Raja Adsense

Harga Minyak Turun Kenapa Harga Barang Tak?

Written on November 10, 2008 – 1:54 pm | by sham |

Saya ada persoalan yang ramai yang berharap ia berlaku. Harga barang turun. Golongan berpendapatan rendah dan sederhana mula terasa kesesakan ekonomi dan ketidak tentuan politik hari ini. Ramai usahawan kecil akan gulung tikar lagi la lepas ni ni jika ia tidak pulih.

Dulu nak makan?RM6 dah kenyang dah. Sekarang ni, baru cukup untuk nasi & lauk skit. Belum tentu lagi air.Kalo air suam lepas la kot. Tu pun dah 3 kupang dah. Padahal kos air tu, baru perpuluhan berapa sen je. Bila masuk kedai mamak jadi 30sen segelas kecik.

Usahawan kena banyak jadi lubang buat duit yang lain jugak la. Jangan harap satu je. Kena buat multiple source income. Kalo tidak, anda akan kelemasan di dunia harga barang yang tak reti nak turun. Masa naik dulu alasannya ialah harga minyak naik,kos pengangkutan meningkat. Kini dah turun, diorang buat buat tak tau je.

Yela. Dah makan untung banyak skit.Kos pengangkutan dah rendah, untung banyak lagi la. Kata bos diorang, kita nak bersedia untuk kemungkinan kemerosotan ekonomi. :P. Yang jadi mangsa ialah pengguna. Kerajaan boleh cakap bahawa pengguna ada kuasa untuk mempengaruhi harga barang. Macamana? Boikot? kalo boikot, susu anak nak bagi makan apa? Nak tak nak kena la beli.

Jadi saya akan mengambil keputusan untuk menurunkan harga beberapa ebook saya terutama siri pengiklanan. Usahawan perlu tahu iklan untuk meningkatkan keuntungan dan juga branding produk anda. Jika tidak iklan, orang takkan tahu. Saya akan restructure harga ebook siri pengiklanan bermula panduan adwords.

Orang mengenali perniagaan anda menerusi pengiklanan. Sebab tula syarikat telekomunikasi berlumba lumba iklan agar pengguna berasa lebih dekat dengan produk mereka. Lebih murah, lebih jimat, lebih bonus dan bermacam macam strategi pemasaran. Jadi, jangan lupa untuk iklan perniagaan internet anda kerana ia adalah perniagaan masa depan.

Semua guna internet hari ni. Mungkin masa depan, orang tak kuar umah pun untuk beli barang. Order di internet je.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 8 Responses to “Harga Minyak Turun Kenapa Harga Barang Tak?”

  2. By kita on Nov 11, 2008 | Reply

    tu ler pasal…rakyat sentiasa tertipu….

  3. By mymotivasi on Nov 12, 2008 | Reply

    baru-baru ni, ketika saya sedang makan disebuah restoran, saya terdengar tauke kedai(mamak) sedang berbincang utk turunkan harga tapi tak jadi disebabkan kedai lain pun tak turunkan harga! masing-masing tunggu dan lihat.. entah lah weeyyy.. :P

  4. By rajapayloadz on Nov 13, 2008 | Reply

    em. nak wat macam mana sham. Tapi diorang akan turun gak. Tapi tak banyak la..

  5. By Khai... on Nov 16, 2008 | Reply

    ye la penurunan lebih rendah daripada kenaikan, jadi tak nampak sangatla.

  6. By x-po shop on Nov 16, 2008 | Reply

    biasa la bnda2 cmni, bila nk naik, cpt aja..xsmpt nk watpe pun, trus naik..bila nk trun, lambat cam siput..myb siput lg cpt

  7. By nazri on Nov 17, 2008 | Reply

    Bagi para peniaga, turun harga barang ibarat turun ‘GAJI’ :)

  8. By zool ligakampung on Nov 19, 2008 | Reply

    Kemungkinan tahun depan ekonomi menurun..
    Adakah Malaysia akan terkena biasnya..
    Wallahualam…

  9. By Zan on Nov 20, 2008 | Reply

    Malaysia akan terkena bisanya kerana skrg pun kita dah terkena tempiasnya sedikit demi sedikit. So rakyat malaysia kena bijak bagaimana menambahkan pendapatan sampingan walaupun bekerja.

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan