Raja Adsense

Archive for August, 2008

Apa Yang Boleh Dijual di Internet?

Tuesday, August 26th, 2008

Anda ada produk? Apa sahaja? Kereta? Insurans? Barang bundle? Semuanya boleh anda jual di internet! Boleh dikatakan selagi ia mempunyai permintaan. Selagi itulah anda boleh menjualnya. Beginilah perniagaan internet yang sebenarnya. Perniagaan internet bergantung kepada permintaan. Jangan jual jika ianya tiada permintaan.

Ia adalah sama seperti perniagaan konvensional. Anda perlu melakukan sedikit kajian tentang produk dan juga permintaan terhadap produk anda tersebut. Jangan syok sendiri. Ini adalah faktor kegagalan kebanyakan perniagaan internet yang sekarang ini. Kebanyakannnya syok sendiri dan menyangkakan ia mendapat sambutan yang mengalakkan di internet sedangkan ianya tidak mengalakkan pun.

Jadi sebelum memulakan perniagaan internet. Buat:

1.Kaji permintaan

2.Kaji target market anda – apa yang mereka mahukan

3.Kos – kos produk,kos penghantaran & kos lain

4.Undang Undang – adakah ianya produk bercukai bagi dihantar ke negara lain?Produk larangan negara berkenaan?

4 perkara ini anda perlu pastikan sebelum memulakan perniagaan. Jika anda mensasarkan hanya pasaran Malaysia, undang undang mungkin tiada masalah. Jangan pulak menjual barangan yang dilarang oleh undang undang ye. Jika tidak, anda akan terus masuk penjara terus.

Bagi penghantaran pula anda perlu pastikan curier yang berwibawa yang akan pastikan produk anda sampai kepada pembeli anda dalam masa yang ditetapkan. Pastikan mereka menguruskan produk anda dengan baik dan tidak merosakkan produk anda.

Pastikan kos yang yang berpatutan yang tidak akan merugikan anda. Anda tentukan samada kos penghantaran ditanggung oleh pihak anda atau pihak pembeli. Kebiasaannya kos penghantaran ditanggung pembeli. Anda boleh membuat kelainan dengan menawarkan kos penghantaran percuma & anda boleh masukkan dalam harga produk anda. Pastikan ianya berpatutan!

Selamat memulakan perniagaan internet anda. Saya gemarkan produk digital kerana ianya murah & menguntungkan untuk jangka masa yang panjang. Saya mungkin akan mengofflinekan produk digital nanti. Produk akan dimasukkan ke dalam CD dan produk akan diposkan ke rumah pembeli.

Sekarang dalam fasa percubaan.Saya test untuk megasales perkahwinan saya baru baru ini. Sebab itulah saya ada menawarkan 2 cara penghantaran produk iaitu download dan juga CD. Ada orang gemarkan dalam bentuk CD & ada yang mahu lebih cepat iaitu cara download. Dari situ, kita dapat mengenal tabiat pembeli anda!

Selamat Berjaya!

Komisen Ogos 2008 Selesai Dibayar

Wednesday, August 20th, 2008

Saya mohon maaf diatas kelewatan untuk membayar komisen pada kali ini.Sepatutnya saya akan membayar pada 16hb setiap bulan tetapi bulan ni pada 16hb,saya seharian memandu pulang ke Terengganu. Pada 17hb pula kenduri kahwin saya di Terengganu.

Pada 18hb,saya bersihkan rumah & bawa isteri jalan jalan di kuala terengganu kerana itulah kali pertama isteri saya sampai di Terengganu. Kali pertama! :P . Masa kahwin baru sampai di Terengganu. Kesian betul kat isteri saya tu. Tapi takpela, dah kawin orang Terengganu.Pasni selalu la balik Terengganu.

19hb pula saya driving dari pagi sampai petang balik ke Perak kerana hari ini isteri saya dah start keje. Jadi hari ini boleh saya bayar hutang komisen yang tertunggak tu. Semuanya selesai dah bayar jadi takde hutang lagi. :P

Bagi yang beli menerusi affiliate sendiri tu.Saya batalkan komisen anda kerana tidak dibenarkan untuk beli menerusi link sendiri. Begitu jugak beberapa fake buyer.

Teruskan usaha anda untuk terus promote ye. Saya akan update gambar kahwin saya di blog yang satu lagi.Saya dah terima gambar daripada jurugambar yang kerek. Nanti saya uploadkan untuk tatapan anda semua. Terima kasih kepada mereka yang menyahut megasales saya baru baru ini.

7 Sebab Kenapa Tak Berjaya Buat Duit Di Internet?

Tuesday, August 12th, 2008

Kenapa? Cuba anda tanya diri anda kenapa anda masih belum berjaya buat duit 1 sen pun di internet? Kalo mereka yang dah berjaya tu, tahniah. Bagi yang belum berjaya… apa jawapan anda? Saya mempunyai jawapan untuk soalan ini.

Biasanya Smartzul yang sering menulis tentang motivasi perniagaan internet, saya hanya selingan je ni kot. Saya nyatakan sebabnya kenapa anda gagal…

1. Sindrom Malas

Ia merupakan penyakit yang merbahaya. Ramai juga newbie yang mengalami sindrom ni. Mereka malas untuk bertanya. Mereka malas untuk belajar dan memahami bahasa inggeris. Mereka malas untuk berusaha.Ia merupakan sikap boleh merosakkan diri mereka sendiri. Bukan sahaja untuk diri malah keluarga mereka.

2. Tidak Berguru

Ini jenis yang merasakan mereka best dan serba tahu. Mereka merasakan mereka tak perlu berguru dengan sesiapa pun. Hati hati ya. Anda mungkin tersesat dan mungkin anda tidak akan mendapat apa apa di internet ni kecuali perlu membayar bil internet anda setiap bulan. Jadi cari guru untuk anda belajar dan bertanya.

3. Takut Gagal

Ada juga yang takutkan Gagal sehingga mereka tak mulakan sesuatu pun. Orang suruh beli ebook, dia beli. Start? Belum start sampai sudah. Fobia dengan bahasa inggeris. Anda masih boleh berjaya jika fokuskan perniagaan anda di Malaysia. Malah saya pun banyak fokuskan perniagaan saya bagi pasaran Malaysia. 40% apa yang saya buat adalah GAGAL dan tidak menepati sasaran saya. Kegagalan akan mengajar kita…

4.Tidak Berusaha

Market malaysia memang unik. Mereka suka terjun dalam skim cepat kaya. Kebanyakan mereka mahu hidup senang tanpa perlu berusaha susah payah. Buat pengetahuan anda, kesemua IM Malaysia yang berjaya berusaha siang dan malam untuk menikmati kejayaan seperti hari ini. Ada yang tidur hanya beberapa jam sahaja. Berat badan pun naik. Kebanyakannya semakin “membulat”. Tak percaya tengok shuth, gobala, sabri(dah kurus ke), alang dan ramai lagi .:P. Jangan marah ye.

5. Kurang motivasi

Ini adalah jenis hangat hangat taik ayam. Mereka panas sekejap je.Lepas 2,3 hari try mereka terus putus asa dan mula menyalahkan orang lain. Ia berlaku dengan berleluasa. Ini akan menyebabkan anda akan terus takkan berjaya buat duit di internet walaupun satu sen pun. Motivasikan diri anda. Baca buku buku motivasi agar anda terus bermotivasi dalam apa jua yang anda lakukan.

6. Kurang Membaca

Ya.Anda mesti membaca. Tidak kira la buku atau ebook atau blog. Jangan hanya sekadar membaca blog politik je. Bacalah blog blog lain tentang motivasi dan perniagaan di internet. Rasanya dah banyak blog tentang perniagaan internet di Malaysia ni. Semua orang nak buat pasal perniagaan internet. Hasilnya ramai yang gagal kerana cuba meniru “otai” dalam perniagaan internet.

7.Suka meniru

Dalam buat duit dengan blog, pastikan anda mempunyai niche atau topik anda yang tersendiri. Bina keunikan anda sendiri. Jangan meniru blogger yang dah berjaya. Anda pasti gagal kerana orang pasti akan merujuk blog ‘otai” bukan blog anda. Jadi cipta niche anda yang tersendiri. Malah ada juga yang salin bulat bulat apa yang ditulis “otai otai” dalam bidang tertentu. Buat produk,blog,artikel anda sendiri. Jangan tiru atau pirate orang punye.

Baru ni pun ada yang cuba mempiratekan ebook saya. Tapi kes tu dah selesai dah.

Ini adalah antara 7 sebab anda tidak berjaya buat duit di internet. Cuba cermin diri anda, dimanakah silapnya sehinggakan anda tidak berjaya untuk buat duit di internet. Jika ada diatas, cuba ubah diri anda.Masih belum terlambat untuk anda untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya.

