Raja Adsense

Archive for October, 2008

Kena Paypal Dispute Lagi

Friday, October 31st, 2008

Kena paypal dispute pulak.Dah lama saya tak kena. Actually ada masalah download & saya pun telah pos CD kepada orang ni mengunakan pos ekspress. Ada tracking number,tapi sayangnya tracking pos ekpress hanya untuk 15 hari ni. Tarikh pembelian adalah pada 1 oktober 2008 iaitu pada hari raya. Dispute plak semalam pada 30hb Oktober. Saya telah emailkan link download pada 3hb Oktober.

paypal dispute

Jadi tracking number dah tak leh nak pakai walaupun saya ada simpan semua tracking number tu. Jadi saya terpaksa gunakan transaksi email untuk dijadikan bukti yang dihantar kepada paypal. Tak tahu la samada ia diterima atau tak. Ini yang tak best tentang paypal. Harap bukti diterima dan kes selesai.

Seller susah nak menang dalam kes dispute.Kalo  ada tracking number pos ekspress mungkin peluang menang lebih besar. Tunggu jela. Saya mungkin akan dikenakan caj sehingga USD30 disebabkan orang menyusahkan macam ni. Bagi kes dispute, seller yang kalah kena bayar kos open case tu.

Nama & alamat pun boleh bagi. Dispute adalah perkara yang paling tak suka kalo jual produk digital ni, lebih lebih lagi kalo dalam BM.Dalam dalam english, peluang cerah skit.

Tunggu jela keputusan paypal.

Jika anda pos barang, pastikan anda menyimpan rekod penghantaran seperti no.tracking. Gunakan syarikat pengangkutan yang mempunyai nombor tracking bagi produk yang anda hantar.

Inilah karenah pelanggan yang mungkin anda hadapi. Link download dah bagi, cd pun dah pos. Bila tracking number dan lupus dari sistem pos,dia dispute. Inilah karenah manusia kan? huhuhuhu

Penyelesaian lain ialah simpan rekod email walaupun bukti tu tak berapa kukuh. At least kita ada bukti yang kita dah hantar produk kepada orang tu.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

4 Pilihan PPC Advertising

Sunday, October 26th, 2008

Pay per click atau PPC adalah antara pengiklanan yang saya gunakan secara tegar.Tegar? Yup saya gunakan secara tegar. Ia adalah untuk laman web jualan,affiliate & adsense. Yup adsense tapi bukan direct ye. Saya just guna ppc untuk capture email & lepas tu dibawa ke laman web adsense.

Money is the list! Itulah yang saya buat. Adsense arbitrage semata mata memang takkan berkesan dah. Yang penting sekali, email yang kita dapat kita boleh gunakan untuk menawarkan produk affiliate. Kesilapan newbie sekarang mereka tak mengumpul email & takut untuk melaburkan sedikit wang untuk membina laman web opt in.

Saya gunakan Google Adwords,Yahoo Search Marketing,MSN Adcenter dan Bidvertiser untuk ppc advertising saya. Saya kumpul dari zero! Semua usahawan internet pun macam tu. Jika anda tidak bertindak untuk mengumpul,sampai bila pun anda akan mengeluh “boleh la sham ada banyak list, boleh la buat beribu ribu sebulan”.

Saya mula dari kosong jugak. Saya pernah hilang kira kira 5000 list apabila autoresponder yang saya gunakan tutup tanpa sebarang notis. Ia terjadi 2 kali! Kali pertama saya gunakan autoresponder percuma iaitu autoresponder unlimited. Rupanya ia mampu menyimpan list pada jumlah tertentu kemudian semua hilang.Saya hilang hampir 2000 list ketika itu.

Saya pernah kehilangan 7000 list. Dan saya saya terpaksa mengumpul semula dari awal sehingga kini ia mempunyai lebih daripada 13,000 list. Jika tidak saya dah mempunyai 20,000 list dah kan? Kesilapan saya untuk tidak mengunakan autoresponder yang sesuai.List tu just untuk pasaran malaysia je.

Faktor kejayaan usahawan internet ialah repeated sales ataupun repeated visitor bagi mereka yang terlibat dalam adsense. Jadi adalah penting untuk meminta mereka opt in agar anda dapat bawa mereka kembali ke laman web anda dan terklik iklan adsense anda tu. Dan ianya boleh berlaku berulang ulang kali!

Cara tercepat untuk anda mengumpul list ialah dengan PPC advertising. Ada usahawan malaysia yang membuat pay per lead semata mata untuk mendapatkan list secara cepat. Ia bukannya free. Jadi jika ingin membina perniagaan, anda tetap memerlukan modal.

Langkah seterusnya selepas membina laman web adalah promosi untuk mendapatkan list. Saya berikan url untuk anda mencuba ppc ini.

p/s: CPC adalah Cost Per Click

Google Adwords

Url adalah http://www.google.com/adwords

Min CPC = RM0.01 atau USD0.01 (ia mengikut matawang ketika anda daftar akaun).

