Artikel Pertama di Tahun 2009
Lama betul saya tak update blog ni. Jadi ini adalah artikel pertama di tahun baru. Itupun setelah 11 hari berlalu. Saya agak sibuk menyiapkan produk terbaru saya. Saya biasanya melancarkan produk baru pada awal tahun. Setiap tahun saya akan lancarkan ebook baru.
Jadi ebook terbaru akan datang tidak lama lagi. Cuma 10 hari sahaja lagi. Pada 15hb nanti saya akan umumkan tajuk ebook terbaru saya. Saya sedang siapkan video terlebih dahulu. Saya dah siapkan lebih dari 10 video setakat ini. Tinggal lagi 7 video yang saya akan siapkan.
Ebook kali ini adalah khas untuk newbie untuk memulakan perniagaan internet mereka dari rumah. Tahun 2009 akan menjadi tahun yang mencabar kepada kebanyakan orang termasuk saya. Saya sedang mempersiapkan diri untuk menjadi seorang Ayah. Satu lagi kehidupan yang baru buat saya. Berdebar debar pulak bila memikirkan tanggungjawab yang semakin membesar. Dulu tanggung anak orang bila kahwin. Sekarang ni saya bersiap sedia untuk tanggung anak sendiri.
Anugerah yang cukup bermakna untuk saya. Ia memberikan saya satu motivasi untuk berusaha dengan lebih gigih untuk membantu orang dalam perniagaan internet. Ia adalah satu jihad jugak kan? Kita mungkin tak dapat berjihad membantu saudara kita di Palestin. Jadi kita berjihad dalam ekonomi. Tingkatkan ekonomi umat islam. Harap orang tidak salah gunakan alasan tersebut untuk membuat skim cepat kaya.
Saya tetap anti skim cepat kaya. Saya akan terus menentang penipuan di internet. Ia mungkin akan membantu dan mengelakkan orang ramai daripada tertipu. Ok.Sambung lain kali pulak. Back to work!




One Response to “Artikel Pertama di Tahun 2009”
By milsum on Jan 13, 2009 | Reply
waaaa….
video ape tuu…
x sbar nk tggu video terbaru sham..
mesti yg pertama dlm kelasnya…
yeah!