Blog Atau Laman Web Biasa?
Di antara blog dan laman web biasa, yang manakah yang lebih bagus? Ehem…Para blogger pasti akan mengatakan blog la yang lebig bagus sebab boleh update content dengan mudah. Saya setuju bahawa blog lebih bagus selain memudahkan interaksi diantara pembaca dan penulis blog.
Berlainan dengan laman web biasa yang statik dan tiada unsur interaksi. Ia menyebabkan blog semakin digemari oleh kebanyakan orang. Kebolehan berinteraksi dengan pembaca membuatkan para blogger untuk sentiasa mengemaskini dan memasukkan artikel baru di blg mereka.
Jangan salah anggap bahawa blog hanya tentang politik sahaja. Blog politik hanya sebahagian kecil sahaja yang blog yang wujud pada dunia hari ini. Terdapat banyak jenis blog yang dihasilkan pada hari ini antaranya video blog,bisnes blog, personal blog, marketing blog dan sebagainya. Blog boleh digunakan sebagai tools bagi pelbagai perkara.
Bagaimana dengan laman web biasa? Tak bagus ke? Bagus juga sebenarnya. Namun kegunaan laman web biasa atau statik ini mempunyai tujuan lain seperti laman web jualan, opt in, maklumat dan sebagainya. Ia biasanya bukan bertujuan untuk berinteraksi diantara pemilik laman web dan pelawat. Jika laman web berkenaan bertujuan untuk menjual barang, jadi maklumat barang akan dipamerkan dan pelawat boleh menempahnya.
Jadi yang mana yang saya suka? Saya sukakan kedua duanya. Blog dan laman web statik ini mempunyai tujuan yang tersendiri sebagaimana genre yang ada pada blog. Jika anda ingin membina blog dot com anda sendiri, anda boleh dapatkan Panduan WordPress di
http://www.panduanbinablog.com
Jika anda ingin mempunyai blog dengan nama anda.Pastikan anda cepat mendapatkannya. Manalah tahu orang lain mendapatkannnya terlebih dahulu. Nama domain seperti Shamsuriyadi.com atau dengan nama seperti ali.com, abubakar.com pasti akan digunakan oleh orang jika anda tidak mendapatkannya dengan segera.
Jangan biarkan nama domain nama anda diambil orang. Bina blog dot com anda sendiri sekarang!




One Response to “Blog Atau Laman Web Biasa?”
By ilhamputra on Mar 16, 2009 | Reply
saya dah ade domain sy sendiri. iaitu ilhamputra.com. bile check lg ade org dah ambil ilhamputra.org nasib baik sy cepat