Raja Adsense

Archive for December, 2008

Ramalan Perniagaan Internet Ketika Kegawatan Ekonomi

Thursday, December 25th, 2008

Dalam surat khabar sejak kebelakangan ini agak menakutkan apabila ribuan pekerja bakal diberhentikan akibat kegawatan ekonomi dunia ketika ini. Pekerja bank antarabangsa dan pembuat kereta dah memulakan pemberhentian ribuan pekerja mereka bagi mengurangkan kos operasi mereka.

Tindakan ini akan dilaksanakan oleh syarikat pembuatan elektronik. Buktinya Western Digital iaitu pembuat cakera keras terbesar didunia dah menutup operasi kilangnya di Serawak. Ramai pekerja yang akan kehilangan sumber pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga mereka.

Akibat kelembapan ekonomi sekarang, orang mula berkira kira dalam perbelanjaan mereka terutama di US. Di Malaysia, kita baru nak merasa bahangnya. Rakyat Malaysia masih berbelanja seperti biasa dan ianya digalakkan oleh kerajaan kerana ia boleh mengerakkan ekonomi negara. Jika orang tidak membeli, ekonomi pun akan merudum sama. Sebab tu sekarang ada kempen jualan JIMAT.

Walaubagaimana pun anda tetap kena berjimat sehingga memberi barangan yang tidak perlu. Bagi kawasan yang diserang wabak Chikugunya, beli ubat nyamuk. Ia adalah keperluan dikawasan tersebut kerana ia berpunca daripada nyamuk. Entah siapa yang bagi nama chikugunya tu. Nak sebut pun susah. :P

Bagaimana pulak pasaran perniagaan internet? Usahawan internet top dunia meramalkan industri perniagaan internet terutama niche “make money online” akan mendapat sambutan yang paling hangat. Ini adalah kerana apabila terdesak orang akan cuba mencari penyelesaian terbaik untuk mereka. Mereka akan mencari jalan untuk menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan dan menyara keluarga mereka.

Maka selepas ini semakin banyak blog dan laman web tentang online biz dan buat duit di internet. Di malaysia pun sama sekarang ni. Para newbie berlumba lumba untuk bina blog tentang bagaimana untuk buat duit di internet. Mereka silap skit sebenarnya. Lebih baik jika golongan yang mula menceburkan diri dalam perniagaan internet membina blog tentang apa yang mereka mahir dan tahu.

Jadi ilmu yang mereka ada dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. Mungkin ilmu itu boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Itu adalah antara perkara yang belum disedari oleh kebanyakan para newbie. Mereka cenderung untuk meniru usahawan internet yang menjadi idola mereka seperti Irfan Khairi,Saifusham,Smartusaha,Sham,Mawardee,Shuth dan ramai lagi.

Nasihat saya, jangan tiru blog orang. Buat blog tentang apa yang anda tahu. Jika anda tahu tentang pertanian, perternakan,kejuruteraan,pemasaran dan sebagainya, buat tentang perkara tersebut. Ia memudahkan anda membina kredibiliti anda tentang sesuatu bidang. Anda boleh menjadi “otai” dalam bidang tersebut kerana anda mempunyai pengetahuan mengenainya.

Saya sedang menyiap produk terbaru saya sebenarnya. Jadi saya, luangkan masa untuk menulis sekejap diblog ni. Saya akan umumkan produk baru ni pada Januari nanti. Ia adalah produk terbaru saya untuk tahun 2009. Produk ini adalah ebook & video tutorial. Ia adalah hasil daripada survey dan juga pertanyaan kepada saya. Jadi saya buat penyelesaian bagi semua masalah yang orang tanya. Anda pun boleh gunakan cara saya ini untuk menghasilkan produk anda yang pertama.

Ini adalah antara langkah saya menghadapi cabaran 2009 dimana ia diramalkan menjadi kemelesetan ekonomi antara yang paling teruk dalam sejarah.  Anda dah bersedia?

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Cerita Disebalik MalaysiaStory.net

Friday, December 19th, 2008

Pada asalnya saya merancang untuk membeli domain MalaysiaStory.com. Lepas register & bayar kat pihak hosting.Saya mendapat email dari hosting yang menyatakan domain MalaysiaStory.com telah dimiliki orang. Saya bengang sekejap dengan hosting tersebut kerana lambat bertindak.

Yela.Saya beli pada 25/12/2006.Saya masih simpan lagi email pengesahan tempahan&bayaran domain tu.Tapi pada 7/1/2007 barulah register.Tengok tengok dah kena kebas pulak.

email malaysiastory

Saya bertambah bengang apabila saya dihubungi owner MalaysiaStory.com dan ingin menjual kepada saya pada harga USD89.95. Tak tau la samada ia adalah sebab hosting atau software domain sniffer.Malah dia dapat email personal saya. Malaun betul. Ni email malaun tu.

mastory.JPG

Memang cukup bengang. Last last saya suruh hosting tu, register MalaysiaStory.net. Bukan setakat tu. MalaysiaStory.com sekarang pun tiru konsep MalaysiaStory.net. Silap saya juga kerana abaikan MalaysiaStory hampir 10 bulan akibat masalah database.

Mat salleh pun main taktik kotor jugak kan? Sekarang semua ni dah jadi sejarah. Hidup mesti diteruskan. Rugi jugak kerana saya abaikan lama MalaysiaStory.net kerana ia berpotensi menjadi laman web utama di Malaysia kerana teknik seo yang sangat berkesan mengunakan pligg.

Inilah cabaran di internet. Anda lambat anda akan ketinggalan. Silap skit, anda mungkin akan terlepas peluang. Harap anda pun belajar daripada kesilapan saya ni. Kalo ada domain name yang cantik,cepat beli. Anda boleh buat duit. Tapi bukan cara mat salleh tu buat la. Ia sah disisi undang undang tapi tak beretika.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Malaysia Story Kini Beroperasi Semula

Wednesday, December 10th, 2008

Setelah lama tidak dapat digunakan, kini laman social bookmarking MalaysiaStory.net sudah boleh digunakan. Versi baru ini terdapat beberapa fungsi baru bagi mengatasi SPAM. Saya pening kepala untuk memperbaiki versi sebelum ni dan mengambil keputusan untuk memulakan semula laman web ini.

Fail terdahulu saya ada buat back up, namun apabila direstore kembali menyebabkan banyak error yang memeningkan kepala saya. Laman ini mempercepatkan laman web anda dicrawl oleh enjin carian. Sebelum ini,ia hanya mengambil masa hanya beberapa jam untuk disenaraikan di google.

Saya harap ia dapat digunakan untuk membantu anda mendapat link bagi blog atau laman web anda. Saya akan cuba restore balik apa yang telah dimasukkan sebelum ni.

Anda boleh layari http://www.malaysiastory.net

update: Setelah dilancarkan kembali pada 10hb, kini ia mempunyai 297 ahli dalam masa 7 hari.

pligg

Sebelum ia dah mempunyai lebih dari 10k ahli. Terpaksa create balik lepas ada clash database diantara yang lama dengan yang baru sehingga memeningkan kepala saya. Manfaatkannya okay.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan