Monday, May 18th, 2009
Akaun google adsense diban tanpa secara tiba tiba walaupun anda cermat dalam promosikan laman web anda? Atau anda gunakan teknik blackhat?Atau anda klik iklan adsense anda sendiri untuk test samada Google boleh detect atau tidak anda nak dapat duit cepat dengan klik iklan anda sendiri.
.
Itulah antara alasan yang sering diberikan oleh mereka yang diban. Saya pernah diban ketika saya gunakan akaun adsense untuk dijadikan contoh bagi ebook Panduan Raja Adsense. Ketika itu, ada yang berperasaaan PHD telah klik berulang kali sehingga akaun tersebut diban.
Bagaimana saya dapatkan kembali akaun dalam masa 1 selepas itu? hehehe
Sebenarnya google boleh kesan samada anda pernah diban atau tidak menerusi beberapa tracking yang digunakan untuk membantu google menyenarai hitam mereka yang telah diban. Kebanyakan “otai” dalam adsense pernah mengalami perkara ini. Syed ikhwan rasanya telah lali kena ban oleh Google Adsense ni. hehehe. Betul tak syed?
Google dapat mengesan invalid click atau mereka yang diban menerusi:
1. IP address.
2.MAC Adress (ia merupakan alamat yang ditetapkan pada modem/network device).
3. History (diorang akan trace nama anda dalam sistem mereka -mereka akan bandingkan nama,tempat,negeri & maklumat peribadi anda)
4. Email. Jangan sesekali guna email yang sama atau hampir sama.
5. Alamat permohonan yang sama.
Dan beberapa cara lain yang dirahsiakan google. Kadang kadang mereka sesuka hati je ban orang tanpa alasan yang jelas. Biasanya disebabkan invalid click kata mereka.
Itu adalah antara cara Google mengesan anda yang telah diban.. Jadi macamana nak dapatkan balik akaun Google Adsense?
Ikut cara saya ni…
1. Buat blog baru yang berkualiti. Apply akaun Google Adsense mengunakan saudara mara anda di Cyber Cafe. Jangan gunakan alamat yang sama terutamanya poskod. Pastikan saudara mara anda ini,anda percayai. Ini adalah kerana duit itu samada cek ataupun western union diatas nama mereka. Minta kerjasama mereka untuk menuntut wang tersebut.
atau
2.Buat blog baru yang berkualiti. Apply akaun adsense dengan NAMA ANDA tetapi alamat di negeri lain. Pastikan ketika anda apply akaun tersebut anda berada di negeri tersebut. Jika anda apply di selangor, pastikan anda berada di selangor ketika permohonan. Ini adalah kerana google boleh tahu negeri mana ketika kita apply.Pastikan alamat tersebut betul kerana anda perlu memasukkan PIN setelah mencukupi USD50 didalam akaun tersebut. Anda boleh apply di Cyber Cafe. Tentang alamat pula, boleh gunakan alamat saudara mara anda. Minta mereka beritahu anda apabila poskad yang terdapat nombor PIN pengesahan alamat telah sampai.
Dengan kedua dua cara ini, anda boleh mempunyai seberapa banyak akaun Adsense. Tapi berhati hati kerana Google pun bukannya bodoh. Mereka akan cuba mengesan mereka yang pernah diban.
Jika anda mendapati terdapat banyak klik dengan impression yang sedikit. Anda perlu segera emailkan kepada adsense_support@google.com dengan segera. Beritahu staff google tentang perkara ini. Mereka akan consider kerana anda jujur dengan mereka. Begitu juga anda terklik iklan anda sendiri.
Selamat BerAdsense!
Posted in Blogging, Google Adsense | 9 Comments »
Thursday, May 7th, 2009
Saya menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan dan juga bukan pelanggan yang bertanya kenapa akaun google adsense mereka tidak diluluskan walaupun dah sepuluh kali buat permohonan. Dah jenuh buat tetapi masih tak approve jugak. Saya juga menerima panggilan waktu tidur bertanya tentang perkara ni.
Mungkin buat blog tak sedar pukul 1 pagi..huhuhuh. Kalo saya jawab merapu tu, maknanya saya tengah mamai lagi la tu. Jangan marah kalo saya tak angkat kalo kol waktu 1 pagi. Kemungkinan besar saya dah tidur pada waktu tu. Saya seperti anda juga, tidur pada waktu malam. Harap takde la yang call pada waktu tidur lagi lepas ni. Nanti wife saya bising pulak.
Kalo nak call, waktu siang jela ek. Harap faham.
.
Kembali kepada topik kenapa Google tak approve akaun adsense. Sebenarnya ada beberapa faktor yang menyebabkan akaun tak diluluskan. Antaranya…
1. Pernah kena ban sebelum ini. Google sangat strick tentang perkara ini. Mereka yang pernah kena ban akan diblacklist buat selama lamanya. Tapi ada cara untuk dapatkan balik.
. Tunggu post akan datang la ye.
2. Blog tidak berkualiti. Tidak kira anda guna blog dot com atau blogspot. Pastikan blog anda berkualiti agar staff Google berasa berbaloi untuk luluskan akaun Google Adsense anda. Kalo buat cincai pastu apply Google Adsense, pasti diorang reject. Jadi pastikan anda buat blog berkualiti.
3. Post atau artikel yang sedikit. Jangan buat satu post, terus apply Google Adsense. Dalam panduan raja adsense, saya ada sarankan buat 2 post sehari selama beberapa hari. Seeloknya seminggu. Baru lah apply.
4. Blog MFA atai Made For Adsense. Untuk apply Google Adsense, jangan nampak sangat blog anda dibuat untuk google adsense. Google mahukan hubungan yang berpanjangan dengan anda. Jangan tunjukkan anda buat untuk short term.
5. Pengunaan gambar/imej erotik. Jangan sesekali guna imej wanita seksi seolah olah blog “orang dewasa” atau seks related. Staff google tengok pasti takkan approve kerana mereka akan cop anda sebagai “otak biru”. Dalam terma dan syarat pengiklanan google, mereka tak benarkan laman web seks related diiklankan di dalam sistem mereka.
6. Artikel dalam Bahasa Malaysia. Staff Google adalah mat salleh atau english speaking person. Mereka tak faham BM la. Kalo apply dengan bahasa Malaysia, mereka akan cop ” unsupported language” sebagai alasan menolak blog anda tu. Jadi jangan sesekali apply Google Adsense dengan blog BM atau campur.
7. Bahasa Rojak atau bercampur campur. Jangan apply Google Adsense dengan blog yang tak konsisten bahasanya. Sekejap english, sekejap BM. Boleh nak buat blog BM, tapi lepas anda dah dapat akaun Google Adsense. Lagipun iklan BM dah semakin banyak sekarang ni.
8.Mengunakan nama pena atau nick name. Jangan sesekali anda guna nama pena untuk apply Adsense. Ini adalah kerana ia menyukarkan untuk anda menuntut wang tu nanti. Guna nama yang betul. Jika staff google meragui, mereka tak approve. Apatah lagi kalo anda guna nama OSAMA LADEN. Guna anda yang sebenar.
9.Dah ada akaun Google Adsense. Jangan apply akaun Google Adsense jika anda dah ada akaun Google Adsense.Ini terjadi bila kes lupa password akaun Google Adsense.Anda boleh dapatkan kembali password anda dengan sistem diorang tu. Guna akaun adsense yang ada tu untuk semua laman web anda.
10.Alamat sama dengan mereka yang pernah kena ban. Contohnya abang anda pernah kena ban dengan Google Adsense, anda apply. Mereka takkan luluskan kerana alamat yang sama dengan mereka yang telah diblacklist.
Ini adalah antara 10 sebab kenapa akaun adsense anda tidak diluluskan oleh Staff Google. Mereka agak strick sejak kebelakangan ini kerana penyalahgunaan akaun adsense. Ada pengiat adsense di Malaysia ini yang melanggar terma dan syarat mereka seperti menyuruh pelawat klik iklan, menawarkan hadiah, misleading info dan sebagainya.
Jangan sampai Google Ban negara Malaysia daripada negara yang boleh daftar Adsense.
Buat mereka yang belum berjaya untuk dapatkan akaun Google Adsense, teruskan mencuba. Anda boleh buat blog dot com dengan atau menukar theme blogspot kepada tema yang lebih canggih dan bersesuaian dengan apa yang anda ingin tulis dalam blog. Anda perlu konsisten untuk update blog anda untuk menarik minat pembaca tetap.
Teruskan usaha anda untuk dapatkan cek/bayaran pertama Google samada menerusi cek atau western union. Tiada magic pill untuk kaya dalam Google Adsense. Anda perlu usaha untuk mendapatkan pendapatan pertama anda dari Google Adsense. Ia sebenarnya bukan perkara yang mudah tidak kira panduan apa yang anda baca. Face it!
Panduan Ia hanya sekadar panduan. Hasilnya bergantung kepada usaha yang anda lakukan.Inilah realiti dalam Google Adsense.
Jika anda buat blog seminggu & berharap anda mendapat USD100. Anda sedang bermimpi disiang hari. Ia mengambil masa untuk blog anda mendapatkan pelawat yang menjadi peminat atau pembaca tetap anda. Tulislah sesuatu yang berkualiti jika anda mahukan pelawat yang berulang kali.
Posted in Google Adsense | 11 Comments »