Raja Adsense

Archive for April, 2009

Megasale Ulang Tahun RajaAdsense.com Yang Ketiga Bermula!

Thursday, April 30th, 2009

Sedar tak sedar, hari ini merupakan ulangtahun ke 3, ebook pertama saya iaitu Panduan Raja Adsense. Sudah 3 tahun ia berada di pasaran. 3 tahun merupakan satu tempoh yang lama dan sesuai untuk menentukan kematangan sesuatu produk. Walaupun sudah 3 tahun dipasaran, ia bukan sama seperti 3 tahun dahulu.

Ia telah menjalani 5 kali proses kemaskini. Dan mungkin saya akan buat versi kemaskini lagi nanti apabila terdapat banyak perkara baru dan perubahan terma Google Adsense atau teknologi yang digunakan. Semua pembeli yang sah akan menerima update secara percuma.

Seperti Megasales Tahun lepas, kali ini akan memberikan diskaun dari RM10 sehingga RM180 bagi ebook yang dihasilkan oleh saya. Tahun ini saya tidak menawarkan sistem sms, panduan iklan dan juga panduan jimat. Saya nak buat beberapa perubahan nanti. Jadi saya tak tawarkan kat megasales kali ini.

Anda boleh layari http://www.shamsuriyadi.com/megasales/

Megasales ini hanya berlangsung selama 7 hari iaitu dari 30hb April Sehingga 6 Mei 2009.

Ia juga adalah sempena persediaan menerima anak sulung saya yang dijangka pada jun nanti. Saya tidak akan buat megasales lagi tahun ni kot. Tahun depan la pada tarikh yang sama kalo nak tunggu lagi. Tahun depan bertambah produk kot. :-)

Megasales Ulangtahun Ketiga Pada 3 Hari Lagi

Monday, April 27th, 2009

Tahun lepas saya telah membuat megasales jualan ebook ebook saya. Tahun ini saya mengambil keputusan untuk meneruskan acara tahunan ini. Apa yang uniknya pada tahun ini, ia juga bersempena persediaan untuk menerima cahaya mata yang pertama kami.

Saya juga telah menarik balik 2 ebook iaitu PanduanIklan dan juga Panduanjimat daripada megasales kali ini. Ini adalah kerana untuk memberi ruang untuk proses kemaskini secara besar besaran nanti. Ramai yang menjadi folowers saya dalam arena perniagaan internet Malaysia ini.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa saya adalah antara penulis ebook terbanyak setakat ini di Malaysia. Ia mungkin akan dipintas oleh IM baru seperti Ammar Zahar dan ramai lagi yang mula aktif menghasilkan tulisan mereka.

Dalam suasana muram ekonomi hari ini, perniagaan internet terus berkembang pesat tanpa menghiraukan keadaan ekonomi hari ini. Ia sebenarnya sudah dijangka. Di saat ekonomi muram, disitu perniaagaan internet akan terus “boom”.

Panduan Raja Adsense adalah panduan Google Adsense yang pertama dalam bahasa Malaysia terus bertahan walaupun banyak panduan adsense lain sudah menutup kedai. Cabaran utama adalah untuk menangani customer support pelanggan yang memerlukan masa yang banyak. Saya berjaya mengharungi proses kematangan untuk panduan adsense.

Ini adalah kerana 3 tahun adalah angka perlu dilepasi oleh sebarang perniagaan. Samada perniagaan tersebut terkubur atau terus berkembang hanya jika mereka melepasi 3 tahun pertama mereka. Jika tidak dapat bertahan, ia bermakna ia tidak kuat untuk memenuhi kehendak pelanggan yang semakin canggih pada hari ini.

Sedar tak sedar. Sudah 3 tahun dah ebook pertama saya. Ia adalah satu percapaian yang cukup membanggakan saya kira. Bukan senang nak lepas 3 tahun. :)

Nantikan pengumuman saya 2 hari lagi.

Golongan Cari Makan Atau Cari Rezeki?

Friday, April 10th, 2009

Agak lama juga saya tak update blog ni. Maaf ye kepada mereka yang sering melawati blog ini. Saya agak sibuk sejak kebelakangan ini. Ada banyak blog yang perlu diupdate. Jadi saya update blog lain dulu sebelum update blog ini. Saya dah set schedule post untuk blog blog lain. Jadi tak perlu untuk update bagi 2,3 bulan lagi.. :)

Kembali kepada topik hari ini. Cari makan atau cari rezeki? Apa bezanya? Saya biarkan anda berfikir sekejap..

-

-

-

Okay la. Sebenarnya ia lebih kurang sama. Tapi berbeza. Macamana tu?

Cari makan adalah istilah untuk mereka yang tibai semua tak kira halal atau haram. Asalkan ada peluang, terus disambar tanpa menilainya samada ianya halal atau haram. Mereka yang menerima rasuah adalah dari golongan ini kot. Semua bedal.

Cari Rezeki adalah datangnya dari hati. Golongan ini akan bekerja sebaik mungkin dengan niat agar rezeki yang diterima adalah halal dan diredhai oleh Allah. Mereka amanah dalam setiap urusan mereka tidak kira samada dalam perniagaan atau konteks makan gaji.

Harap kita semua dari golongan yang mencari rezeki la hendaknya.

Jika anda berniaga. Berniaga dengan amanah dan niat ikhlas kerana Allah.

Usahawan internet pulak? Jangan biarkan pelanggan anda terkapai kapai. Bantu mereka sebaik mungkin. Saya sebenarnya menerima banyak jugak aduan bahawa mereka agak fobia untuk membeli ebook kerana beberapa usahawan yang bermanis mulut ketika menjual. Setelah menjadi pelanggan, customer support entah ke mana. Email tidak berbalas balas.

Mungkin rezeki yang halal boleh jadi haram kerana pembeli berasa teraniaya…

Dalam perniagaan produk digital yang berbentuk teknikal, perkara yang paling mencabar ialah customer support. Hampir 4 tahun saya terlibat dalam perniagaan ini. Memang cukup mencabar.  Ada usahawan internet yang tidak sanggup untuk melayani pertanyaan sehinggakan menutup tempahan atau perniagaan.

p/s: Dengar cerita Jana Wang Adsense sudah dihentikan jualan. Khabarnya tidak mampu untuk customer support yang berkesan kerana beliau sering keluar berdakwah (Tabligh).

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :