo anda berjaya jual 100? Tak ke $4700! Itu dah dekat RM15K anda dapat setiap bulan.

Cek Clickbank akan dihantar setiap 2 minggu. Minggu depan saya akan dapat la cek dari Clickbank ni. Saya akan fokuskan pada Clickbank plak kot selepas ini. Sudah beberapa minggu saya sedang mengkaji Clickbank & PPC. Saya juga sedang menunggu panduan clickbank yang Mawardee pulak. Orang tranung kite jugak ni.

Yang penting dalam clickbank ialah pemilihan produk yang betul & teknik pemasaran yang betul. Baru lah dapat duit jika anda membuatnya dengan betul. Saya nak wat ebook Raja Clickbank plak ke? Tak la.. Saya maybe akan fokus kepada pembangunan usahawan internet kot lepas ni. :)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 6 Responses to “Konsep Perniagaan Internet Yang Paling Best”

  2. By Han on Jul 11, 2008 | Reply

    ni konsep macam MLM lah ni sham…
    tapi bukan skim cepat kayap…hehe
    sebab tu kita tgk jutawan MLM duduk saja je kan…
    tak nampak mereka bekerja pun…
    tapi mereka tak sedar sebelum capai tahap tu, mereka kerja gila2…

  3. By sham on Jul 11, 2008 | Reply

    Bukan Han,MLM kita kena cari orang..pastu downline plak kena ramai.kalo network kita tak jalan, tak dapat la duit.

    ini kita menjual produk orang & menikmati komisen berulang kali.Jadi sekali kerja,pendapatan berterusan.kalo orang tak join pun,kita still dapat daripada komisen yang orang dah beli dulu.

  4. By Han on Jul 12, 2008 | Reply

    ni cari org juga sham “Iaitu membawa prospek ke program/perkhidmatan berkenaan. Membawa 100 orang menyertai program yang menawarkan komisen $47 setiap bulan sudah cukup untuk anda hidup senang lenang goyang perut kaki.”…hehe

    apa yg beza, MLM banyak level…
    dan ni 1 level je…
    biasanya, konsep yang mcm sham cerita ni mcm membership lah…tiap bulan pelanggan tu kena bayar…

    kalau MLM pula, tiap2 bulan kena maintain…

    tak gitu sham?? hehe

  5. By mazlie nadzri on Jul 12, 2008 | Reply

    Salam..

    Saya setuju dengan ape yang Sham tuliskan dalam artikel ni. Bagi saya sekarang ni market ‘ebook’ agak ‘tepu’ sedikit. Tapi bukan semua, tapi sesetengah niche yang macam ni.

    Better kita kena create servis sebagai alternatif yang lain untuk maintain income bulan2 atau macam yang Sham nyatakan di dalam artikel di atas.

  6. By titan on Jul 13, 2008 | Reply

    ehm..apa yang aku mampu kata. kalau nak duit, kita kene usaha. tak leh dok diam..

  7. By videono on Jul 17, 2008 | Reply

    sekarang, ramai yang pakai cara subsriber. INi yang efektif rasanya dan ternyata. Memang best.

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :