Apa Yang Boleh Dijual di Internet?
Anda ada produk? Apa sahaja? Kereta? Insurans? Barang bundle? Semuanya boleh anda jual di internet! Boleh dikatakan selagi ia mempunyai permintaan. Selagi itulah anda boleh menjualnya. Beginilah perniagaan internet yang sebenarnya. Perniagaan internet bergantung kepada permintaan. Jangan jual jika ianya tiada permintaan.
Ia adalah sama seperti perniagaan konvensional. Anda perlu melakukan sedikit kajian tentang produk dan juga permintaan terhadap produk anda tersebut. Jangan syok sendiri. Ini adalah faktor kegagalan kebanyakan perniagaan internet yang sekarang ini. Kebanyakannnya syok sendiri dan menyangkakan ia mendapat sambutan yang mengalakkan di internet sedangkan ianya tidak mengalakkan pun.
Jadi sebelum memulakan perniagaan internet. Buat:
1.Kaji permintaan
2.Kaji target market anda – apa yang mereka mahukan
3.Kos – kos produk,kos penghantaran & kos lain
4.Undang Undang – adakah ianya produk bercukai bagi dihantar ke negara lain?Produk larangan negara berkenaan?
4 perkara ini anda perlu pastikan sebelum memulakan perniagaan. Jika anda mensasarkan hanya pasaran Malaysia, undang undang mungkin tiada masalah. Jangan pulak menjual barangan yang dilarang oleh undang undang ye. Jika tidak, anda akan terus masuk penjara terus.
Bagi penghantaran pula anda perlu pastikan curier yang berwibawa yang akan pastikan produk anda sampai kepada pembeli anda dalam masa yang ditetapkan. Pastikan mereka menguruskan produk anda dengan baik dan tidak merosakkan produk anda.
Pastikan kos yang yang berpatutan yang tidak akan merugikan anda. Anda tentukan samada kos penghantaran ditanggung oleh pihak anda atau pihak pembeli. Kebiasaannya kos penghantaran ditanggung pembeli. Anda boleh membuat kelainan dengan menawarkan kos penghantaran percuma & anda boleh masukkan dalam harga produk anda. Pastikan ianya berpatutan!
Selamat memulakan perniagaan internet anda. Saya gemarkan produk digital kerana ianya murah & menguntungkan untuk jangka masa yang panjang. Saya mungkin akan mengofflinekan produk digital nanti. Produk akan dimasukkan ke dalam CD dan produk akan diposkan ke rumah pembeli.
Sekarang dalam fasa percubaan.Saya test untuk megasales perkahwinan saya baru baru ini. Sebab itulah saya ada menawarkan 2 cara penghantaran produk iaitu download dan juga CD. Ada orang gemarkan dalam bentuk CD & ada yang mahu lebih cepat iaitu cara download. Dari situ, kita dapat mengenal tabiat pembeli anda!
Selamat Berjaya!




7 Responses to “Apa Yang Boleh Dijual di Internet?”
By titan on Aug 26, 2008 | Reply
hehe. betul. Macam-macam boleh jual sekarang.
By apiz on Aug 27, 2008 | Reply
Yup Sham, kena wat survey market dulu,macam game show dulu tu,”Apa Kata survey”
By eri on Aug 29, 2008 | Reply
masalahnya, ramai orang jenis nak dapat duit cepat aje..
By Richie on Aug 31, 2008 | Reply
saya ingat nak jual perkhidmatan..buat t-shirt murah..harga kilang..tapi tgh kumpul ilmu lg
By bantingboy on Aug 31, 2008 | Reply
perkhidmatan jual t-shirt? cam menarik aje tu.
belajar dari mana?
By sham on Aug 31, 2008 | Reply
dulu ada jugak idea nak jual t-shirt,cuma supplier buat hal…saya cancel jual t-shirt tu.. dulu pakai t-shoppe.net .dah expired dah domain tu.
By kita on Sep 1, 2008 | Reply
semuanya boleh jual…berjaya atau tudak bergantung pada kepandaian kita untuk ekploitasi….