7 Sebab Kenapa Tak Berjaya Buat Duit Di Internet?
Kenapa? Cuba anda tanya diri anda kenapa anda masih belum berjaya buat duit 1 sen pun di internet? Kalo mereka yang dah berjaya tu, tahniah. Bagi yang belum berjaya… apa jawapan anda? Saya mempunyai jawapan untuk soalan ini.
Biasanya Smartzul yang sering menulis tentang motivasi perniagaan internet, saya hanya selingan je ni kot. Saya nyatakan sebabnya kenapa anda gagal…
1. Sindrom Malas
Ia merupakan penyakit yang merbahaya. Ramai juga newbie yang mengalami sindrom ni. Mereka malas untuk bertanya. Mereka malas untuk belajar dan memahami bahasa inggeris. Mereka malas untuk berusaha.Ia merupakan sikap boleh merosakkan diri mereka sendiri. Bukan sahaja untuk diri malah keluarga mereka.
2. Tidak Berguru
Ini jenis yang merasakan mereka best dan serba tahu. Mereka merasakan mereka tak perlu berguru dengan sesiapa pun. Hati hati ya. Anda mungkin tersesat dan mungkin anda tidak akan mendapat apa apa di internet ni kecuali perlu membayar bil internet anda setiap bulan. Jadi cari guru untuk anda belajar dan bertanya.
3. Takut Gagal
Ada juga yang takutkan Gagal sehingga mereka tak mulakan sesuatu pun. Orang suruh beli ebook, dia beli. Start? Belum start sampai sudah. Fobia dengan bahasa inggeris. Anda masih boleh berjaya jika fokuskan perniagaan anda di Malaysia. Malah saya pun banyak fokuskan perniagaan saya bagi pasaran Malaysia. 40% apa yang saya buat adalah GAGAL dan tidak menepati sasaran saya. Kegagalan akan mengajar kita…
4.Tidak Berusaha
Market malaysia memang unik. Mereka suka terjun dalam skim cepat kaya. Kebanyakan mereka mahu hidup senang tanpa perlu berusaha susah payah. Buat pengetahuan anda, kesemua IM Malaysia yang berjaya berusaha siang dan malam untuk menikmati kejayaan seperti hari ini. Ada yang tidur hanya beberapa jam sahaja. Berat badan pun naik. Kebanyakannya semakin “membulat”. Tak percaya tengok shuth, gobala, sabri(dah kurus ke), alang dan ramai lagi .:P. Jangan marah ye.
5. Kurang motivasi
Ini adalah jenis hangat hangat taik ayam. Mereka panas sekejap je.Lepas 2,3 hari try mereka terus putus asa dan mula menyalahkan orang lain. Ia berlaku dengan berleluasa. Ini akan menyebabkan anda akan terus takkan berjaya buat duit di internet walaupun satu sen pun. Motivasikan diri anda. Baca buku buku motivasi agar anda terus bermotivasi dalam apa jua yang anda lakukan.
6. Kurang Membaca
Ya.Anda mesti membaca. Tidak kira la buku atau ebook atau blog. Jangan hanya sekadar membaca blog politik je. Bacalah blog blog lain tentang motivasi dan perniagaan di internet. Rasanya dah banyak blog tentang perniagaan internet di Malaysia ni. Semua orang nak buat pasal perniagaan internet. Hasilnya ramai yang gagal kerana cuba meniru “otai” dalam perniagaan internet.
7.Suka meniru
Dalam buat duit dengan blog, pastikan anda mempunyai niche atau topik anda yang tersendiri. Bina keunikan anda sendiri. Jangan meniru blogger yang dah berjaya. Anda pasti gagal kerana orang pasti akan merujuk blog ‘otai” bukan blog anda. Jadi cipta niche anda yang tersendiri. Malah ada juga yang salin bulat bulat apa yang ditulis “otai otai” dalam bidang tertentu. Buat produk,blog,artikel anda sendiri. Jangan tiru atau pirate orang punye.
Baru ni pun ada yang cuba mempiratekan ebook saya. Tapi kes tu dah selesai dah.
Ini adalah antara 7 sebab anda tidak berjaya buat duit di internet. Cuba cermin diri anda, dimanakah silapnya sehinggakan anda tidak berjaya untuk buat duit di internet. Jika ada diatas, cuba ubah diri anda.Masih belum terlambat untuk anda untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya.
Jadi kenapa perlu risau. Belajar daripada kesilapan. Jangan ulang kesilapan yang sama. Jadikan esok lebih baik daripada semalam.
Selamat Maju Jaya!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






13 Responses to “7 Sebab Kenapa Tak Berjaya Buat Duit Di Internet?”
By saiful on Aug 12, 2008 | Reply
salam Sham,
memang betul apa yang kau cakap ni…setuju sangat..
p/s selamat pengantin baru he he
By Abdul Rashid Basar on Aug 13, 2008 | Reply
Azam + ikhtiar perlu seiring…….ARB Dagang
By apiz on Aug 13, 2008 | Reply
Saya suka point no 3 tu, ada yang tak pernah nak mencuba atau bermula langsung, jadi sampai bila nak dapat duit kalau tak mula.
By titan on Aug 14, 2008 | Reply
yap. TIps dari aku. Cipta kelainan. Nak tiru boleh. Tapi adunla sebaiknya agar nampak kelainannya.
By ikhwan on Aug 15, 2008 | Reply
untuk meluaskan business anda silalah ke..
“The Website your boss doesn’t want you to know about!” http://www.quickinf…7.com/10284604/FREE.
By smartnorr on Aug 16, 2008 | Reply
WALAU APA JENIS BISNES SEKALIPUN, ILMU MENGENAI BISNES TU MESTI ADA , LEBIH LEBIH LAGI BISNES KAT INTERNET NI,HARAPKAN SEMANGAT JE, TAK CUKUP.
By khairul on Aug 16, 2008 | Reply
Tidak boleh dinafikan, bisnes menjanjikan ulangan yang lumayan kepada sesiapa pun. Pokok pangkalnya how we create our own bisneZzz to develop bisnes. Jangan sesekali berputus asa. Btoi sokong, jangan sesekali berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara termasuk dalam menjalankan bisnes.
Bisnes TDTone
http://bisnesTdTone.com/khairul
“Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
By ZaidiRazali on Aug 17, 2008 | Reply
sindrom malas? satu masalah yang jadi halangan besar buat saya dan sedang usaha gigih nak atasinya. kadang2 keadaan persekitaran yang “membantu” sindrom ini menguasai diri sendiri..dasat ni kene berjuang lebih gigih..huhuhu
By MNizam on Aug 18, 2008 | Reply
Memang benar terutama mengenai malas membaca. Saya lihat sekarang ini lambakan EBook pelbagai ilmu mengenai internet, mungkin ada yang tak berapa nilai isinya tapi jika digabungkan ia akan jadi satu ilmu yang hebat.
Kebanyakkan orang kita nak cepat kaya. Malas nak pening kepala, tapi akhirnya pening kepala juga.Biar susah dahulu senag kemudian.
By Fung on Sep 3, 2008 | Reply
nak tanye yang pertama tu..Malas bertanya pada otai..aku ni newbie..aku bercita2 nak jadi internet marketer.macam2 ebook aku beli untuk naikan pengetahuan aku..tp sebagai newbie, ilmu lebih mudah masuk apabila dpt bertnya secara langsung dengan otai menggunakan emel…bukan nak talipon pun..tapi ape yang aku dapat jwpan dari otai-otai..depa cakap aku kene usaha sendiri..mereka ni cuma nak untung jual ebook aje..pastu janji la akan tolong la ape la…last2 nak tanye pun tanak layan..sampaikan bile kite tanye die suruh kite masuk forum cari sendiri…masalahnya dalam forum tu takde masalah yang aku alami..daripada 5 otai yang aku beli ebook, hanya smartzul aje yang boleh dibawak berbincang dan mengotakan janji dengan memberi bantuan…yang lain…ghaib..emel tak jawap kite msg pun tak jawap..ni lah umat melayu kite..masih tak ubah lagi…sampai sekarang aku tersekat kat tengah jalan tak dapat nak buat ape yang aku idamkan sebab kekangan pengetahuan dan takde tempat aku nak bertanya…yang otai2 terus la simpan ilmu kamu…
By debtrunner on Sep 3, 2008 | Reply
fung. sape lagi 5 otai yang ko beli ebook tu??
By Fung on Sep 3, 2008 | Reply
tak perlu la aku cakap. sesiapa otai2 internet marketer melayu yang tebaca msg aku ni, ubah la cara anda..tolong la sesame kite.terutama yang buat taktau aje pada pembeli ebook anda..sebarkanlah ilmu kamu tu dengan ikhlas ye..jangan la kamu tgk duit aje..kan ke baik kalau sesame senang dan berjaya..betul tak? kalau ape aku cakap ni buat terasa ati, sori la ye..bukan ape nak tegur je..tapi sekarang ni aku tgh usaha gak la belajar sendiri seratus peratus bergantung pada ebook yang aku beli walaupun banyak benda tergantung sebab tak paham…k la selamat berpuasa
By mein on Jun 16, 2010 | Reply
mmg pun..pasal org yg dpt duit dulu..org yg kat bawah ngaga..so takyah la bisnes cmtu..baik labor beli saham lg bgs..dah tentu puas hati nmpk naik turun..ini x tak tau.. tau2 xde…huhuhuhu..yg kaya bertambah kaya la bisnes internet ni bg 1 1 individu..