Raja Adsense

Archive for April, 2010

Megasales Ulangtahun ke 4 Bermula

Friday, April 30th, 2010

Baik mereka yang menanti nanti untuk membeli ebook pada harga yang lebih rendah. Sekarang adalah masanya sebab diskaun dari RM10 sehingga RM180 untuk ebook tulisan saya. Anda boleh layari\

http://www.rajaadsense.com/megasales/" target="_blank"> http://www.rajaadsense.com/megasales/

Megasales berlangsung selama 7 hari dari 30hb sehingga 7hb Mei 2010. Ia berakhir pada pada khamis malam jumaat pada tepat jam 12.00 pg. Laman web ini akan ditutup dan akan dibuka semula pada tahun hadapan. Megasales ulangtahun saya adalah acara tahunan bermula tahun 2007 lagi.

Kini dah oficial 4 tahun dalam bidang perniagaan internet, banyak perkara yang saya belajar. Karenah pelanggan dan suka duka sepanjang perjalanan bergelar seorang usahawan internet.

Tapi, saya seronok apabila melihat pelanggan pelanggan saya berjaya. Antaranya ialah Jamal dan Adly Flarebiz yang kini telah pun bergelar Usahawan Internet sepenuh masa. Esok Saudara Jamal ada mengadakan Jamuan Pembukaan Pejabat beliau di Seksyen 7, Shah Alam.

Kini lebih sebulan selepas meletak jawatan sebagai penjawat awam untuk menjadi seorang usahawan sepenuh masa. Perniagaan internet sangat menyeronokkan. Saya sangat sukakannya.

Saya pasti anda pun akan sukakannya apabila anda mula mendapat duit yang pertama di internet.

Nantikan Megasales Ulang Tahun Ke 4

Monday, April 26th, 2010

Megasales Ulangtahun merupakan aktiviti tahunan saya sejak 4 tahun lepas. Ia hanya berlangsung selama 1 minggu dari 30hb April sehingga 6hb Mei setiap. 3ohb adalah tarikh rasmi RajaAdsense.com muncul di dunia IM Malaysia manakala 6hb Mei adalah tarikh hari lahir saya.

Jadi saya gabungkan sambutan ini menjadikan megasales selama seminggu. Nantikan megasales pada 30hb nanti jika anda inginkan produk Shamsuriyadi pada harga diskaun.

Adsense Blackhat Tidak Ke mana

Tuesday, April 13th, 2010

Saya rasa terpanggil bila terbaca satu tread Google Adsense mengunakan kaedah Arbitrage kini hampir terkubur apabila pengasasnya tidak dapat dihubungi. Saya tak pernah baca thread tersebut, tadi tergerak hati untuk menjenguk thread yang ada kat WangCyber.

Saya sebagai Moderator kat sana perlu la sekali sekala melawat macam YB.hehehehe. Pada sangkaan saya, thread tersebut berkembang dengan baik apatah lagi lebih dari 1000 post pada thread tersebut. Tapi bila tengok lain pulak jadinya.

Nasihat saya, blogging la secara elok. Elakkan daripada teknik hitam dan kelam seperti Arbitrage dan banyak teknik blackhat untuk mempengaruhi klik di Google Adsense. Bagi saya ia tak membawa ke mana mana. Mungkin pada suatu ketika ia memang masyuk. Tapi jangka masa yang panjang, akaun diban dan kehilangan pendapatan pasti akan terjadi.

Ada banyak cara nak cari duit dengan blogging  selain daripada Google Adsense. Kena explore skit untuk mengetahui lebih lanjut. Nak cepat anda boleh ke seminar blogging yang ada dipasaran antaranya smart blogging yang dianjurkan oleh problogger Rohaizad.

Blog yang sebenar boleh menjana pendapatan yang tak terhingga jika kena pada caranya. Tak perlu bergantung kepada Google Adsense pun tak pe.

Saya harap kejadian seperti SA dan F2R akan menjadi pengajaran buat semua terutama mereka yang terlibat dalam Google Adsense. Bila slow, asalkan selamata.

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :