Raja Adsense

10 Sebab Kenapa Akaun Google Adsense Tidak Diluluskan

Written on May 7, 2009 – 12:24 pm | by sham |

Saya menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan dan juga bukan pelanggan yang bertanya kenapa akaun google adsense mereka tidak diluluskan walaupun dah sepuluh kali buat permohonan. Dah jenuh buat tetapi masih tak approve jugak. Saya juga menerima panggilan waktu tidur bertanya tentang perkara ni.

Mungkin buat blog tak sedar pukul 1 pagi..huhuhuh. Kalo saya jawab merapu tu, maknanya saya tengah mamai lagi la tu. Jangan marah kalo saya tak angkat kalo kol waktu 1 pagi. Kemungkinan besar saya dah tidur pada waktu tu. Saya seperti anda juga, tidur pada waktu malam. Harap takde la yang call pada waktu tidur lagi lepas ni. Nanti wife saya bising pulak. :P

Kalo nak call, waktu siang jela ek. Harap faham. :) .

Kembali kepada topik kenapa Google tak approve akaun adsense. Sebenarnya ada beberapa faktor yang menyebabkan akaun tak diluluskan. Antaranya…

1. Pernah kena ban sebelum ini. Google sangat strick tentang perkara ini. Mereka yang pernah kena ban akan diblacklist buat selama lamanya. Tapi ada cara untuk dapatkan balik. :P . Tunggu post akan datang la ye.

2. Blog tidak berkualiti. Tidak kira anda guna blog dot com atau blogspot. Pastikan blog anda berkualiti agar staff Google berasa berbaloi untuk luluskan akaun Google Adsense anda. Kalo buat cincai pastu apply Google Adsense, pasti diorang reject. Jadi pastikan anda buat blog berkualiti.

3. Post atau artikel yang sedikit. Jangan buat satu post, terus apply Google Adsense. Dalam panduan raja adsense, saya ada sarankan buat 2 post sehari selama beberapa hari. Seeloknya seminggu. Baru lah apply.

4. Blog MFA atai Made For Adsense. Untuk apply Google Adsense, jangan nampak sangat blog anda dibuat untuk google adsense. Google mahukan hubungan yang berpanjangan dengan anda. Jangan tunjukkan anda buat untuk short term.

5. Pengunaan gambar/imej erotik. Jangan sesekali guna imej wanita seksi seolah olah blog “orang dewasa” atau seks related. Staff google tengok pasti takkan approve kerana mereka akan cop anda sebagai “otak biru”. Dalam terma dan syarat pengiklanan google, mereka tak benarkan laman web seks related diiklankan di dalam sistem mereka.

6. Artikel dalam Bahasa Malaysia. Staff Google adalah mat salleh atau english speaking person. Mereka tak faham BM la. Kalo apply dengan bahasa Malaysia, mereka akan cop ” unsupported language” sebagai alasan menolak blog anda tu. Jadi jangan sesekali apply Google Adsense dengan blog BM atau campur.

7. Bahasa Rojak atau bercampur campur. Jangan apply Google Adsense dengan blog yang tak konsisten bahasanya. Sekejap english, sekejap BM. Boleh nak buat blog BM, tapi lepas anda dah dapat akaun Google Adsense. Lagipun iklan BM dah semakin banyak sekarang ni. :)

8.Mengunakan nama pena atau nick name. Jangan sesekali anda guna nama pena untuk apply Adsense. Ini adalah kerana ia menyukarkan untuk anda menuntut wang tu nanti. Guna nama yang betul. Jika staff google meragui, mereka tak approve. Apatah lagi kalo anda guna nama OSAMA LADEN. Guna anda yang sebenar.

9.Dah ada akaun Google Adsense. Jangan apply akaun Google Adsense jika anda dah ada akaun Google Adsense.Ini terjadi bila kes lupa password akaun Google Adsense.Anda boleh dapatkan kembali password anda dengan sistem diorang tu. Guna akaun adsense yang ada tu untuk semua laman web anda.

10.Alamat sama dengan mereka yang pernah kena ban. Contohnya abang anda pernah kena ban dengan Google Adsense, anda apply. Mereka takkan luluskan kerana alamat yang sama dengan mereka yang telah diblacklist.

Ini adalah antara 10 sebab kenapa akaun adsense anda tidak diluluskan oleh Staff Google. Mereka agak strick sejak kebelakangan ini kerana penyalahgunaan akaun adsense. Ada pengiat adsense di Malaysia ini yang melanggar terma dan syarat mereka seperti menyuruh pelawat klik iklan, menawarkan hadiah, misleading info dan sebagainya.

Jangan sampai Google Ban negara Malaysia daripada negara yang boleh daftar Adsense.

Buat mereka yang belum berjaya untuk dapatkan akaun Google Adsense, teruskan mencuba. Anda boleh buat blog dot com dengan atau menukar theme blogspot kepada tema yang lebih canggih dan bersesuaian dengan apa yang anda ingin tulis dalam blog. Anda perlu konsisten untuk update blog anda untuk menarik minat pembaca tetap.

Teruskan usaha anda untuk dapatkan cek/bayaran pertama Google samada menerusi cek atau western union. Tiada magic pill untuk kaya dalam Google Adsense. Anda perlu usaha untuk mendapatkan pendapatan pertama anda dari Google Adsense. Ia sebenarnya bukan perkara yang mudah tidak kira panduan apa yang anda baca. Face it!

Panduan Ia hanya sekadar panduan. Hasilnya bergantung kepada usaha yang anda lakukan.Inilah realiti dalam Google Adsense.

Jika anda buat blog seminggu & berharap anda mendapat USD100. Anda sedang bermimpi disiang hari. Ia mengambil masa untuk blog anda mendapatkan pelawat yang menjadi peminat atau pembaca tetap anda. Tulislah sesuatu yang berkualiti jika anda mahukan pelawat yang berulang kali.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 10 Responses to “10 Sebab Kenapa Akaun Google Adsense Tidak Diluluskan”

  2. By eyeman on May 8, 2009 | Reply

    ada caranya kalau tahu caranya nak lulus cepat dalam seminggu. :)

  3. By Najib on Jun 21, 2009 | Reply

    Oohh..bagus info ni. Kita kena ikut betul2 rule dan tpps yg google dah bagi baru leh lulus akaun adsense tu..

  4. By KHALIFAH on Sep 4, 2009 | Reply

    salam ramadhan semua
    wah bestnye info2 kat sini………

  5. By firdaus on Sep 9, 2009 | Reply

    saya masih lagi gagal untuk mendaftar adsense…

    mereka kata website saya :-

    hank you for your interest in Google AdSense. Unfortunately, after
    reviewing your application, we’re unable to accept you into Google AdSense
    at this time.

    We did not approve your application for the reasons listed below.

    Issues:

    - Unacceptable site content

    ———————

    Further detail:

    Unacceptable site content:

    In order to participate in Google AdSense, publishers’ websites and
    application information must satisfy the following guidelines:

    *You must provide accurate personal information with your application that
    matches the information on your site.
    *Your website must contain substantial, original content.
    *Your site must comply with Google AdSense program policies:

  6. By Azmi on Apr 13, 2010 | Reply

    saya ingin bertanya, saya ingin membuat duit dgn google adsense..tetapi blog saya berbahasa melayu..bolehkah saya cipta satu blog lagi yang berbahasa inggeris dan memohon google adsense..kemudaian bila sudah diluluskan saya akan copy code yang diberikan ker blog bahasa melayu saya..bolehkah cara ini?

  7. By sham on Apr 14, 2010 | Reply

    Boleh. Anda boleh buat blog lain dengan bahasa inggeris.

    Boleh kalau nak guna code dari adsense kat blog BM. Cuma iklan jela yang tak keluar.

  8. By Azmi on Apr 19, 2010 | Reply

    dulu pernah mohon goggle adsense tapi ditolak kerana dalam BM..sekarang saya ada blog BI, bolehkah saya menggunakan alamat yang sama?

  9. By anak darah on Jul 12, 2010 | Reply

    kenapa google ads iklan saya tak nampak dalam blog saya, kalau saya bergi buka kat cefer coffe ada mucul semua ikalan dalam bolg saya, bila guna computer sendiri pula taknak pak lang sung, Apa itu masalah dari ads atau dari onlain”? Harap dapat batu beri jawapan.

  1. 2 Trackback(s)

  2. May 9, 2009: Duit Internet » 10 Sebab kenapa akaun adsense tak diluluskan
  3. Feb 17, 2010: Persada Lagenda » Blog Archive » 10 Sebab Kenapa Akaun Adsense Anda Tidak Diluluskan

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan