Raja Adsense

101 Idea Perniagaan Internet

Written on January 15, 2009 – 12:58 am | by sham |

Seperti yang dijanjikan sebelum ini tentang ebook terbaru daripada saya. Ia bertajuk 101 Idea Perniagaan Internet Yang Boleh Dilakukan Dari Rumah. Ia mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan kerana tiada mood untuk menulis. Susah kalo takde mood menulis ni. Walau bagaimana pun ia berjaya disiapkan pada 2 minggu lepas.

Apa yang menarik tentang ebook ini, ia juga dilengkapi dengan 17 Video. Semua dalam bahasa Malaysia. Untuk ebook kali ini, saya tidak memberikan sebarang bonus. Malah kali ini, saya akan mengunakan konsep KISS atau keep it simple. Saya tak memberikan sebarang bonus yang mungkin anda tidak gunakan atau baca. Apa yang saya dapati, trend pembeli di Malaysia agak fobia dengan ebook bahasa inggeris. Jadi saya takkan berikannya kali ini walaupun saya mempunyai koleksi beberapa Gig ebook.

Ini adalah kerana kebanyakan usahawan internet Malaysia sering berikan eboook dan video dalam bahasa inggeris, kebanyakannya ia hanya berkarat dalam pc kerana tidak dibaca. Mungkin ia dikatakan sebagai bonus percuma. Penghargaan terhadap produk percuma juga kurang walaupun ramai yang suka benda free. Nak benda free, tetapia tidak dihargai. Pelik betul manusia.

Inilah dia ecover ebook terbaru saya.

ecover

Terima kasih buat VirtualNiaga kerana merekabentuk ecover dan juga laman web kali ini. Ia akan dilancarkan pada 16hb Januari 2009 iaitu esok. Anda boleh melayari laman web http://www.perniagaaninternet101.com. Ebook ini mempunyai 120 muka surat dan mempunyai 12 atau 17 video. Dalam video kalo terkeluar loghat Terengganu, harap dimaafkan. :P . Saya dah cuba sedaya upaya agar tidak terkeluar loghat dalam video, walau bagaimanapun ada yang terlepas dalam beberapa video.

Affiliate akan dibuka untuk rakan JV dan juga pembeli ebook ini nanti. Bagi mereka yang masih tercari cari idea untuk memulakan perniagaan internet, inilah penyelesaiannya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 8 Responses to “101 Idea Perniagaan Internet”

  2. By smartzul on Jan 16, 2009 | Reply

    Tahniah Sham untuk produk terbaru.

    Nak hasilkan ebook ni nampak memang mudah, tapi realitinya tak sebegitu kadang2. Tapi nak seribu daya.

    Sekarang ni tengah tengok2 ebook sham dan juga video. So far, memang Ok dan very clear terutama video.

  3. By sham on Jan 17, 2009 | Reply

    ebook 101 idea perniagaan..video pulak adalah tentang asas perniagaan internet.sebab tu saya pilih domain perniagaaninternet101.com.

    ia lebih untuk membetulkan persepsi orang terhadap perniagaan internet.

  4. By mazlienadzri on Jan 17, 2009 | Reply

    Semoga Sham bertambah rezeki :)

  5. By Maizul on Jan 19, 2009 | Reply

    Tahniah sham. Lebih mudah lah bagi mereka yang nak buat perniagaan di internet lepas ni.

  6. By zool on Jan 21, 2009 | Reply

    Wah ebook mantap dari sham..
    Caiyoklah

  7. By MNizam on Jan 22, 2009 | Reply

    Syabas! Produk terbaru.

  8. By KampungBoy on Jan 23, 2009 | Reply

    Tahniah bro di atas pelancaran ini. Yela dah lm menyepi….

  9. By ilhamputra on Mar 16, 2009 | Reply

    produk yang bagus bro.siap ade video lagi.

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan