Usahawan Internet, Jangan Aniaya Newbie!
Monday, June 22nd, 2009Saya dah bengang dengan kes yang terbaru ni dimana seorang usahawan internet meniaya seorang cikgu yang beru berjinak jinak dengan perniagaan internet. Ianya bermula apabila usahawan ini yang beriya-riya untuk membantu cikgu ini untuk membuat ebook & membina laman web untuk beliau.
Makhluk perosak ini meminta RM1000 untuk membuatkan ebook & membina laman web sehingga siap. Website siap 70%, ebook langsung tak siap setelah bayaran diterima lebih dari sebulan lepas. Kemudian terus senyap.
Setelah cikgu ini berusaha untuk menghubungi budak ini, boleh dia cakap “cikgu belajar buat laman web untuk siapkan sendiri” sedangkan duit telah diterima. Ia merupakan satu peniayaan buat mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan internet.
Apabila diminta dikembalikan wang, alasannya ia telah digunakan untuk membina laman web,membeli domain names & hosting. Ia tidak sampai RM1000 pun kalo diikutkannya. Kalo tidak dapat buat, kenapa diterima jobs tu? Kalo tak dapat buat kenapa beria ria memberi cadangan dan harapan untuk mereka yang bersungguh sungguh untuk memulakan perniagaan internet mereka.
Tidak terfikir ke halal atau haram duit yang dapat tu? Ia meniayai orang yang percayakannya. Mungkin ada lagi mangsa budak ni. Naem PPCPercuma tahu budak ini.Tak tau nak dedahkan atau tidak..Nanti tak pasal pasal nama buruk..At least pulangkan duit yang lebih tu untuk Cikgu tu upah orang yang boleh buatkan.
Minta maklumat Cpanel pun tak nak bagi.. Kot ye pun, bagi la untuk cikgu tu upah orang lain maklumat Cpanel.Pelik betul manusia sekarang ni. Susah sangat ke nak beri kerjasama kalau tak mampu nak buat?
Saya dah menerima 2 aduan tentang perkara ni. Satu lagi melibatkan seorang OKU. Ambil duit terus senyap.Tetapi saya tak tau siapa budak untuk kes OKU ni. OKU ini adalah seorang cacat penglihatan. Beliau gunakan duit anak beliau untuk mengupah orang membina laman web untuk beliau. Sampai hati ada mereka yang mengaku sebagai usahawan internet buat sebegini…
Sebab duit…

