Archive for November, 2008
Wednesday, November 26th, 2008
Tiada suatu pun yang sempurna di dunia ini. Begitu juga kepuasan hati manusia. Ini lagi susah sebab kemahuan setiap orang adalah berlainan. Dalam menghasilkan produk digital,ia memang sukar & mungkin ada yang cop produk anda adalah “rubbish”.
Ini adalah cabaran perniagaan produk digital. Sesetengah orang mempunyai tahap IQ dan pengetahuan yang berlainan.Ada yang merasakan ia bukan tahap mereka & menganggap ianya “rubbish”. Ada pulak yang zero pengetahuan tentang perkara berkenaan & beranggapan ia cukup bagus & membantu.
Penyelesaiannya, perbaiki dari masa ke semasa. Ia mungkin tak sempurna, namun ia akan bertambah baik dari masa ke semasa.Ia tak mungkin dapat puaskan hati semua orang. Yang penting, dapatkan feedback daripada pelanggan anda. Biarkan mereka luahkan apa yang mereka ingin tahu.
Apa yang saya risau ialah golongan yang simpan dalam hati. Mereka tak puas hati, kita tanya diorang diamkan diri & mengata dari belakang. Golongan ini sukar dikesan sebab mereka diam. Saya risau golongan sebegini espcially produk baru. Saya biasanya akan tanya pendapat mereka, jika diam & tiada pertanyaan.Saya mungkin anda faham & boleh buat sendiri.
Jika beli ebook, tanya jika ada pertanyaan. Ia sebenarnya membantu bagi memperbaiki produk mereka. Jangan simpan dalam hati. Jika penjual berkenaan ingin benar benar membantu anda, mereka akan menjawab segala soalan anda. Sebab itulah harga ebook lebih mahal daripada buku.
Jika anda ingin jadi penjual ebook, jangan pulak takut akan cabaran ini. Ini adalah salah satu learning process yang akan anda hadapi. Jika pelanggan anda tidak tanya, anda yang bertanya kepada mereka. Itulah sebaiknya. Anda boleh gunakan autoresponder untuk membantu anda. Jadikannya automatik & memudahkan anda.
Banyak cabaran yang akan hadapi dan anggaplah ia satu proses pembelajaran yang berguna kepada anda.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Cabaran, Karenah | 6 Comments »
Saturday, November 22nd, 2008
Malaysia berada ditangga ke 9 di Asia bagi jumlah penguna internet. Lebih dari separuh penduduk Malaysia mengunakan internet. Syabas.

Vietnam mempunyai pengguna internet lebih ramai daripada malaysia.Malah negara kecil seperti Taiwan, masih mengatasi Malaysia. Bagi Indonesia, penduduknya ramai menjadi advantage.Tetapi jika dikira peratus mereka pasti kalah pada Malaysia.
Jadi, di internet anda mempunyai 14.9 Juta prospek yang mungkin membeli produk anda di internet. Generasi muda hari ini mula makin malas nak ke kedai. Saya ada lihat forum wangcyber dimana kebanyakannya gemar membeli buku di internet. Mereka tak belek buku pun sebagaimana kebanyakan orang yang ingin membaca sinopsis terlebih dahulu.
Mereka langsung tak memegang malah yakin bahawa penjual pasti akan menghantar buku yang elok kepada mereka. Jika transaksi pertama berjaya, mereka pasti akan membeli lagi. Lama kelamaan ia akan menjadi tabiat dan juga budaya generasi muda hari ini.
Bagi generasi lama dan sesetengah generasi muda, mereka tetap gemar untuk ke kedai. Mereka berasa lebih yakin dengan memegang buku dan membeli dengan orang sebenar di kedai. Mereka masih kurang yakin dengan keselamatan transaksi di internet disamping mereka sering digambarkan media terutama harian metro bahawa transaksi internet mudah ditipu dan tidak selamat.
Namun, semakin tahun semakin baik. Orang mula menerima internet sebagai salah satu cara untuk membeli belah.Ia menjimatkan masa dan kos.Biasanya di internet,barang boleh didapati dengan harga lebih murah berbanding di kedai.Ia adalah kerana biasanya ia dijual oleh penerbit sendiri.
Namun,jika anda mempunyai perniagaan. Anda boleh jadikan internet sebagai alternatif kepada jualan dikedai. Jika tidak tahu untuk membina laman web perniagaan, Niagakit adalah penyelesaiannya. Anda pilih nama domain yang anda hendak,segala pembangunan laman web ia akan dilakukan oleh mereka.
