Laporan Percuma Buat Duit Dengan Blog
Thursday, March 12th, 2009Lama betul tak update blog ni. Tapi takpe, saya akan berikan satu laporan percuma untuk anda baca dan manfaatkannya. Saya berharap ia dapat mencetuskan minat anda untuk mempunyai blog dot com. Saya dah emailkan kepada list saya laporan percuma ini.
Apa yang saya tunjukkan di dalam laporan ini adalah hanya sebahagian cara untuk membuat duit dengan blog. Terdapat banyak lagi cara lain yang boleh anda terokai setelah anda mempunyai blog dot com anda sendiri. Suka saya ingatkan bahawa ia bukanlah skim cepat kaya atau pelaburan duduk diam dapat duit. Anda perlu usaha untuk menulis dan mengemaskini blog anda agar sentiasa mendapat pelawat.
Orang membaca blog kerana mahukan maklumat tentang sesuatu. Jangan lupa tanggungjawap anda untuk berikan maklumat tersebut. Jika anda berilmu tetapi tidak menyampaikan kepada orang lain, anda akan berdosa. Jika anda menyampaikannya,pahala menanti anda walaupun anda sudah meninggal dunia. Ilmu yang bermanfaat dan diamalkan oleh orang lain akan dibawa mati.
Jadikan menulis blog menjadi saluran untuk anda menyampaikan ilmu anda. Tidak hilang ilmu yang anda sampaikan bahkan ia akan terus berkembang dan bertambah. Jangan terlalu memikirkan pulangan $$$$ sahaja dalam blogging. Banyak benda yang boleh anda sumbangkan..
Selamat membaca.


