Archive for February, 2009
Wednesday, February 25th, 2009
Dah lama produk saya tak dipirate orang.Biasanya ia melibatkan Ebook Raja Adsense tetapi kali ia melibatkan Panduan Adwords pulak. Walaupun reseller dibenarkan untuk menjual dan menyimpan 100% hasil jualan namun ada batasnya yang perlu dijaga. Ini adalah kerana ia juga melibatkan nama baik pemilik asal produk tersebut. Ya! Memang, ini adalah kerana nama pemilik asal dikekalkan pada laman web reseller.
Seorang reseller tidak boleh sesuka hati dalam memberikan bonus kepada pelanggan mereka terutamanya produk tanpa resell right daripada pemilik asal. Pemilik hakcipta berhak untuk menarik balik balik kebenaran atau mengambil tindakan undang undang. Ini adalah kerana kita mempunyai Akta Hakcipta 1989. Ia membolehkan pemilik hakcipta menyaman dan mendapatkan gantirugi daripada pihak terbabit.
Jangan pandang ringan apa yang saya katakan ini. Saya suka mengambil alamat pembeli produk saya kerana untuk memudahkan saya merekodkan dan menyelesaikan masalah berkenaan dengan hak cipta jika ianya terjadi apa apa. Jadi saya tahu siapakah pembeli yang membuat onar dan tindakan mahkamah boleh dilakukan kerana saya ada maklumat peribadi. Bagi sesetengah IM tidak mengambil maklumat peribadi seperti alamat dan no telefon. Tetapi bagi saya ia penting.
Seorang reseller tak boleh:
1.Mengaku produk tersebut adalah produk yang dihasilkan oleh beliau.
2.Menjadikan bonus bagi produk yang tidak mempunyai resell right.
3.Tidak boleh mengubah kandungan produk tersebut kecuali ianya dibenarkan oleh pemilik asal.
4. Mempakej dengan produk lain kecuali ia dinyatakan sebaliknya.
5.Menjual dengan harga yang rendah dari harga minimum yang ditetapkan.
6.Memberikannya secara percuma untuk menarik orang untuk subcribe.
Ini adalah antara larangan yang dilarang buat reseller. Memang reseller mempunyai hak tetapi ia tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh pemilik hakcipta.
Jangan sesekali anda menjual produk yang tidak menawarkan hak jualan semula. Jangan sampai anda disaman atau dikenakan tindakan undang undang kerana melanggar hakcipta orang lain.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Kesilapan, Teguran | 5 Comments »
Sunday, February 22nd, 2009
Saya tak pernah menulis tentang tips adwords sebelum ini. Jadi ini adalah kali pertama saya akan dedahkan satu tips dan strategi bagi mengurangkan CPC dan juga meningkatkan CTR bagi Google Adwords. Rasanya ramai yang masih belum berani untuk mengunakan Google Adwords untuk pemasaran produk mereka.
Buktinya masih tak banyak iklan yang mengunakan Google Adwords. Mungkin kurang pendedahan tentang kaedah pengiklanan yang hebat ini.
Tadi saya telah create satu kempen khas untuk menguji reverse psikologi bagi menarik minat orang untuk melawat laman web saya. Hasilnya dalam beberapa jam sahaja.

Hasilnya terhasil la 9 klik daripada 71 impression. CTR bagi iklan ini adalah 12.68% dengan kos hanya 14sen. Laman yang saya bina hanya untuk membina list. 5 orang telah subcribe. Saya tak masukkan conversion tracking. Jadi takde statistik conversion la. Bagi mendapatkan CTR melebihi 2% adalah sangat sukar. Anda boleh tanya mereka yang biasa dengan Adwords.Tapi saya lakukannya dengan agak mudah sebab kurangnya pesaing.
Iklan yang saya hasilkan pula mengunakan kaedah psikologi balikan kalo dalam bahasa melayu. Sebenar CPC atau cost per klik boleh jadi lebih murah jika CTR terus meningkat. Semua kaedah ini saya ada nyatakan dalam ebook Panduan Adwords. Cuma tak ramai yang gunakan kaedah ini.
Terdapat juga beberapa strategi yang saya gunakan bagi meningkatkan CTR bagi iklan Adwords saya. Bentuk iklan saya, anda boleh cari keyword “aplha lipid” di google. Ia berada top 3 bagi carian keyword tersebut. Apa yang menarik minat orang untuk klik iklan ialah ayat iklan yang digunakan agak kontroversi dan menimbulkan rasa ingin tahu bagi mereka yang mencari tentang produk alpha lipid iaitu satu produk kolustrum.
Anda boleh aplikasikan kaedah ini. Tetapi pastikan setting iklan anda mestilah betul. Setting iklan ini hanya akan didedahkan bagi pembeli ebook Panduan Adwords. Maaf ye.
. Rahsia penting yang ramai pakar adwords tak nak dedahkan. Saya banyak gunakan strategi ini untuk kempen produk affiliate luar negara. It’s really works!
Anda boleh dapatkan Panduan Adwords di http://www.panduanadwords.com
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Google Adwords, Tips | 4 Comments »
Sunday, February 8th, 2009
Saya baru je perasan apabila satu artikel daripada blog bahasa inggeris saya yang mengutuk serangan Israel terhadap Palestine telah didelete dan komen telah ditutup. Walaupun benda lain tidak dikacau, ini menunjukkan pakar iT Israel bersedia untuk memasuki mana mana laman web yang mengutuk Israel dan mengubahnya.
Salah satu sebab mereka boleh memasuki blog tersebut ialah saya tidak update kepada versi terbaru. Blog tersebut sebelum ini mengunakan versi 2.3.3. Saya agak terkejut dengan kejadian sebegini dan bertindak untuk upgrade blog wordpress kepada versi terbaru kerana lebih selamat.
Kejadian ini akan sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa memantau blog blog saya agar tidak dimasuki oleh hacker. Walaupun ianya tiada kesan apa apa pada blog tersebut tetapi ia memberi kesan kepada saya. Saya menulis dan meletakkan peta palestin yang dirampas.Nampaknya semuanya telah didelete. Ia membuatkan saya sedikit sakit hati kerana jika ianya dibaca oleh 1000 orang,pasti ia memberi kesan sedikit sebanyak terhadap palestin dan israel.
Jika anda masih mengunakan blog wordpress versi lama.Kemaskini kepada versi terbaru kerana lebih selamat berbanding versi lama kerana terdapat beberapa isu keselamatan yang telah dikesan pada versi lama. Bagi mereka yang pakar dengan wordpress, pasti dapat mengesan “lubang” dan membuat kacau ke dalam blog anda. Jika anda menulis dalam BM mungkin kebarangkalian mungkin kurang. Tapi jika menulis dalam english, ia dibaca dan difahami oleh ramai orang.
Kesan dari penulisan anda lebih jika blog anda dalam bahasa inggeris. Kejadian ini tidak akan mematah semangat saya untuk terus menulis bagi menyokong perjuangan rakyat palestin. Jihad dalam penulisan mungkin saya mampu. Untuk berperang di sana agak mustahil. Dengan adanya teknologi blog, saya boleh terus menulis dan menyokong perjuangan rakyat Palestin. “Mata Pena itu lebih tajam dari mata pedang“. Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh cendikiawan zaman dahulu.
Penulisan memberi kesan yang cukup mendapat sehinggakan ia boleh mempengaruhi keputusan pilihanraya. Ianya terbukti ketika PRU 12 dan kempen presiden US yang terbaru iaitu Barack Obama. Penyokong Obama mengunakan blog untuk berkempen. Malah Obama berjaya mengumpul dana kempen beliau beberapa juta dalam masa 24 jam sahaja. Malah perbelanjaan kempen Obama adalah yang terbesar dalam sejarah US. Semuanya didapati menerusi kempen di internet!
Jangan perkecilkan pengaruh blog. Penulisan memang mempunyai pengaruh yang besar. Malah penulisan juga boleh membuat duit.
. Ramai yang suka kalau cakap pasal duit ni. Lebih lebih lagi dalam situasi ekonomi sekarang ini. Masing masing mencari peluang untuk menambah pendapatan. Jika anda berminat untuk menjadi blogger dan mempunyai blog dot com anda sendiri, anda boleh dapatkan panduan bina blog di
http://www.panduanbinablog.com
Mungkin anda juga boleh menyertai jihad menerusi penulisan ini. Anda juga boleh belajar untuk berfikiran kritis jika anda rajin menulis dan membaca. Rasanya ramai yang menulis tentang keadaan politik di Perak sekarang. Anda nak sertai?
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita, Blogging | 1 Comment »
Thursday, February 5th, 2009
Di antara blog dan laman web biasa, yang manakah yang lebih bagus? Ehem…Para blogger pasti akan mengatakan blog la yang lebig bagus sebab boleh update content dengan mudah. Saya setuju bahawa blog lebih bagus selain memudahkan interaksi diantara pembaca dan penulis blog.
Berlainan dengan laman web biasa yang statik dan tiada unsur interaksi. Ia menyebabkan blog semakin digemari oleh kebanyakan orang. Kebolehan berinteraksi dengan pembaca membuatkan para blogger untuk sentiasa mengemaskini dan memasukkan artikel baru di blg mereka.
Jangan salah anggap bahawa blog hanya tentang politik sahaja. Blog politik hanya sebahagian kecil sahaja yang blog yang wujud pada dunia hari ini. Terdapat banyak jenis blog yang dihasilkan pada hari ini antaranya video blog,bisnes blog, personal blog, marketing blog dan sebagainya. Blog boleh digunakan sebagai tools bagi pelbagai perkara.
Bagaimana dengan laman web biasa? Tak bagus ke? Bagus juga sebenarnya. Namun kegunaan laman web biasa atau statik ini mempunyai tujuan lain seperti laman web jualan, opt in, maklumat dan sebagainya. Ia biasanya bukan bertujuan untuk berinteraksi diantara pemilik laman web dan pelawat. Jika laman web berkenaan bertujuan untuk menjual barang, jadi maklumat barang akan dipamerkan dan pelawat boleh menempahnya.
Jadi yang mana yang saya suka? Saya sukakan kedua duanya. Blog dan laman web statik ini mempunyai tujuan yang tersendiri sebagaimana genre yang ada pada blog. Jika anda ingin membina blog dot com anda sendiri, anda boleh dapatkan Panduan WordPress di
http://www.panduanbinablog.com
Jika anda ingin mempunyai blog dengan nama anda.Pastikan anda cepat mendapatkannya. Manalah tahu orang lain mendapatkannnya terlebih dahulu. Nama domain seperti Shamsuriyadi.com atau dengan nama seperti ali.com, abubakar.com pasti akan digunakan oleh orang jika anda tidak mendapatkannya dengan segera.
Jangan biarkan nama domain nama anda diambil orang. Bina blog dot com anda sendiri sekarang!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Blogging, Tips | 1 Comment »