Jaga Batas Seorang Reseller
Dah lama produk saya tak dipirate orang.Biasanya ia melibatkan Ebook Raja Adsense tetapi kali ia melibatkan Panduan Adwords pulak. Walaupun reseller dibenarkan untuk menjual dan menyimpan 100% hasil jualan namun ada batasnya yang perlu dijaga. Ini adalah kerana ia juga melibatkan nama baik pemilik asal produk tersebut. Ya! Memang, ini adalah kerana nama pemilik asal dikekalkan pada laman web reseller.
Seorang reseller tidak boleh sesuka hati dalam memberikan bonus kepada pelanggan mereka terutamanya produk tanpa resell right daripada pemilik asal. Pemilik hakcipta berhak untuk menarik balik balik kebenaran atau mengambil tindakan undang undang. Ini adalah kerana kita mempunyai Akta Hakcipta 1989. Ia membolehkan pemilik hakcipta menyaman dan mendapatkan gantirugi daripada pihak terbabit.
Jangan pandang ringan apa yang saya katakan ini. Saya suka mengambil alamat pembeli produk saya kerana untuk memudahkan saya merekodkan dan menyelesaikan masalah berkenaan dengan hak cipta jika ianya terjadi apa apa. Jadi saya tahu siapakah pembeli yang membuat onar dan tindakan mahkamah boleh dilakukan kerana saya ada maklumat peribadi. Bagi sesetengah IM tidak mengambil maklumat peribadi seperti alamat dan no telefon. Tetapi bagi saya ia penting.
Seorang reseller tak boleh:
1.Mengaku produk tersebut adalah produk yang dihasilkan oleh beliau.
2.Menjadikan bonus bagi produk yang tidak mempunyai resell right.
3.Tidak boleh mengubah kandungan produk tersebut kecuali ianya dibenarkan oleh pemilik asal.
4. Mempakej dengan produk lain kecuali ia dinyatakan sebaliknya.
5.Menjual dengan harga yang rendah dari harga minimum yang ditetapkan.
6.Memberikannya secara percuma untuk menarik orang untuk subcribe.
Ini adalah antara larangan yang dilarang buat reseller. Memang reseller mempunyai hak tetapi ia tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh pemilik hakcipta.
Jangan sesekali anda menjual produk yang tidak menawarkan hak jualan semula. Jangan sampai anda disaman atau dikenakan tindakan undang undang kerana melanggar hakcipta orang lain.




5 Responses to “Jaga Batas Seorang Reseller”
By Richie on Feb 27, 2009 | Reply
hurmm.. nama asal pencipta tak boleh padam kan? url asal pun sama?
By sham on Feb 27, 2009 | Reply
kalo owner benarkan,boleh la tukar url tu. ada jual owner gunakan rebrander untuk ubah url dalam ebook agar boleh ditukarkan kepada url reseller.
By Zairi Zaidi on Feb 28, 2009 | Reply
Bagus jugak tip pasal alamat pembeli tu
By eyesolution on Mar 19, 2009 | Reply
ehm. ramai yang dah abaikan benda tu. kalau ikutkan, ramai dah yg kene saman sekarang ni..
By mirlme on Mar 21, 2009 | Reply
hehe..
saman x makan dah..
semua wat slamber jer