Apa yang perlu anda buat ialah tangkap gambar produk dan masukkan kedalam kedai online anda dan lakukan promosi. Ingat, perniagaan internet anda tidak akan berjaya jika anda tidak membuat sebarang promosi. Promosi yang paling mudah ialah dengan mengunakan ppc seperti google adwords. Anda boleh dapatkan Panduan Adwords untuk membantu anda kerana ia turut dilengkapi dengan video tutorial.
Jangan abaikan kekuatan dan potensi internet untuk perniagaan anda.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Keusahawanan, Panduan, Promosi | 7 Comments »
Monday, November 10th, 2008
Saya ada persoalan yang ramai yang berharap ia berlaku. Harga barang turun. Golongan berpendapatan rendah dan sederhana mula terasa kesesakan ekonomi dan ketidak tentuan politik hari ini. Ramai usahawan kecil akan gulung tikar lagi la lepas ni ni jika ia tidak pulih.
Dulu nak makan?RM6 dah kenyang dah. Sekarang ni, baru cukup untuk nasi & lauk skit. Belum tentu lagi air.Kalo air suam lepas la kot. Tu pun dah 3 kupang dah. Padahal kos air tu, baru perpuluhan berapa sen je. Bila masuk kedai mamak jadi 30sen segelas kecik.
Usahawan kena banyak jadi lubang buat duit yang lain jugak la. Jangan harap satu je. Kena buat multiple source income. Kalo tidak, anda akan kelemasan di dunia harga barang yang tak reti nak turun. Masa naik dulu alasannya ialah harga minyak naik,kos pengangkutan meningkat. Kini dah turun, diorang buat buat tak tau je.
Yela. Dah makan untung banyak skit.Kos pengangkutan dah rendah, untung banyak lagi la. Kata bos diorang, kita nak bersedia untuk kemungkinan kemerosotan ekonomi. :P. Yang jadi mangsa ialah pengguna. Kerajaan boleh cakap bahawa pengguna ada kuasa untuk mempengaruhi harga barang. Macamana? Boikot? kalo boikot, susu anak nak bagi makan apa? Nak tak nak kena la beli.
Jadi saya akan mengambil keputusan untuk menurunkan harga beberapa ebook saya terutama siri pengiklanan. Usahawan perlu tahu iklan untuk meningkatkan keuntungan dan juga branding produk anda. Jika tidak iklan, orang takkan tahu. Saya akan restructure harga ebook siri pengiklanan bermula panduan adwords.
Orang mengenali perniagaan anda menerusi pengiklanan. Sebab tula syarikat telekomunikasi berlumba lumba iklan agar pengguna berasa lebih dekat dengan produk mereka. Lebih murah, lebih jimat, lebih bonus dan bermacam macam strategi pemasaran. Jadi, jangan lupa untuk iklan perniagaan internet anda kerana ia adalah perniagaan masa depan.
Semua guna internet hari ni. Mungkin masa depan, orang tak kuar umah pun untuk beli barang. Order di internet je.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita | 8 Comments »
Monday, November 3rd, 2008
Ia adalah cerita sebenar tentang susu kolustrum ni. Pada awal tahun ni, ibu saya disahkan mengidap kencing manis. Dengan kolustrum Alpha lipid ni, kini ia telah hampir tiada lagi. Hanya 1 tin, bacaan kencing manis menurun secara mendadak sehinggakan doktor pun pelik sebab ia boleh turun mendadak sedemikian.
Kini ibu saya kembali sihat tapi berjaga jaga makan. Yela, bila dah tua penyakit semakin mudah nak datang. Yang muda pun sekarang ni mudah kena penyakit.
Setelah mendapat tahu ibu dah mendapat penyakit kencing manis. Kebetulan satu program di radio terengganu yang membincangkan tentang susu kolustrum ni. Saya pernah melihat susu ni dijual disebuah kedai di dalam Giant Kuala Terengganu.
Saya berpakat dengan kakak untuk belikan ibu susu ini. Setelah sebulan/1 tin , bacaan kencing manis turun mendadak. Memang mengagumkan. Sebab itulah saya cukup percaya dengan susu kolustrum ini. Usahawan internet sebenarnya mempunyai risiko yang besar untuk mendapat pelbagai penyakit.
Depan pc je keje. Mungkin dengan susu ini, ia dapat mencegah pelbagai penyakit. Kebanyakan penyakit berpunca daripada makanan. Sumber kebaikan juga datang daripada pemakanan. Jika pemakanan yang betul, ia akan membaiki kehidupan anda.
Anda boleh layari http://www.shamsuriyadi.com/alphalipid/
Saya akan pos dalam masa 3 hari selepas bayaran diterima. Jika anda ingin menjadi agen pun boleh. 
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita, Peluang Perniagaan | 6 Comments »