Jadi kenapa perlu risau. Belajar daripada kesilapan. Jangan ulang kesilapan yang sama. Jadikan esok lebih baik daripada semalam.

Selamat Maju Jaya!

Jualan Murah Perkahwinan Dilanjutkan dan Jemputan Kenduri

Saturday, August 9th, 2008

Saya tak berani untuk menjemput awal kerana kad kahwin kami ada 2 jemputan.Keluarga isteri saya hanya buat kecil kecilan sahaja dengan jemputan seramai 800 orang je. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Saya dalam proses menyesuaikan diri dengan situasi baru dimana kini dah ada teman dan semakin besar tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibubapa dan juga seorang suami kepada isteri.

Saya kini baru sahaja selesai pindahkan barang skit ke rumah sewa bersama isteri di Taiping, Perak. Depan Giant Taiping je. Saya nak ke Giant just jalan kaki jela. Yang pelik, isteri pergi kerja…saya dok umah. :p. Bukan tak kerja, saya kerja dari rumah. Baby? Tak lagi kot tunggu menyesuaikan diri dulu dan stabilkan apa yang patut dulu. Memang teringinkan anak sebenarnya. :) . Saudara Irfan Khairi pun dah tambah anak lagi sorang. Kiut plak tu.  Lahir pada 08-08-08 lagi. Makin bertambah la rezeki lepas ni, rezeki anak. :)

Saya saya bertunang dulu, ingat nak kawin pada tarikh tu la. Tapi kami awalkan sebab terlalu ramai yang kawin ketika tu. Tak nak la menyesakkan lagi. Ia hanya sekadar tarikh yang cantik dan digemari oleh masyarakat cina.Kata mereka ada “ong” atau tuah.

Jualan murah sempena perkahwinan saya lanjutkan sehingga 15hb Ogos. Iaitu 2 hari sebelum kenduri di Terengganu pulak. Kami sedang merancang perjalanan yang dijangka selama 9 jam untuk sampai. Kereta belum servis lagi.Esok kot p tukar dan & servis kereta. Anda boleh layari

http://www.shamsuriyadi.com/special

Saya takkan lanjutkan lagi dah lepas ni. Saya nak siapkan beberapa lagi produk untuk dilancarkan pada tahun ini. Kalo nak ada jualan murah lagi, tunggu ulang tahun ke 3 Raja Adsense la pada April tahun depan.Yang pasti tawaran akan meningkat la.

Barang di KL masih belum angkut.Dari terengganu saya akan bawa PC saya kot. Laju skit berbanding laptop ni. PC saya pasang sendiri je. Jadi spec agak power skit la. Dengan Ram 2Gb, ia cukup seronok wat keje. Saya ingat nak masukkan streamyx jugak kot kat rumah ni. Sekarang saya hanya mengunakan 3g sebagai sumber internet. Tapi agak tidak stabil di kawasan ini.

Kenduri di Rumah saya di Terengganu adalah pada 17hb Ogos 2008. Jika anda berkesempatan, jemputla datang. Anda boleh download di http://www.shamsuriyadi.com/jemputan.zip untuk peta ke rumah saya. Beberapa rakan IM akan datang kot. Yang pasti ialah Azhar Graphic Alien, seorang graphic designer antarabangsa kerana kesemua pelanggan beliau adalah Otai IM Dunia seperti Rosalind Gardner, Vince Tan dan ramai lagi.

Rumah saya di kampung je di tepi bukit. Waktu malam yang sejuk sehingga tak perlu guna kipas dah. Save elektrik tu. :P . Tengok la peta tu ye. Kalo tersesat ke apa kol saya di 0129565256. Empat ekor lembu akan ditumbangkan. Jemputan kad ialah 1500 tapi kami bajet ia melebihi 2000 orang. Seperti biasa ada stand by sekor lagi lembu incase lauk tak cukup. Kalau tengah hari lauk dah tak cukup, sembelih la sekor lagi. Ia pernah terjadi masa kakak saya kawin walaupun 2 ekor kerbau, 2 ekor lembu..masih tak cukup.Jadi kami pun bersedia sedemikian kali ini

Jadi tak kisah la kalo anda nak datang pun. Lauk insyallah cukup. Bukan selalu boleh berkongsi kegembiraan saya 3 keluarga bersama anda. Nak datang bagitau la ye. Kalo ole ole tu, first come first serve la sebab kami hanya sediakan 2000 je.

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :