Penguna Internet Malaysia Kini Adalah 14.9 Juta
Malaysia berada ditangga ke 9 di Asia bagi jumlah penguna internet. Lebih dari separuh penduduk Malaysia mengunakan internet. Syabas.
Vietnam mempunyai pengguna internet lebih ramai daripada malaysia.Malah negara kecil seperti Taiwan, masih mengatasi Malaysia. Bagi Indonesia, penduduknya ramai menjadi advantage.Tetapi jika dikira peratus mereka pasti kalah pada Malaysia.
Jadi, di internet anda mempunyai 14.9 Juta prospek yang mungkin membeli produk anda di internet. Generasi muda hari ini mula makin malas nak ke kedai. Saya ada lihat forum wangcyber dimana kebanyakannya gemar membeli buku di internet. Mereka tak belek buku pun sebagaimana kebanyakan orang yang ingin membaca sinopsis terlebih dahulu.
Mereka langsung tak memegang malah yakin bahawa penjual pasti akan menghantar buku yang elok kepada mereka. Jika transaksi pertama berjaya, mereka pasti akan membeli lagi. Lama kelamaan ia akan menjadi tabiat dan juga budaya generasi muda hari ini.
Bagi generasi lama dan sesetengah generasi muda, mereka tetap gemar untuk ke kedai. Mereka berasa lebih yakin dengan memegang buku dan membeli dengan orang sebenar di kedai. Mereka masih kurang yakin dengan keselamatan transaksi di internet disamping mereka sering digambarkan media terutama harian metro bahawa transaksi internet mudah ditipu dan tidak selamat.
Namun, semakin tahun semakin baik. Orang mula menerima internet sebagai salah satu cara untuk membeli belah.Ia menjimatkan masa dan kos.Biasanya di internet,barang boleh didapati dengan harga lebih murah berbanding di kedai.Ia adalah kerana biasanya ia dijual oleh penerbit sendiri.
Namun,jika anda mempunyai perniagaan. Anda boleh jadikan internet sebagai alternatif kepada jualan dikedai. Jika tidak tahu untuk membina laman web perniagaan, Niagakit adalah penyelesaiannya. Anda pilih nama domain yang anda hendak,segala pembangunan laman web ia akan dilakukan oleh mereka.
Apa yang perlu anda buat ialah tangkap gambar produk dan masukkan kedalam kedai online anda dan lakukan promosi. Ingat, perniagaan internet anda tidak akan berjaya jika anda tidak membuat sebarang promosi. Promosi yang paling mudah ialah dengan mengunakan ppc seperti google adwords. Anda boleh dapatkan Panduan Adwords untuk membantu anda kerana ia turut dilengkapi dengan video tutorial.
Jangan abaikan kekuatan dan potensi internet untuk perniagaan anda.





7 Responses to “Penguna Internet Malaysia Kini Adalah 14.9 Juta”
By usri on Nov 23, 2008 | Reply
So, inilah peluang kita untuk berniaga melalui internet. Peluang perniagaan sudah terbuka utk kita semua, prospek pun berjuta-juta org.
By MyPortal2u on Nov 23, 2008 | Reply
Aslkm…!!
Saya setuju sangat-sangat,internet adalah laluan yang tepat untuk semua ushawan.Kalau ada biznes tapi tak guna saluran ni, mcm mandi tak pakai sabun la….!!!
By BlogOtai on Nov 25, 2008 | Reply
Saya pernah ke Hanoi, Vietnam…Ada hotel2 menyediakan Wi-Fi secara percuma…Hotel2 kecik pun ada satu sudut yg ada 2 atau 3 biji PC yang ada internet access. Malaysia setakat yg saya jumpa kena bayar. Kedai2 kopi di Hanoi juga banyak menyediakan Wi-Fi secara percuma…best.
By smartzul on Nov 25, 2008 | Reply
Cuma lebih bagus kalau ada statistik yg lebih spesifik dari segi umur, dari mana mereka akses internet dan juga kerjaya mereka.
Apa pun, yg menentukan sesebuah produk tu dapat sambutan adalah kajian pasaran. Mmg take time, tp berbaloi.
ps. Zaman skrg ni siapa lambat bertindak, akan ketinggalan. Dalam ebiz, perkembangan sangat cepat terutama dr segi persaingan. Tak lena tido dibuatnya.
By abdfatah on Nov 26, 2008 | Reply
peluang keemasan yang sudah terbentang luas depan mataaaaaa….
By sham on Nov 26, 2008 | Reply
tengok carta tu,beza malaysia dengan china…keciknya kita.
patut la diorang boleh jadi kuasa ekonomi akan datang.
By rajapayloadz on Nov 29, 2008 | Reply
betul. memang susah nak puaskan hati semua orang..