Raja Adsense

Archive for October, 2009

Bahana Teknik Blackhat Dengan Google Adsense

Thursday, October 15th, 2009

Saya tengok sejak akhir akhir ni semakin banyak IM Malaysia yang mengguna dan mengajar orang dengan teknik Blackhat. Teknik ini sebenarnya sangat merbahaya untuk akaun Google Adsense dan juga kebanyakan program di internet. Malah baru baru ni, digegarkan oleh satu kumpulan yang dikatakan mampu membuat duit dengan Google Adsense ratusan ringgit setiap hari.

Akhirnya ramai peserta yang diban akaun Google Adsense mereka.  Inilah bahana teknik blackhat. Saya tahu & pernah guna beberapa teknik blackhat tetapi sekadar eksperimen tanpa menjejaskan akaun Adsense saya. Membeli iklan untuk laman web Google Adsense juga sebenarnya dilarang. Ia dinamakan Adsense Arbitrage. Risiko akaun Adsense untuk diban sangat tinggi jika anda mengunakan teknik ini.

Ramai yang yang terliur dengan pendapatan puluhan dollar sehari dengan teknik blackhat ini. Tetapi betul kan cara itu? Halalkah teknik tersebut? Ini adalah antara persoalan yang sering ditanya. Bagi saya ia adalah haram kerana ia seolah oleh meniayai pengiklan. Mungkin pendapat kita berlainan..

Ini adalah kerana pengiklan mahukan sales.Malah conversion dikira berdasarkan per sales, per lead dn sebagai. Itulah matlamat sebenar pengiklan mengunakan Google Adwords. Jika teknik blackhat digunakan, sales atau lead takkan berlaku. Malah pelawat yang datang hanya sia-sia.

Bagi saya biarlah pendapatan sedikit asalkan kita benar benar untuk membantu pengiklan. Saya sebagai pengiklan di Google Adwords memang kecewa apabila banyak wang dihabiskan tetapi tiada sales atau lead terjadi apabila banyak wang dihabiskan untuk pengiklanan. Walaupun secara keseluruhan, ia menguntungkan tetapi ada kempen yang sia sia dan menghabiskan duit.

Kini terdapat pula ebook yang mengajar teknik blackhat kepada newbie yang tidak tahu apa apa tentang risiko teknik ini. Ya. Memang lumayan dengan teknik blackhat ini (Kalo tengok screen capture la).Tetapi jika sesuatu yang berlaku, orang yang terlibat perlu bertanggungjawab terhadapnya. Bukannya melepas tangan begitu sahaja membiarkan mangsa dan newbie terkapai kapai sehingga menimbulkan persepsi bahawa perniagaan internet dan buat duit di internet ini adalah tipu semata mata.

Namun, jika anda sekadar ingin belajar dan ingin tahu bagaimanakah teknik blackhat berfungsi. Takpela nak belajar. Tetapi jangan jadikannya sebagai amalan kerana ia terlalu berisiko dan menyusahkan orang lain. Saya tidak menghalang jika anda ingin belajar. Semoga anda boleh membezakan ianya blackhat, grey hat atau pun whitehat.

Kepada yang tak tahu apa istilah blackhat, grey hat dan white hat ini, saya ringkaskan dibawah:

Blackhat - merujuk kepada teknik yang salah (illegal) dan bertentangan dengan terma dan syarat sesuatu. Biasanya ia mengunakan perisian tertentu samada untuk spamming dan sebagainya. Biasanya ia adalah satu kaedah yang agresif, tidak beretika dan mungkin menguntung penggunanya. Ia lebih kepada satu kaedah manipulasi kelemahan sesuatu sistem.

White hat - merujuk kepada teknik yang profesional dan betul. Ia mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkenaan. Antaranya ialah search engine optimization, social bookmarking, blogging dan sebagainya bagi tujuan pemasaran laman web.

Grey hat- merujuk kepada gabungan teknik black hat dan juga white hat. Ia berada dipertengahan dan tidak terlalu agresif. Ada sedikit risiko melanggar terma dan syarat sesuatu program. Tetapi susah untuk menentukan dan membezakannya kerana ia juga mengandung teknik pemasaran yang beretika (white hat).

Harap anda boleh bezakannya.

Kalo yang rasa terasa hati dengan artikel ini, saya minta maaf ye. Saya hanya sekadar memberi peringatan agar newbie tidak terjebak dan menyesal dikemudian hari.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Polisi Google Adwords Yang Baru Menjejaskan Google Adsense?

Monday, October 12th, 2009

Pada 6hb lepas, Google telah mengetatkan lagi polisi pengiklanan di Google Adwords. Kalo ada yang perasan, sejak  seminggu yang lepas terdapat pengurangan mendadak terhadap pendapatan Google Adsense akibat daripada polisi terbaru ini. Saya tempelkan email Google ni kat bawah:

Dear AdWords Advertiser,

We’re writing to let you know about a change to Google’s advertising policies that could affect your AdWords account.

Beginning in the coming weeks, we’ll no longer accept ads that promote Unacceptable Business Practices. This includes, but is

not limited to, negative option or unclear billing, the sale of normally free items or services, and false celebrity

endorsements.

Our system identified your account as potentially affected by this policy change, specifically as it relates to negative

option or unclear billing. Negative option billing specifically relates to sites that offer free trials, services, or other

offers in conjunction with a subscription service. Sites in violation of this policy automatically enter users into a

subscription if they do not cancel within the pre-determined trial period. In order to comply, these pages must contain an

opt-in checkbox that contains the price and billing interval of the subscription service on the page where a user enters

their billing information.

When we make this change any URLs in violation of this policy may be submitted for Landing Page Quality disabling. Once this

has been completed you will have 10 days to make any necessary changes to your website in order to comply before the

disabling will take effect. We ask that you make changes to your ads and/or website to comply, so that your campaigns can

continue to run.

As a business, Google must make decisions regarding the advertising we accept. We’ve given much thought to our stance on this

content, as well as the potential effect our policy decision could have on AdWords advertisers, and we apologize for any

inconvenience it may cause you.

 

Sincerely,
The Google AdWords Team

Inilah email pemberitahuan daripada Google. Iklan saya juga banyak yang tetiba Quality score merosot menyebabkan iklan tak keluar. Kos pengiklanan saya yang biasanya daripada RM900++ sebulan telah menurun kepada RM200++ dan yang terbaru hanya RM90++ sahaja.Ia menyebabkan proses untuk mengemaskini Panduan Adwords terbengkelai sehingga saya berjumpa dengan penyelesaian masalah ini.

 

Apabila pengiklanan Google Adwords banyak yang tak approve disebabkan kualiti skor yang rendah secara tiba tiba. Pastinya akan memberi kesan kepada pendapatan Google Adsense secara tidak langsung kerana pendapatannya hasil daripada pengiklanan di Google Adwords.

 

Cabaran baru buat IM kot….

 

Pengiklan Adwords lain… tak terkena ke? :P

 

Komen skit.. hehehe

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan