Bahana Teknik Blackhat Dengan Google Adsense
Saya tengok sejak akhir akhir ni semakin banyak IM Malaysia yang mengguna dan mengajar orang dengan teknik Blackhat. Teknik ini sebenarnya sangat merbahaya untuk akaun Google Adsense dan juga kebanyakan program di internet. Malah baru baru ni, digegarkan oleh satu kumpulan yang dikatakan mampu membuat duit dengan Google Adsense ratusan ringgit setiap hari.
Akhirnya ramai peserta yang diban akaun Google Adsense mereka. Inilah bahana teknik blackhat. Saya tahu & pernah guna beberapa teknik blackhat tetapi sekadar eksperimen tanpa menjejaskan akaun Adsense saya. Membeli iklan untuk laman web Google Adsense juga sebenarnya dilarang. Ia dinamakan Adsense Arbitrage. Risiko akaun Adsense untuk diban sangat tinggi jika anda mengunakan teknik ini.
Ramai yang yang terliur dengan pendapatan puluhan dollar sehari dengan teknik blackhat ini. Tetapi betul kan cara itu? Halalkah teknik tersebut? Ini adalah antara persoalan yang sering ditanya. Bagi saya ia adalah haram kerana ia seolah oleh meniayai pengiklan. Mungkin pendapat kita berlainan..
Ini adalah kerana pengiklan mahukan sales.Malah conversion dikira berdasarkan per sales, per lead dn sebagai. Itulah matlamat sebenar pengiklan mengunakan Google Adwords. Jika teknik blackhat digunakan, sales atau lead takkan berlaku. Malah pelawat yang datang hanya sia-sia.
Bagi saya biarlah pendapatan sedikit asalkan kita benar benar untuk membantu pengiklan. Saya sebagai pengiklan di Google Adwords memang kecewa apabila banyak wang dihabiskan tetapi tiada sales atau lead terjadi apabila banyak wang dihabiskan untuk pengiklanan. Walaupun secara keseluruhan, ia menguntungkan tetapi ada kempen yang sia sia dan menghabiskan duit.
Kini terdapat pula ebook yang mengajar teknik blackhat kepada newbie yang tidak tahu apa apa tentang risiko teknik ini. Ya. Memang lumayan dengan teknik blackhat ini (Kalo tengok screen capture la).Tetapi jika sesuatu yang berlaku, orang yang terlibat perlu bertanggungjawab terhadapnya. Bukannya melepas tangan begitu sahaja membiarkan mangsa dan newbie terkapai kapai sehingga menimbulkan persepsi bahawa perniagaan internet dan buat duit di internet ini adalah tipu semata mata.
Namun, jika anda sekadar ingin belajar dan ingin tahu bagaimanakah teknik blackhat berfungsi. Takpela nak belajar. Tetapi jangan jadikannya sebagai amalan kerana ia terlalu berisiko dan menyusahkan orang lain. Saya tidak menghalang jika anda ingin belajar. Semoga anda boleh membezakan ianya blackhat, grey hat atau pun whitehat.
Kepada yang tak tahu apa istilah blackhat, grey hat dan white hat ini, saya ringkaskan dibawah:
Blackhat - merujuk kepada teknik yang salah (illegal) dan bertentangan dengan terma dan syarat sesuatu. Biasanya ia mengunakan perisian tertentu samada untuk spamming dan sebagainya. Biasanya ia adalah satu kaedah yang agresif, tidak beretika dan mungkin menguntung penggunanya. Ia lebih kepada satu kaedah manipulasi kelemahan sesuatu sistem.
White hat - merujuk kepada teknik yang profesional dan betul. Ia mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkenaan. Antaranya ialah search engine optimization, social bookmarking, blogging dan sebagainya bagi tujuan pemasaran laman web.
Grey hat- merujuk kepada gabungan teknik black hat dan juga white hat. Ia berada dipertengahan dan tidak terlalu agresif. Ada sedikit risiko melanggar terma dan syarat sesuatu program. Tetapi susah untuk menentukan dan membezakannya kerana ia juga mengandung teknik pemasaran yang beretika (white hat).
Harap anda boleh bezakannya.
Kalo yang rasa terasa hati dengan artikel ini, saya minta maaf ye. Saya hanya sekadar memberi peringatan agar newbie tidak terjebak dan menyesal dikemudian hari.




17 Responses to “Bahana Teknik Blackhat Dengan Google Adsense”
By zyrontyez on Oct 16, 2009 | Reply
saya rasa saya tau kumpulan mana yang sham maksudkan..saya pun mula2 tertarik untuk mencuba, tapi nasib baik pokai sikit masa tu=)..
slow2, janji berterusan dan halal..
By pakteh on Oct 18, 2009 | Reply
yg jadi mangsa adalah newbie.. semoga menjadi iktibar kepada IM kat Malaysia.
By zans on Oct 23, 2009 | Reply
Betul apa bro sham katakan 2, yang jadi mangsa adalah newbie. Pada hari ni juga ramai yang terlalu rasa ”HOT” dengan income adsense yang beratus2 dollar setiap hari, ghairah dengan income adsesense tetapi akaun berisiko untuk di Ban kerana mengguna teknik dan etika yang salah.
emmmm.bila dah kena ban baru menyesal. Rata2 ramai diantara rakyat malaysia kita yang susah nak dapat akaun adsense, kerana apa yang saya pasti ramai yang menipu. oleh kerana itulah google mengetatkan Terma dan Syarat mereka TOS!
Alhamdulillah akaun adsense saya berjalan dengan lancar dan baik tanpa menggunakan blackhat ini.
Soalan kepada bro sham. Kalau guna teknik greyhat boleh tak? salah 1 teknik greyhat adalah mendapatkan domain yang expired dengan pelawat telah sedia ada?
By zans on Oct 23, 2009 | Reply
zyrontyez tahu ye mana group tu? Rasanya group yang bermula ”S” dan ”A” kan? hehehe! Rasanya bro sham pun tahu kot.
By annuar on Nov 4, 2009 | Reply
Baru-baru ni pun dah ada keluar report percuma pengalaman seorang penggiat Adsense yang kerugian sekaligus sebanyak RM4,800 tanpa dapat apa-apa pun sehinggakan ia menamakan report tersebut sebagai ‘Konspirasi Adsense? Rahsia Kegagalan Newbie’. Hebat juga Adsense ni yer? Nasib baik le saya tak begitu serius dengan Adsense ni…
By nizam on Nov 4, 2009 | Reply
Saya adalah newbie dalam adsense ni. saya ada try apply adsense ni. Tapi semua ads saya PSA daa..ada juga terlintas nak cuba jalan pintas ni setelah baca pelbagai blog. Nasib baik saya lawat blog ni kalu tidak terjobak den. Kena sabau la gamaknye..kena cari jalan lain la. Sesiapa nak bantu amat lah saya hargai…
By Zairi Zaidi on Nov 7, 2009 | Reply
Baik jangan try la teknik ni. Bhaya. Sayang akaun google adsense tu.
By Dota on Dec 4, 2009 | Reply
Memang saja nak bagi kena ban la tu. Lepas tu keluar pulak servis/ebook untuk membuka akaun adsense baru. Haha!
By alantanblog on Jan 28, 2010 | Reply
Itu sebab Bila saya iklan kat PPC hanya letak utk Search Network shj
By Edyanie on Feb 21, 2010 | Reply
kalau dah kena ban, memang tul2 boleh down. entahlah, selagi boleh guna jalan pintas, selagi tu nak buat…kena kembali kejalan asal..jauh dan selamat..
By lanchini on Feb 23, 2010 | Reply
Kalau nak serius dalam Adsense, elok la guna teknik2 white hat. Tapi kadang2 tu kita tak tahu teknik ni white,grey atau blackhat.. Sedar2 dah kena ban, huhu.. Tipsnya di sini, jangan mudah terpedaya dgn pendapatan PANTAS adsense, pakcik google akan tertarik nanti, hehe.
p/s : saya dah 2 kali kena ban huhu..
By Samdaddycool on Nov 3, 2010 | Reply
Salam
Tadi try login affiliate rajaadsense, tapi keluar camni..
“Warning: mysql_connect() [function.mysql-connect]: Access denied for user ‘rajaads’@'localhost’ (using password: YES) in /home/rajaads/public_html/agen/index.php on line 13
Database CONNECT Error (line 11)”
Affiliate tu valid lagi ke tak?
By sham on Nov 3, 2010 | Reply
Alamak…tak perasan plak. nanti saya selesaikan.
By sham on Nov 9, 2010 | Reply
masalah database selesai…dah boleh guna dah..
By samdaddycool on Dec 29, 2010 | Reply
ok.. tenkiu bro…
p/s- takde reply comment notification, tak tau plak dah terjawab komen ni..
By hisham on Mar 18, 2011 | Reply
By insan malang on Mar 22, 2011 | Reply
salam semua,
nak tanya sikit..contoh website yang saya beri (http://www.internshipmalaysia.com) ni tergolong dalam kategori apa yer..minta bantuan ..sampai akaun saya diban oleh google.