Ia adalah kepunyaan syarikat enjin carian gergasi iaitu Google Inc.

Yahoo Search Marketing

URL - http://searchmarketing.yahoo.com/

Min CPC = USD0.05

Ia adalah kepunyaan Yahoo! Inc. Enjin carian nombor 2.

MSN Adcenter

URL - http://adcenter.microsoft.com/

Min CPC= USD0.05

Ia adalah kepunyaan Microsoft. MSN juga merupakan enjin carian ke 3 terbesar dan laman web ke 4 paling popular di dunia.

Bidvertiser

URL - http://www.bidvertiser.com

Min CPC - USD0.05

Ia adalah kepunyaan Bpath LTD. Ia merupakan antara PPC yang mula mendapat tempat dikalangan usahawan internet.Anda akan diberikan percuma USD20 untuk mencuba iklan di Bidvertiser.

Ini adalah 4 ppc yang boleh anda gunakan. Anda boleh gunakan ppc lain seperti adbrite dan sebagainya. Saya tak biasa dengan yang lain. Saya hanya gunakan 4 ppc ini je setakat ni. Yang lain belum berminat untuk mencuba.

Semalam saya baru je kena pow USD30 oleh bidvertiser sebab saya tak paused campaign yang saya buat. Hati hati jika anda ingin mengunakan kredit percuma USD20 tu. Pastikan anda pause iklan anda sebelum kredit tu habis. :)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Video Percuma Bagaimana Buka Akaun Paypal

Monday, October 13th, 2008

Ramai yang bertanya pada saya tentang bagaimana untuk membuka akaun Paypal. Jadi saya telah hasilkan satu video untuk mereka yang bertanya. Anda boleh download atau tengok online.

Anda boleh layari

http://www.malaysiastory.net/paypal/

Atau

http://www.shamsuriyadi.com/paypal

Tak perlu daftar pape. Just tengok je la ye.

Russell Brunson sedang jalankan  contest sekarang ni. Ia pay per lead jugak. Setiap orang yang anda refer akan dibayar USD1. Jadi buka akaun paypal anda dan buat USD1 yang pertama anda di internet.

Anda boleh layari

http://tinyurl.com/5yf2ew

Untuk daftar contest dan start buat USD1 yang pertama anda di internet. Jangan hanya guna internet tetapi anda tak pernah dapat satu sen pun di internet. Ia merugikan. Dapat at least lepas bayar streamyx anda pun okay bukan?

All the best. Semoga berjaya dan selamat menonton.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Kenapa Masih Ditipu?

Friday, October 10th, 2008

Saya just copy and paste artikel daripada blog Shamsuriyadi.com je ni…

Sejak 2 minggu ni terdapat beberapa insiden yang sedikit sebanyak mengubah persepsi orang tentang transaksi di internet. Mostly mangsanya ialah orang melayu. Tahniah! Memang melayu boleh! hohoho.

Saya masih tak faham kenapa orang kita mudah sangat tertipu. Contohnya metro 2 hari lepas dimana seorang doktor wanita hilang berbelas ribu kerana kononnya dapat barangan berjenama di internet. Saya telah pun dedahkan kejadian ini dalam report percuma Internet Scam: Penipuan Internet Yang Perlu Anda Tahu pada tahun 2006 lagi.

Bila ianya didedahkan di media baru la ia menjadi isu besar dan secara tidak langsung ia turut mempengaruhi perniagaan internet dan juga transaksi diinternet. Daripada kenyataan dalam media, mereka cuba sembunyikan kesilapan mereka dan menyalahkan orang lain sehinggakan mereka kehilangan duit.

Apa yang berlaku pada doktor tersebut, saya telah pun dedahkan dalam report percuma tersebut iaitu bagaimana scammer gunakan email seolah olah email daripada syarikat kurier tetapi mengunakan khidmat email percuma dan bukannya email daripada syarikat kurier. Anda perlu alert ini. Jika ia daripada syarikat kurier, pasti ia akan mengunakan email daripada domain syarikat mereka seperti DHL.com,FEDEX.com dan sebagainya.

Anda boleh kenal. Ia sebenarnya adalah nigerian scammer! Mereka bukannya daripada UK,England ke apa. Ia adalah mat hitam dari afrika! Ia adalah salah satu daripada kaedah nigerian scammer beroperasi. Buat pengetahuan anda KDNK Nigeria terbesar adalah daripada penipuan manakala KDNK Somalia adalah daripada lanun.

Sebab itulah ianya dinamakan NIGERIAN SCAMMER. Ia adalah modus operandi individu atau kumpulan scammer daripada NIGERIA. Canggih? Tak la juga. Ia telah pun didedahkan 3,4 tahun lepas. Cuma rakyat Malaysia tak ambil tahu dan tiada peranan oleh media yang mendedahkan segala penipuan ini.

Harap anda dapat terus mengedarkan report percuma tu. Elakkan diri anda,keluarga anda dan rakan rakan anda daripada ditipu di internet.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan