Maxis 3g Vs Celcom 3g
Tuesday, September 1st, 2009Selamat berpuasa semua. Saya langsung tak perasan saya tak update langsung blog ini bulan lepas. Dah masuk bulan September baru perasan tak update blog ni.Saya menulis di banyak blog, kadang kadang tak sempat untuk menulis bagi niche atau genre tertentu.
Saya menulis dalam beberapa niche di blog blog utama saya yang fokus untuk adsense. Jadi memang agak memeningkan kepada untuk membuat kajian sebelum menulis. Saya sebenarnya bukan seorang yang terer sangat dalam english malah banyak kali kena sound mat salleh sebab ayat tunggang terbalik. Tapi tak kisah la, at least ada visitor dan juga follower.
Jangan stress sangat jika english anda berterabur. Saya pun sama..
Kembali pada topik hari ini… Maxis 3g atau Celcom 3g.
Saya mengunakan kedua duanya perkhidmatan ini. Masing masing ada kelebih dan kelemahan masing masing.
Celcom 3G/Celcom Broadband
Harga-RM68
Speed=584KB
Ulasan saya: Speed memang slow. Untuk mereka yang gemarkan high speed internet.Mereka akan merasakan kelajuan ini memang slow. Ianya khas untuk penguna intenet yang moderate/sederhana. Biasanya hanya untuk menulis blog, email, chatting & etc yang biasa. Bagi mereka yang gemar layari youtube, ia sangat slow untuk anda.Kelebihannya, celcom mempunyai liputan yang agak luas.
Maxis 3G/Maxis Broadband
Harga=RM78 (promosi 1 tahun RM68)
Speed= 3.7MB
Ulasan saya: Saya baru 2 bulan mengunakan maxis 3g. Saya dapati ianya lebih laju berbanding dengan celcom broadband/celcom 3g. Kelemahan utama dengan Maxis 3g/Maxis Broadband ialah ia seringkali terputus atau disconnect. Apabila reconnect balik, pasti kita akan dibawa ke laman web maxis broadband. Kadang kadang bengang juga dengan keadaan sebegini.
Antara kedua dua perkhidmatan internet tanpa wayar ini, saya lebih sukakan maxis broadband. Perlu diingat kedua duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Ketika di perak saya memilih maxis broadband,jika di rumah saya di Terengganu, celcom broadband menjadi pilihan. Sebabnya coverage di kawasan kampung saya, maxis sangat slow tetapi celcom ok dengan 1 bar 3G.
Sebelum memilih antara kedua dua ini, pastikan kawasan anda samada mempunyai liputan 3G atau tidak. Jika tidak, ianya tidak sesuai.

