Awas Jika Anda Mengunakan WordPress Versi Lama
Saya baru je perasan apabila satu artikel daripada blog bahasa inggeris saya yang mengutuk serangan Israel terhadap Palestine telah didelete dan komen telah ditutup. Walaupun benda lain tidak dikacau, ini menunjukkan pakar iT Israel bersedia untuk memasuki mana mana laman web yang mengutuk Israel dan mengubahnya.
Salah satu sebab mereka boleh memasuki blog tersebut ialah saya tidak update kepada versi terbaru. Blog tersebut sebelum ini mengunakan versi 2.3.3. Saya agak terkejut dengan kejadian sebegini dan bertindak untuk upgrade blog wordpress kepada versi terbaru kerana lebih selamat.
Kejadian ini akan sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa memantau blog blog saya agar tidak dimasuki oleh hacker. Walaupun ianya tiada kesan apa apa pada blog tersebut tetapi ia memberi kesan kepada saya. Saya menulis dan meletakkan peta palestin yang dirampas.Nampaknya semuanya telah didelete. Ia membuatkan saya sedikit sakit hati kerana jika ianya dibaca oleh 1000 orang,pasti ia memberi kesan sedikit sebanyak terhadap palestin dan israel.
Jika anda masih mengunakan blog wordpress versi lama.Kemaskini kepada versi terbaru kerana lebih selamat berbanding versi lama kerana terdapat beberapa isu keselamatan yang telah dikesan pada versi lama. Bagi mereka yang pakar dengan wordpress, pasti dapat mengesan “lubang” dan membuat kacau ke dalam blog anda. Jika anda menulis dalam BM mungkin kebarangkalian mungkin kurang. Tapi jika menulis dalam english, ia dibaca dan difahami oleh ramai orang.
Kesan dari penulisan anda lebih jika blog anda dalam bahasa inggeris. Kejadian ini tidak akan mematah semangat saya untuk terus menulis bagi menyokong perjuangan rakyat palestin. Jihad dalam penulisan mungkin saya mampu. Untuk berperang di sana agak mustahil. Dengan adanya teknologi blog, saya boleh terus menulis dan menyokong perjuangan rakyat Palestin. “Mata Pena itu lebih tajam dari mata pedang“. Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh cendikiawan zaman dahulu.
Penulisan memberi kesan yang cukup mendapat sehinggakan ia boleh mempengaruhi keputusan pilihanraya. Ianya terbukti ketika PRU 12 dan kempen presiden US yang terbaru iaitu Barack Obama. Penyokong Obama mengunakan blog untuk berkempen. Malah Obama berjaya mengumpul dana kempen beliau beberapa juta dalam masa 24 jam sahaja. Malah perbelanjaan kempen Obama adalah yang terbesar dalam sejarah US. Semuanya didapati menerusi kempen di internet!
Jangan perkecilkan pengaruh blog. Penulisan memang mempunyai pengaruh yang besar. Malah penulisan juga boleh membuat duit.
. Ramai yang suka kalau cakap pasal duit ni. Lebih lebih lagi dalam situasi ekonomi sekarang ini. Masing masing mencari peluang untuk menambah pendapatan. Jika anda berminat untuk menjadi blogger dan mempunyai blog dot com anda sendiri, anda boleh dapatkan panduan bina blog di
http://www.panduanbinablog.com
Mungkin anda juga boleh menyertai jihad menerusi penulisan ini. Anda juga boleh belajar untuk berfikiran kritis jika anda rajin menulis dan membaca. Rasanya ramai yang menulis tentang keadaan politik di Perak sekarang. Anda nak sertai?




One Response to “Awas Jika Anda Mengunakan WordPress Versi Lama”
By Richie on Feb 27, 2009 | Reply
saya belum upgrade lagi yg latest 2.7.. skang 2.6 ekeke