Raja Adsense

Maxis 3g Vs Celcom 3g

Written on September 1, 2009 – 4:59 pm | by sham |

Selamat berpuasa semua. Saya langsung tak perasan saya tak update langsung blog ini bulan lepas. Dah masuk bulan September baru perasan tak update blog ni.Saya menulis di banyak blog, kadang kadang tak sempat untuk menulis bagi niche atau genre tertentu.

Saya menulis dalam beberapa niche di blog blog utama saya yang fokus untuk adsense. Jadi memang agak memeningkan kepada untuk membuat kajian sebelum menulis. Saya sebenarnya bukan seorang yang terer sangat dalam english malah banyak kali kena sound mat salleh sebab ayat tunggang terbalik. Tapi tak kisah la, at least ada visitor dan juga follower.

Jangan stress sangat jika english anda berterabur. Saya pun sama..

Kembali pada topik hari ini… Maxis 3g atau Celcom 3g.

Saya mengunakan kedua duanya perkhidmatan ini. Masing masing ada kelebih dan kelemahan masing masing.

Celcom 3G/Celcom Broadband

Harga-RM68
Speed=584KB

Ulasan saya: Speed memang slow. Untuk mereka yang gemarkan high speed internet.Mereka akan merasakan kelajuan ini memang slow. Ianya khas untuk penguna intenet yang moderate/sederhana. Biasanya hanya untuk menulis blog, email, chatting & etc yang biasa. Bagi mereka yang gemar layari youtube, ia sangat slow untuk anda.Kelebihannya, celcom mempunyai liputan yang agak luas.

Maxis 3G/Maxis Broadband

Harga=RM78 (promosi 1 tahun RM68)
Speed= 3.7MB

Ulasan saya: Saya baru 2 bulan mengunakan maxis 3g. Saya dapati ianya lebih laju berbanding dengan celcom broadband/celcom 3g. Kelemahan utama dengan Maxis 3g/Maxis Broadband ialah ia seringkali terputus atau disconnect. Apabila reconnect balik, pasti kita akan dibawa ke laman web maxis broadband. Kadang kadang bengang juga dengan keadaan sebegini.

Antara kedua dua perkhidmatan internet tanpa wayar ini, saya lebih sukakan maxis broadband. Perlu diingat kedua duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Ketika di perak saya memilih maxis broadband,jika di rumah saya di Terengganu, celcom broadband menjadi pilihan. Sebabnya coverage di kawasan kampung saya, maxis sangat slow tetapi celcom ok dengan 1 bar 3G.

Sebelum memilih antara kedua dua ini, pastikan kawasan anda samada mempunyai liputan 3G atau tidak. Jika tidak, ianya tidak sesuai.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 9 Responses to “Maxis 3g Vs Celcom 3g”

  2. By bard on Sep 2, 2009 | Reply

    Salam Ramadhan buat anda juga.

    Disebabkan anda jarang up date blog ini, maka info terkini anda telah masuk ke inbox spam gmail saya daa..

    Apa pun saya juga baru ’sambar’ 3G Celcom Broadband (monthly RM 89) 12 bulan waranti. Bayar RM100 utk daftar. Bil bulanan pertama tidak dikira, masuk bulan kedua baru kena.. ni tengah tunggu statement bil mereka la ni..

    Betul ler kata anda tu, memang slow utk download from youtube.. Tapi saya cuba gak upload to youtube music yg saya gemari ..

    Nak tau visit-visit lah blog saya tu.. (hee.. saya punya ingglish lagi dahsyat tebalik tunggang langgang kann..hehee)

    Silap aribulan blog saya tu boleh bertukar ke blog youtube pulak jadinya..

    ok lah.. sampai disini dulu..

    Apa-apa pun alhamdulillah saya ada sesuatu yg boleh saya banggakan.. apa dia tu? Aisey men celcom broadband saya sendirilah.. tak payah nak pakai wifi ker wireless tumpang sekaki ke.. ye tak?

    Salam Ramadhan buat semua.. cau..

  3. By pakteh on Sep 6, 2009 | Reply

    sya dah masuk 2 tahun guna celcom 3G, mula-mula tu ok la.. tapi kebelakangan ni speed memang slow. lebih2 lagi klu nak upload file.. slow tahap cipan.. kadang tu nak update blog pun tak boleh.. geram punya pasal dah 2 kali sya komplen kat SKM.. pastu ok… :)

  4. By sham on Sep 7, 2009 | Reply

    Sebab sekarang ni celcom buat limit 2G. Tu yang jadi masalah bila dah terlebih had penggunaan,dia akan jadi slow.

  5. By eyeman on Sep 21, 2009 | Reply

    ehm..adik aku pakai maxis. Memang laju..

  6. By Zairi Zaidi on Sep 23, 2009 | Reply

    Hm…
    Nak pakai yang mana ye nanti?

  7. By Prince of Andalus on Sep 26, 2009 | Reply

    kalau nak atasi masalah2 maxis broadband yang selalu terputus2, masukkan manual DNS dalam broadband modem tu

  8. By saudagarcyber.net on Sep 29, 2009 | Reply

    Celcom broadband kat kawasan aku pun dulu ok, sekarang dah semacam. Mungkin dah makin ramai guna.

  9. By ShahFikri on Oct 4, 2009 | Reply

    sorry to say..
    speed celcom just 384Kb not 384KB..
    Kb=kilobit, KB=kilobait
    klu KB byk tu..
    and speed maxis also just 3.7Mb not 3.7MB
    Mb=megabit, MB=megabait
    sorry bro sham..just wanna release that confusion..

  10. By titan on Oct 12, 2009 | Reply

    takpe. aku masih suka streamyx. hehe..

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan