101 Idea Perniagaan Internet
Thursday, January 15th, 2009Seperti yang dijanjikan sebelum ini tentang ebook terbaru daripada saya. Ia bertajuk 101 Idea Perniagaan Internet Yang Boleh Dilakukan Dari Rumah. Ia mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan kerana tiada mood untuk menulis. Susah kalo takde mood menulis ni. Walau bagaimana pun ia berjaya disiapkan pada 2 minggu lepas.
Apa yang menarik tentang ebook ini, ia juga dilengkapi dengan 17 Video. Semua dalam bahasa Malaysia. Untuk ebook kali ini, saya tidak memberikan sebarang bonus. Malah kali ini, saya akan mengunakan konsep KISS atau keep it simple. Saya tak memberikan sebarang bonus yang mungkin anda tidak gunakan atau baca. Apa yang saya dapati, trend pembeli di Malaysia agak fobia dengan ebook bahasa inggeris. Jadi saya takkan berikannya kali ini walaupun saya mempunyai koleksi beberapa Gig ebook.
Ini adalah kerana kebanyakan usahawan internet Malaysia sering berikan eboook dan video dalam bahasa inggeris, kebanyakannya ia hanya berkarat dalam pc kerana tidak dibaca. Mungkin ia dikatakan sebagai bonus percuma. Penghargaan terhadap produk percuma juga kurang walaupun ramai yang suka benda free. Nak benda free, tetapia tidak dihargai. Pelik betul manusia.
Inilah dia ecover ebook terbaru saya.
Terima kasih buat VirtualNiaga kerana merekabentuk ecover dan juga laman web kali ini. Ia akan dilancarkan pada 16hb Januari 2009 iaitu esok. Anda boleh melayari laman web http://www.perniagaaninternet101.com. Ebook ini mempunyai 120 muka surat dan mempunyai 12 atau 17 video. Dalam video kalo terkeluar loghat Terengganu, harap dimaafkan.
. Saya dah cuba sedaya upaya agar tidak terkeluar loghat dalam video, walau bagaimanapun ada yang terlepas dalam beberapa video.
Affiliate akan dibuka untuk rakan JV dan juga pembeli ebook ini nanti. Bagi mereka yang masih tercari cari idea untuk memulakan perniagaan internet, inilah penyelesaiannya.


