Raja Adsense

Jualan Murah Perkahwinan Dilanjutkan dan Jemputan Kenduri

Written on August 9, 2008 – 3:08 pm | by sham |

Saya tak berani untuk menjemput awal kerana kad kahwin kami ada 2 jemputan.Keluarga isteri saya hanya buat kecil kecilan sahaja dengan jemputan seramai 800 orang je. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Saya dalam proses menyesuaikan diri dengan situasi baru dimana kini dah ada teman dan semakin besar tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibubapa dan juga seorang suami kepada isteri.

Saya kini baru sahaja selesai pindahkan barang skit ke rumah sewa bersama isteri di Taiping, Perak. Depan Giant Taiping je. Saya nak ke Giant just jalan kaki jela. Yang pelik, isteri pergi kerja…saya dok umah. :p. Bukan tak kerja, saya kerja dari rumah. Baby? Tak lagi kot tunggu menyesuaikan diri dulu dan stabilkan apa yang patut dulu. Memang teringinkan anak sebenarnya. :) . Saudara Irfan Khairi pun dah tambah anak lagi sorang. Kiut plak tu.  Lahir pada 08-08-08 lagi. Makin bertambah la rezeki lepas ni, rezeki anak. :)

Saya saya bertunang dulu, ingat nak kawin pada tarikh tu la. Tapi kami awalkan sebab terlalu ramai yang kawin ketika tu. Tak nak la menyesakkan lagi. Ia hanya sekadar tarikh yang cantik dan digemari oleh masyarakat cina.Kata mereka ada “ong” atau tuah.

Jualan murah sempena perkahwinan saya lanjutkan sehingga 15hb Ogos. Iaitu 2 hari sebelum kenduri di Terengganu pulak. Kami sedang merancang perjalanan yang dijangka selama 9 jam untuk sampai. Kereta belum servis lagi.Esok kot p tukar dan & servis kereta. Anda boleh layari

http://www.shamsuriyadi.com/special

Saya takkan lanjutkan lagi dah lepas ni. Saya nak siapkan beberapa lagi produk untuk dilancarkan pada tahun ini. Kalo nak ada jualan murah lagi, tunggu ulang tahun ke 3 Raja Adsense la pada April tahun depan.Yang pasti tawaran akan meningkat la.

Barang di KL masih belum angkut.Dari terengganu saya akan bawa PC saya kot. Laju skit berbanding laptop ni. PC saya pasang sendiri je. Jadi spec agak power skit la. Dengan Ram 2Gb, ia cukup seronok wat keje. Saya ingat nak masukkan streamyx jugak kot kat rumah ni. Sekarang saya hanya mengunakan 3g sebagai sumber internet. Tapi agak tidak stabil di kawasan ini.

Kenduri di Rumah saya di Terengganu adalah pada 17hb Ogos 2008. Jika anda berkesempatan, jemputla datang. Anda boleh download di http://www.shamsuriyadi.com/jemputan.zip untuk peta ke rumah saya. Beberapa rakan IM akan datang kot. Yang pasti ialah Azhar Graphic Alien, seorang graphic designer antarabangsa kerana kesemua pelanggan beliau adalah Otai IM Dunia seperti Rosalind Gardner, Vince Tan dan ramai lagi.

Rumah saya di kampung je di tepi bukit. Waktu malam yang sejuk sehingga tak perlu guna kipas dah. Save elektrik tu. :P . Tengok la peta tu ye. Kalo tersesat ke apa kol saya di 0129565256. Empat ekor lembu akan ditumbangkan. Jemputan kad ialah 1500 tapi kami bajet ia melebihi 2000 orang. Seperti biasa ada stand by sekor lagi lembu incase lauk tak cukup. Kalau tengah hari lauk dah tak cukup, sembelih la sekor lagi. Ia pernah terjadi masa kakak saya kawin walaupun 2 ekor kerbau, 2 ekor lembu..masih tak cukup.Jadi kami pun bersedia sedemikian kali ini

Jadi tak kisah la kalo anda nak datang pun. Lauk insyallah cukup. Bukan selalu boleh berkongsi kegembiraan saya 3 keluarga bersama anda. Nak datang bagitau la ye. Kalo ole ole tu, first come first serve la sebab kami hanya sediakan 2000 je.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 4 Responses to “Jualan Murah Perkahwinan Dilanjutkan dan Jemputan Kenduri”

  2. By apiz on Aug 9, 2008 | Reply

    Salam, tahniah bro, jadi orang Perak le pas ni ye.Saya org Perak gak tp kerja kat Perlis.4 ekor lembu tu, perghhhh.Best kan kahwin hehe

  3. By shuth on Aug 10, 2008 | Reply

    tahniah sham! selamat pengantin baru!

  4. By kita on Aug 10, 2008 | Reply

    tahniah sham..moga kekal ke anak cucu

  5. By irwan.dahnil on Aug 11, 2008 | Reply

    Tahniah sham! Perut jangan jauh kedepan sangat lepas kawin ni ok!

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :