Mustahil Untuk Puaskan Hati Semua Orang
Tiada suatu pun yang sempurna di dunia ini. Begitu juga kepuasan hati manusia. Ini lagi susah sebab kemahuan setiap orang adalah berlainan. Dalam menghasilkan produk digital,ia memang sukar & mungkin ada yang cop produk anda adalah “rubbish”.
Ini adalah cabaran perniagaan produk digital. Sesetengah orang mempunyai tahap IQ dan pengetahuan yang berlainan.Ada yang merasakan ia bukan tahap mereka & menganggap ianya “rubbish”. Ada pulak yang zero pengetahuan tentang perkara berkenaan & beranggapan ia cukup bagus & membantu.
Penyelesaiannya, perbaiki dari masa ke semasa. Ia mungkin tak sempurna, namun ia akan bertambah baik dari masa ke semasa.Ia tak mungkin dapat puaskan hati semua orang. Yang penting, dapatkan feedback daripada pelanggan anda. Biarkan mereka luahkan apa yang mereka ingin tahu.
Apa yang saya risau ialah golongan yang simpan dalam hati. Mereka tak puas hati, kita tanya diorang diamkan diri & mengata dari belakang. Golongan ini sukar dikesan sebab mereka diam. Saya risau golongan sebegini espcially produk baru. Saya biasanya akan tanya pendapat mereka, jika diam & tiada pertanyaan.Saya mungkin anda faham & boleh buat sendiri.
Jika beli ebook, tanya jika ada pertanyaan. Ia sebenarnya membantu bagi memperbaiki produk mereka. Jangan simpan dalam hati. Jika penjual berkenaan ingin benar benar membantu anda, mereka akan menjawab segala soalan anda. Sebab itulah harga ebook lebih mahal daripada buku.
Jika anda ingin jadi penjual ebook, jangan pulak takut akan cabaran ini. Ini adalah salah satu learning process yang akan anda hadapi. Jika pelanggan anda tidak tanya, anda yang bertanya kepada mereka. Itulah sebaiknya. Anda boleh gunakan autoresponder untuk membantu anda. Jadikannya automatik & memudahkan anda.
Banyak cabaran yang akan hadapi dan anggaplah ia satu proses pembelajaran yang berguna kepada anda.




6 Responses to “Mustahil Untuk Puaskan Hati Semua Orang”
By usri on Nov 27, 2008 | Reply
Untuk memuaskan hati semua org adalah sesuatu yang rumit. Pada pendapat saya jika kita jual sesuatu produk, kita kena sediakan satu ruangan forum support untuk memudahkan customer membuat perbincangan, pertanyaan dan juga membuat rujukan jika mereka kurang faham tentang sesuatu perkara.
By ZaidiRazali on Dec 2, 2008 | Reply
saya setuju dengan anda. kerana saya masih ada rasa sedikit kerisauan untuk beri yang terbaik pada semua pelanggan jika jadi penjual ebook milik sendiri…apa pun, sedang dalam usaha menjadi usahawan yang berani sekarang
By SyedHafidz on Dec 2, 2008 | Reply
bab nak puaskan hati semua orang ni memang susah nak cakapla…
memang kita tak boleh nak puaskan hati semua orang..sebab pelanggan2 kita berbeza dari sudut latarbelakang, pengetahuan IT dll..
Pada saya, saya akan tengok pada majoriti..kalau 9 orang dari 10 kata ok, maka saya akan assume ok suma..
yang 1 lagi kes terpencil ni saya akan cube selesaikan cara baik..kalau tak boleh jugak, saya refund balik..
By sapawi on Dec 4, 2008 | Reply
Manusia memang lumrahnya begitu. Walau sebaik mana pun usaha atau service yang kita buat pasti ada saje yang tak kena pada mata sesetengah orang.
Dan walau seteliti mana pun kita melakukan kerja pasti ada sedikit cacat celanya.
Dalam bab ni saya teringat kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan seekor keldai.
Saya pasti saudara semua tahu kisah ni.
Apa pun, yang penting adalah kita semua kena sentiasa pastikan dan berazam apa yang kita buat hari ini adalah sesuatu yang lebih baik daripada semalam.
By titan on Dec 6, 2008 | Reply
dah nama pun manusia. Memang susah nak puaskan hati semua orang.
By kasimo | Blog Buat Duit on Dec 7, 2008 | Reply
hari manusia ni lain-lain… kehendak pun lain.. tu yang susah nak puaskan semua orang