Raja Adsense

Archive for July, 2008

Ayyoo..Apply Adsense tak lulus la bang!

Tuesday, July 8th, 2008

Saya menerima beberapa email yang mengatakan application mereka tidak diluluskan. Saya pun pelik sebenarnya… Kenapa ia boleh terjadi? Sebab jika ikut betul betul apa yang saya sarankan, kemungkinan akaun adsense anda diluluskan dalam masa 2 jam memang sangat besar.

Saya sengaja biarkan email berkenaan tak berbalas.hehehe.Sebab email pertanyaan pun tak detail. Dan akhirnya saya tau la apa yang berlaku sebenarnya. Dia tak buat blog & tak isi pun ruangan laman web (sebab tak buat blog). Erk.. Simple je masalah tu sebenarnya. Sebabnya terlalu teruja untuk buat duit dengan google adsense sehinggakan terlupa untuk buat blog dulu…huhuhu

Terus diisi borang application & submit.hohohoh..Ini kes mcm nak apply kerja tapi tak serta resume la ni. Untuk buat duit dengan Google, satu kewajipan untuk membina laman web atau blog. Kalo tak, nak letak kat mana kod dia? Depan rumah? Tak jadi la mcm tu bang… Posmen pun tak nak tengok… :p

Apa yang nak buat kalo dah terjadi benda macam ni? ooooo…senang je… buat blog balik & apply balik la…Doakan la agar staff Google approve permohonan tu. Ini adalah kerana dalam program Adsense, setiap aplikasi akan dinilai oleh staf google. Jadi kita berurusan dengan “orang”, bukan komputer yang autoapprove.

Biasanya terdapat 3 sebab permohonan tak berjaya..

1. Pernah kena ban. Apply pulak dengan alamat yang sama. Tak boleh la bang. Nak apply, apply dengan alamat lain & kalo boleh dengan nama orang lain. Letak la nama bini, mak mertua ke, bapa mertua ke..nanti dapat cek..belanja la diorang makan. :P

2.Masa permohonan tak letak laman web. Ini kes terlalu teruja nak buat duit dengan Google Adsense sampai terlupa untuk buat blog terlebih dahulu. Terus je apply tanpa ada laman web.

3.Buat laman web dalam bahasa yang tidak difahami oleh staff google. Kalo orang submit pape kat saya dalam bahasa rusia kat saya pun,saya akan tolak. Entah apa yang ditulis tah..Begitulah pandangan staff google bila anda submit permohonan dengan blog dalam bahasa malaysia.

Kepada mereka yang terlibat tu.Perbaiki lah kesilapan anda. Buat blog & apply balik. Insyallah lulus la lepas tu. Tapi jangan pulak submit balik blog bahasa malaysia tu. Buat blog bahasa inggeris la…

Jadi sampai disini dulu post kali ni… Kepala pun dan senak..dan kul 2.3o pagi dah… Wa nak katup mata dulu untuk hari ini…:)

Sistem Affiliate Bersepadu Shamsuriyadi Partners Program

Sunday, July 6th, 2008

Saya telah berjaya setupkan satu sistem affiliate bersepadu untuk produk yang terbaru daripada saya. Kini PanduanAdwords.com dan juga PanduanIklan.com telah pun mempunyai sistem affiliate.Setup asas saya telah pun siap dan ia telah boleh digunakan.

Bagi PanduanAdwords.com, Komisen adalah RM30 bagi setiap jualan level 1 dan RM5 bagi level 2. Bagi PanduanIklan.com, komisen adalah RM120 bagi level 1 dan RM10 bagi level 2. Jadi anda boleh buat duit dalam 2 level. Jika anda bawa pelawat ke laman jualan,mereka menyertai affiliate. Jika mereka berjaya membuat jualan, anda juga akan menerima komisen walaupun anda tidak berjaya membuat sebarang jualan.

Anda boleh layari http://www.shamsuriyadi.com/partner/affiliate untuk mendaftar.

Komisen yang tinggi bagi PanduanIklan.com. Mungkin ia adalah yang tertinggi kot setakat ni. Selamat membuat promosi.

Saya belum membuat lagi laman tentang affiliate ni di laman web berkenaan. Saya akan buat sedikit masa lagi kot. Saya agak sibuk buat masa sekarang. Ini adalah kerana saya sedang menyiapkan produk terbaru daripada saya. Nampaknya saya terpaksa bersaing dengan Yusri dan Syed dalam produk video ini. Saya mendapat tahu daripada forum WC tadi.

Harap kita cover perkara berlainan dan pendekatan berlainan.

Tinggal sebulan lagi untuk status “bujang” saya ni. Saya sedang mempersiapkan diri untuk kehidupan selepas perkahwinan. Rakan rakan IM tu,nanti saya akan minta alamat anda semua untuk saya uruskan pos kad jemputan. Tunggu email daripada saya…heheheh

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :