Raja Adsense

Kenapa Masih Ditipu?

Written on October 10, 2008 – 12:51 pm | by sham |

Saya just copy and paste artikel daripada blog Shamsuriyadi.com je ni…

Sejak 2 minggu ni terdapat beberapa insiden yang sedikit sebanyak mengubah persepsi orang tentang transaksi di internet. Mostly mangsanya ialah orang melayu. Tahniah! Memang melayu boleh! hohoho.

Saya masih tak faham kenapa orang kita mudah sangat tertipu. Contohnya metro 2 hari lepas dimana seorang doktor wanita hilang berbelas ribu kerana kononnya dapat barangan berjenama di internet. Saya telah pun dedahkan kejadian ini dalam report percuma Internet Scam: Penipuan Internet Yang Perlu Anda Tahu pada tahun 2006 lagi.

Bila ianya didedahkan di media baru la ia menjadi isu besar dan secara tidak langsung ia turut mempengaruhi perniagaan internet dan juga transaksi diinternet. Daripada kenyataan dalam media, mereka cuba sembunyikan kesilapan mereka dan menyalahkan orang lain sehinggakan mereka kehilangan duit.

Apa yang berlaku pada doktor tersebut, saya telah pun dedahkan dalam report percuma tersebut iaitu bagaimana scammer gunakan email seolah olah email daripada syarikat kurier tetapi mengunakan khidmat email percuma dan bukannya email daripada syarikat kurier. Anda perlu alert ini. Jika ia daripada syarikat kurier, pasti ia akan mengunakan email daripada domain syarikat mereka seperti DHL.com,FEDEX.com dan sebagainya.

Anda boleh kenal. Ia sebenarnya adalah nigerian scammer! Mereka bukannya daripada UK,England ke apa. Ia adalah mat hitam dari afrika! Ia adalah salah satu daripada kaedah nigerian scammer beroperasi. Buat pengetahuan anda KDNK Nigeria terbesar adalah daripada penipuan manakala KDNK Somalia adalah daripada lanun.

Sebab itulah ianya dinamakan NIGERIAN SCAMMER. Ia adalah modus operandi individu atau kumpulan scammer daripada NIGERIA. Canggih? Tak la juga. Ia telah pun didedahkan 3,4 tahun lepas. Cuma rakyat Malaysia tak ambil tahu dan tiada peranan oleh media yang mendedahkan segala penipuan ini.

Harap anda dapat terus mengedarkan report percuma tu. Elakkan diri anda,keluarga anda dan rakan rakan anda daripada ditipu di internet.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 13 Responses to “Kenapa Masih Ditipu?”

  2. By KampungBoy on Oct 11, 2008 | Reply

    Act….pada pendapat saya Sham contohnya cm kes doktor tu, sayang sekali orang educated mcmtu blet tertipu. tapi…tula kaya ilmu xsemestinya kaya ngan pengalamn n ini sebenarnya yg bantu n bimbing kita dalam segala hal.

  3. By tunepal on Oct 11, 2008 | Reply

    diorang tak nak ambil tahu hal2 sebegini. Bila dah kene. Mula la salahkan orang lain..

  4. By ZaidiRazali on Oct 12, 2008 | Reply

    huh…diri sendiri yang salah, cuba nak tuding kat orang lain…media ni satu pulak, belajar belajarlah sampaikan benda yang baik je pada masyarakat. tau nak duit jer..satu cadangan bro… bro tulis satu artikel, pastu bro anta kat diorang untuk siarkan kat surat khabar. kita tengok, diorang nak siarkan ke tak ;)

  5. By solehpolysas™ on Oct 12, 2008 | Reply

    owh mcm 2 rupenyer.. emm, media ni mcm2 la..bende yang mengarut die buatnya..

  6. By bard on Oct 12, 2008 | Reply

    Salam raya semua, brruup.. oopps kenyang makan laksa hehe..

    Hmm, menarik,tertarik,penarik..

    Itulah fungsi dan tugas mereka (media)..
    Menarik perhatian semua org membaca akhbar mereka.

    Pembaca akan tertarik perihal cerita orang lain sama ada kesilapan, kebodohan atau ke’terkena’an mangsa penipuan ini.. Ini merupakan bahan penarik kepada mereka yg mempunyai agenda tersendiri bagaimana utk melancarkan strategi penipuan dgn cara yg lain pula..

    Janganlah kita tergolong daripada kalangan mereka yg ‘reaction’ kepada sesuatu bahan berita sebegini sebaiknya dan sebolehnya kita perlu ‘action’ atau bertindak dengan cara yg bijaksana seumpama memberi penjelasan kepada rakan taulan serta sanak saudara terdekan akan perkara seumpama ini.. Anda BOLEH jadi SPY kalau mahu menyelidiki siapa dia punya ‘kapala’ master minda ini.. itu kalau termampu ler..

    Minta dijauhkan scammer dari hidup anda semua.. aminnn

  7. By sham on Oct 12, 2008 | Reply

    zaidi, saya pernah dah email diorang tentang benda ni.. Editor diorang tolak..

  8. By nick on Oct 12, 2008 | Reply

    Dia org ni lebih kpd hackers cara lembut. Xtau sgt pasal programming tetapi pandai berkata2 dan pusing2 ayat menyebabkan org lain keliru. Mangsa yg keliru akan tertipu.

  9. By ZaidiRazali on Oct 12, 2008 | Reply

    o,ye ke sham.m..kebanyakan media sekarang memang suka perkara negatif jer..pasal yang negatif tu le yang panas dan menjadi tumpuan orang ramai.. kalau benda baik camni disebarkan, nanti takut kurang pulak isu panas. susah nak cari makan…

    susah bila media jadi camnih…kesian pada orang ramai yang sentiasa tertipu…

  10. By sham on Oct 13, 2008 | Reply

    actually saya ada dihubungi oleh wartawan Bernama. Lepas tu senyap sebab editor tak setuju dengan topik internet scam..

  11. By En Dlie on Oct 13, 2008 | Reply

    Mybe sham, diorng ni ada kepentingan kot sebab tu tak nak terbitkan pasal internet scam ni.. :-) ni agak2 jer.. bukan menuduh.. kalau mereka tak nak terbitkan, so kita lah yang kena sedarkan rakyat Malaysia ni..

  12. By abdfatah on Oct 15, 2008 | Reply

    putar belit kata-kata sikit aje lepas tu tertipoo… nak cuba try laa jadi scammer. hambik duit derang lepas tu hantar balik… wohohohoooo.

  13. By Madmi on Oct 21, 2008 | Reply

    Satu lagi tipu melalui eBay. Diorang (Mat2 itam ni) akan email kita ada second chance offer la, cakap diorang wholeseller la, dan terkini Mi tak bid apa2 pun ada menang item kat eBay, sah2 penipu :) Btw, ni blog raja adsense, tapi tak nampak adsense pun kat sini :lol: hehe

  14. By sham on Oct 22, 2008 | Reply

    madmi, saya tak letak adsense kat blog ni.. ada sebab… :P

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan