Raja Adsense

Archive for September, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Monday, September 29th, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca blog ini dan pelanggan RajaAdsense.com, PenulisEbook.com, PanduanAdwords.com, CiptaMinisite.com dan PanduanIklan.com. Jika ada terkasar bahasa yang menguris hati anda, terkurang atau terlebih pape. Saya dan keluarga menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada anda.

Harap dihari yang mulia ini,kita semua dapat menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Saya akan bertolak balik ke Terengganu pada pagi ni. Bila makan kueh raya tu, jangan terlebih sangat. Jaga kesihatan jugak. Mentang mentang puasa dah abis, dipulun makan kueh banyak banyak. Kan nanti beraya kat hospital plak. :P

Ini kali pertama beraya sebagai seorang suami. Terpaksala bahagikan raya.Pagi ni balik Terengganu,Pagi esok balik Perak balik. Nampaknya tulah rutin tiap tiap tahun nanti.Tahun beraya dirumah keluarga isteri dulu. Tahun depan,insyallah raya di Terengganu plak.

Salam Usahawan Daripada saya.



::Kad Ucapan Raya Percuma

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Panduan Ebay Percuma

Sunday, September 28th, 2008

Raya dah semakin dekat. Saya sempat untuk update ebook percuma lama saya iaitu Panduan Ebay. Sempena hari raya yang pertama saya bergelar ketua keluarga ni. Saya akan release kembali ebook ini. Anda boleh mengedarnya secara percuma.

Panduan ebay percuma

Diharap ia dapat memberi sedikit pengetahuan tentang perniagaan lelong di internet ini. Bagaimana untuk bermula dengan ebay dan juga lelong. Ia hanya overview tentang perniagaan lelong ni. Jadi harap ia dapat membantu anda semua.

Anda boleh download di SINI.

Anda boleh mengedarnya kepada rakan atau list anda. Namun anda tidak dibenarkan untuk menjual atau mengubah mana mana kandungan ebook ini tanpa kebenaran daripada saya. Harap anda menghargai usaha yang saya lakukan ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Esok saya akan balik ke Terengganu.Lusa saya akan balik ke Perak balik. Jadi saya takkan online sepanjang tempoh raya ni.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Oh…Data hilang

Thursday, September 25th, 2008

Nampaknya semua data di Netkl dah direstore. Tapi beberapa post saya dibeberapa blog telah hilang..Huhuhuhu. Nampaknya kenalah saya buat post lain. Dugaan bulan puasa agaknya. Saya demam 2 hari dah ni. Hari ini dah okay dah skit.

Hanya selsema je & batuk je lagi. Kepala pun dah tak berapa berdenyut lagi. Jadi boleh la saya menulis untuk update blog blog saya pada hari ini. Hari raya dah makin dekat. Bagaimana persiapan raya?

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Sempena Ramadhan,Ebook dalam bentuk CD atau DVD

Tuesday, September 9th, 2008

Sempena ramadhan ni, saya telah menjadikan Ebook Raja Adsense, Rahsia Penulis Ebook,Panduan Adwords dan Panduan Minisite dalam bentuk CD dan juga DVD. Tiada kos tambahan setakat ini. Saya sedang menilai kaedah penghantaran samada pos biasa, pos ekpress atau pos laju.

Jika pos biasa, tong surat berhampiran dengan rumah je. Kutipan terakhir pada pukul 2 petang setiap hari. Jika pos laju atau pos ekpress, saya terpaksa ke bandar taiping untuk ke pejabat pos bagi urusan penghantaran. Jika ianya sesuai, download hanya akan menjadi option selepas ini.

Ini adalah kerana sejak 2 menjak ini, kaedah download cukup bermasalah jika mengunakan datacenter Malaysia.Saya mengunakan server yang mengunakan datacenter malaysia. Saya mendapat komplen yang berpanjangan tentang masalah download ini. Jadi sepanjang ramadhan ini, saya akan gunakan pos biasa dahulu kerana memudahkan saya menghantar  dengan lebih cepat.

Link download tetap diberikan. CD akan tetap diposkan. DVD hanya untuk panduan minisite kerana failnya yang besar. Saya mengunakan CD label bagi cd, cuma apa yang dirisaukan ialah bekalan cd label berkenaan.Saya sudah survey beberapa kedai komputer di sini, saya belum menjumpai kedai yang menjual cd label.

Sebelum ini, saya membeli cd label di Cineleisure Damansara. Ia mudah kerana mempunyai tools dan juga perisian untuk label berkenaan. Agak sukar untuk mencari CD label berkenaan di Taiping ni. Takkan nak kena ke KL beli cd label bebanyak kot.huhuhu

Bekalan CD masih banyak iaitu melebihi 200 keping dan dvd melebihi 50 keping lagi.Saya dah siapkan CD dan DVD ini dalam sampul surat siap. Saya hanya perlu tulis nama dan alamat sahaja.

Harap ini dapat menyelesaikan masalah download sekarang.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Video Lah Pulak

Monday, September 1st, 2008

Yosh..Apa khabar semua. Saya ada beberapa perkara yang akan diumumkan pada post kali ni. Ia berkenaan dengan video dalam format DVD. Revolusi baru perniagaan produk digital hari ini mula berkembang. Ia bukan lagi dalam format download tetapi kini dalam format DVD.

————————-
Panduan Minisite
————————-

panduan minisite

Video Panduan Membina Minisite telah pun available di CiptaMinisite.com. Produk adalah dalam bentuk DVD. Saya telah pun membeli DVD kosong untuk diburnkan produk ini nanti. Penghantaran akan mengunakan pos Express. Harganya ialah RM40. Penghantaran adalah PERCUMA.

Ia merupakan produk reseller daripada Amirol Zulkifli.

Sebenarnya produk reseller adalah cara yang terpantas untuk anda memulakan perniagaan di internet. Saya tak pasti samada masih ada reseller pakej yang ditawarkan oleh Amirol sekarang ni. Beliau hanya menawarkan 80 pakej reseller. Beliau akan menutup sementara Pakej Evolusi Web Jualan beliau untuk tujuan upgrading. Masa upgrading tak tau lama mana.

Jadi sementara itu,reseller boleh mengambil peluang untuk menjual produk panduan minisite tersebut. Ia satu peluang yang bagus untuk saya kerana saya mempunyai produk yang berkenaan dengan web jualan iaitu Rahsia Penulis Ebook. Jadi selepas restructure laman web penulis ebook, mungkin akan ada beberapa pakej lain nanti.

Siapkan buku dulu…then baru restructure balik site. :)

Anda boleh dapatkan Panduan Minisite di

http://www.ciptaminisite.com

Dapatkan sekarang ye.

—————————-
DVD Video Usahawan
—————————-

Saya telah menerima DVD Video Usahawan daripada Team Jomseminar. Gempak habis. Saya sukakan bagaimana ia disampaikan. Dari segi kandungan video yang bersahaja dan sempoi. Maklumat yang disampaikan juga sangat banyak dan berguna untuk newbie & usahawan internet yang telah berpengalaman.

DVD juga sangat lawa.

Kandungan video ini juga sangat profesional dan ianya bertaraf antarabangsa. Memang kemahiran video editing yang mengangumkan  oleh Yusry. Sememangnya seorang IM bertaraf Antarabangsa. Dulu beliau dikenali sebagai Tuah Emas dikalangan IM tempatan.

Tahniah saya ucapkan buat Yusry,Syed Ihkwan dan juga Fuad Latif yang bersusah payah untuk menghasilkan produk ini. Mereka menerusi syarikat Quick Odyssey Sdn Bhd memang akan terus berjaya untuk menaiktarafkan perniagaan internet di Malaysia ini.

Ia kini berharga RM67 dan akan dinaikkan kepada RM97 tidak lama lagi. Anda boleh menempahnya sekarang untuk mendapatkan harga pengenalan mereka iaitu RM67. Jika anda lambat, anda perlu membayar lebih RM30 la pada masa akan datang.

Tahniah Jomseminar kerana produk yang sangat berinformasi ini. Anda boleh mendapatkan DVD Video Usahawan ini di

http://www.videousahawan.com

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan