Raja Adsense

Megasales Ulangtahun Ketiga Pada 3 Hari Lagi

Written on April 27, 2009 – 4:42 pm | by sham |

Tahun lepas saya telah membuat megasales jualan ebook ebook saya. Tahun ini saya mengambil keputusan untuk meneruskan acara tahunan ini. Apa yang uniknya pada tahun ini, ia juga bersempena persediaan untuk menerima cahaya mata yang pertama kami.

Saya juga telah menarik balik 2 ebook iaitu PanduanIklan dan juga Panduanjimat daripada megasales kali ini. Ini adalah kerana untuk memberi ruang untuk proses kemaskini secara besar besaran nanti. Ramai yang menjadi folowers saya dalam arena perniagaan internet Malaysia ini.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa saya adalah antara penulis ebook terbanyak setakat ini di Malaysia. Ia mungkin akan dipintas oleh IM baru seperti Ammar Zahar dan ramai lagi yang mula aktif menghasilkan tulisan mereka.

Dalam suasana muram ekonomi hari ini, perniagaan internet terus berkembang pesat tanpa menghiraukan keadaan ekonomi hari ini. Ia sebenarnya sudah dijangka. Di saat ekonomi muram, disitu perniaagaan internet akan terus “boom”.

Panduan Raja Adsense adalah panduan Google Adsense yang pertama dalam bahasa Malaysia terus bertahan walaupun banyak panduan adsense lain sudah menutup kedai. Cabaran utama adalah untuk menangani customer support pelanggan yang memerlukan masa yang banyak. Saya berjaya mengharungi proses kematangan untuk panduan adsense.

Ini adalah kerana 3 tahun adalah angka perlu dilepasi oleh sebarang perniagaan. Samada perniagaan tersebut terkubur atau terus berkembang hanya jika mereka melepasi 3 tahun pertama mereka. Jika tidak dapat bertahan, ia bermakna ia tidak kuat untuk memenuhi kehendak pelanggan yang semakin canggih pada hari ini.

Sedar tak sedar. Sudah 3 tahun dah ebook pertama saya. Ia adalah satu percapaian yang cukup membanggakan saya kira. Bukan senang nak lepas 3 tahun. :)

Nantikan pengumuman saya 2 hari lagi.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :