Raja Adsense

4 Pilihan PPC Advertising

Written on October 26, 2008 – 4:03 pm | by sham |

Pay per click atau PPC adalah antara pengiklanan yang saya gunakan secara tegar.Tegar? Yup saya gunakan secara tegar. Ia adalah untuk laman web jualan,affiliate & adsense. Yup adsense tapi bukan direct ye. Saya just guna ppc untuk capture email & lepas tu dibawa ke laman web adsense.

Money is the list! Itulah yang saya buat. Adsense arbitrage semata mata memang takkan berkesan dah. Yang penting sekali, email yang kita dapat kita boleh gunakan untuk menawarkan produk affiliate. Kesilapan newbie sekarang mereka tak mengumpul email & takut untuk melaburkan sedikit wang untuk membina laman web opt in.

Saya gunakan Google Adwords,Yahoo Search Marketing,MSN Adcenter dan Bidvertiser untuk ppc advertising saya. Saya kumpul dari zero! Semua usahawan internet pun macam tu. Jika anda tidak bertindak untuk mengumpul,sampai bila pun anda akan mengeluh “boleh la sham ada banyak list, boleh la buat beribu ribu sebulan”.

Saya mula dari kosong jugak. Saya pernah hilang kira kira 5000 list apabila autoresponder yang saya gunakan tutup tanpa sebarang notis. Ia terjadi 2 kali! Kali pertama saya gunakan autoresponder percuma iaitu autoresponder unlimited. Rupanya ia mampu menyimpan list pada jumlah tertentu kemudian semua hilang.Saya hilang hampir 2000 list ketika itu.

Saya pernah kehilangan 7000 list. Dan saya saya terpaksa mengumpul semula dari awal sehingga kini ia mempunyai lebih daripada 13,000 list. Jika tidak saya dah mempunyai 20,000 list dah kan? Kesilapan saya untuk tidak mengunakan autoresponder yang sesuai.List tu just untuk pasaran malaysia je.

Faktor kejayaan usahawan internet ialah repeated sales ataupun repeated visitor bagi mereka yang terlibat dalam adsense. Jadi adalah penting untuk meminta mereka opt in agar anda dapat bawa mereka kembali ke laman web anda dan terklik iklan adsense anda tu. Dan ianya boleh berlaku berulang ulang kali!

Cara tercepat untuk anda mengumpul list ialah dengan PPC advertising. Ada usahawan malaysia yang membuat pay per lead semata mata untuk mendapatkan list secara cepat. Ia bukannya free. Jadi jika ingin membina perniagaan, anda tetap memerlukan modal.

Langkah seterusnya selepas membina laman web adalah promosi untuk mendapatkan list. Saya berikan url untuk anda mencuba ppc ini.

p/s: CPC adalah Cost Per Click

Google Adwords

Url adalah http://www.google.com/adwords

Min CPC = RM0.01 atau USD0.01 (ia mengikut matawang ketika anda daftar akaun).

Ia adalah kepunyaan syarikat enjin carian gergasi iaitu Google Inc.

Yahoo Search Marketing

URL - http://searchmarketing.yahoo.com/

Min CPC = USD0.05

Ia adalah kepunyaan Yahoo! Inc. Enjin carian nombor 2.

MSN Adcenter

URL - http://adcenter.microsoft.com/

Min CPC= USD0.05

Ia adalah kepunyaan Microsoft. MSN juga merupakan enjin carian ke 3 terbesar dan laman web ke 4 paling popular di dunia.

Bidvertiser

URL - http://www.bidvertiser.com

Min CPC - USD0.05

Ia adalah kepunyaan Bpath LTD. Ia merupakan antara PPC yang mula mendapat tempat dikalangan usahawan internet.Anda akan diberikan percuma USD20 untuk mencuba iklan di Bidvertiser.

Ini adalah 4 ppc yang boleh anda gunakan. Anda boleh gunakan ppc lain seperti adbrite dan sebagainya. Saya tak biasa dengan yang lain. Saya hanya gunakan 4 ppc ini je setakat ni. Yang lain belum berminat untuk mencuba.

Semalam saya baru je kena pow USD30 oleh bidvertiser sebab saya tak paused campaign yang saya buat. Hati hati jika anda ingin mengunakan kredit percuma USD20 tu. Pastikan anda pause iklan anda sebelum kredit tu habis. :)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 5 Responses to “4 Pilihan PPC Advertising”

  2. By mioraz on Oct 28, 2008 | Reply

    Kawan-kawan,

    Sekarang saya baru memulakan bisnis online dan dari pengamatan saya, iklan PPC amat berkesan.

    Ini dia contoh web saya dan saya akan iklankan dalam PPC secepat mungkin

    http://www.great…ws/student/index.php
    http://www.greatha…tock-photography.php

  3. By Download Sini on Oct 28, 2008 | Reply

    Kawan-kawan

    Oh ya, saya gunakan software ini untuk buat website saya…mudah

    Kombinasi Adsense+Amazon+Clickbank+paydotcom

    Download software tersebut ….PERCUMA! Saiz 3.88MB

    Selamat mencuba!

  4. By smartzul on Nov 3, 2008 | Reply

    Haha.. Saya pernah kena pow dengan Adwords dalam 70 USD. Semuanya gara2 tak pause campaign! :p

  5. By bantingboy on Nov 10, 2008 | Reply

    so, lepas nih jangan lupa plak pause campaign yek. :)

  6. By rajapayloadz on Nov 13, 2008 | Reply

    selalu pakai bidvertiser aje.. :)

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan