Raja Adsense

Archive for the ‘Blogging’ Category

Cara Mudah Untuk Dapatkan Traffik

Tuesday, July 21st, 2009 |

Ramai yang mengadu kepada saya kenapa blog dan laman web mereka takde pelawat. Jawapannya tiada tindakan untuk promosi. Bagi saya itulah kelemahan utama kebanyakan orang untuk membuat duit dengan adsense. Cara yang paling senang nak dapatkan pelawat ialah menerusi laman sosial networking.

Antaranya ialah Facebook, Twitter, Myspace, Hi-5, Friendster dan banyak lagi yang rakyat malaysia suka. Ya. Anda join dan add kawan ramai ramai. Anda update akaun laman sosial anda, semua rakan rakan anda menerima update tersebut. Ya. Sangat senang tetapi hanya segelintir sahaja yang memanfaatkannya.

Ia lebih berkesan lagi kalo buat blog dalam bahasa inggeris. Daripada pelawat laman sosial ni kadang kadang sangat responsif untuk membeli dan juga klik iklan adsense anda. Kenapa hanya bersosial? Kenapa tidak gunakan kemudahan yang ada untuk menarik orang ke blog anda.

Tak susah. Rakyat Malaysia adalah penguna tegar sosial networking seperti Myspace, Friendster,Twitter dan juga Facebook.  Saya sukakan facebook dan twitter. Saya suka cara mereka jadikannya setiap post yang kita buat menjadi viral dan tersebar dengan cepat di kalangan network yang ada.

Jadi tindakan anda sekarang ialah join dan add kawan kawan ramai ramai. Lepas tu update blog anda dengan artikel yang berkaitan dan sebarkan berita di laman sosial networking. Ia mungkin menarik minat ratusan orang yang berada di dalam network anda.

Saya ada beberapa akaun twitter yang saya gunakan untuk promosikan blog saya.Ia dalam beberapa topik utama yang memberikan pendapatan utama kepada saya. Sekarang ni sedang buat eksperimen tentang Clickbank. Bulan ni baru $450 lebih. Target saya setiap bulan dari Clickbank adalah sekurang kurangnya $1000. Tapi tu target baru saya untuk 3 bulan lagi.  Sebelum ni hanya target $300 dalam masa sebulan.

Ia dalam fasa eksperimen lagi. Jadi saya tak nak heboh heboh sangat lagi. Kalau boleh saya nak jadikan pendapatan daripada Clickbank adalah automatik tanpa perlu peningkan kepala.

Oklah ye. Selamat bersosial!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Bagaimana Untuk Dapatkan Akaun Google Adsense selepas diban?

Monday, May 18th, 2009 |

Akaun google adsense diban tanpa secara tiba tiba walaupun anda cermat dalam promosikan laman web anda? Atau anda gunakan teknik blackhat?Atau anda klik iklan adsense anda sendiri untuk test samada Google boleh detect atau tidak anda nak dapat duit cepat dengan klik iklan anda sendiri. :P.

Itulah antara alasan yang sering diberikan oleh mereka yang diban. Saya pernah diban ketika saya gunakan akaun adsense untuk dijadikan contoh bagi ebook Panduan Raja Adsense. Ketika itu, ada yang berperasaaan PHD telah klik berulang kali sehingga akaun tersebut diban.

Bagaimana saya dapatkan kembali akaun dalam masa 1 selepas itu? hehehe

Sebenarnya google boleh kesan samada anda pernah diban atau tidak menerusi beberapa tracking yang digunakan untuk membantu google menyenarai hitam mereka yang telah diban. Kebanyakan “otai” dalam adsense pernah mengalami perkara ini. Syed ikhwan rasanya telah lali kena ban oleh Google Adsense ni. hehehe. Betul tak syed? :P

Google dapat mengesan invalid click atau mereka yang diban menerusi:

1. IP address.

2.MAC Adress (ia merupakan alamat yang ditetapkan pada modem/network device).

3. History (diorang akan trace nama anda dalam sistem mereka -mereka akan bandingkan nama,tempat,negeri & maklumat peribadi anda)

4. Email. Jangan sesekali guna email yang sama atau hampir sama.

5. Alamat permohonan yang sama.

Dan beberapa cara lain yang dirahsiakan google. Kadang kadang mereka sesuka hati je ban orang tanpa alasan yang jelas. Biasanya disebabkan invalid click kata mereka.

Itu adalah antara cara Google mengesan anda yang telah diban.. Jadi macamana nak dapatkan balik akaun Google Adsense?

Ikut cara saya ni…

1. Buat blog baru yang berkualiti. Apply akaun Google Adsense mengunakan saudara mara anda di Cyber Cafe. Jangan gunakan alamat yang sama terutamanya poskod. Pastikan saudara mara anda ini,anda percayai. Ini adalah kerana duit itu samada cek ataupun western union diatas nama mereka. Minta kerjasama mereka untuk menuntut wang tersebut.

atau

2.Buat blog baru yang berkualiti. Apply akaun adsense dengan NAMA ANDA tetapi alamat di negeri lain. Pastikan ketika anda apply akaun tersebut anda berada di negeri tersebut. Jika anda apply di selangor, pastikan anda berada di selangor ketika permohonan. Ini adalah kerana google boleh tahu negeri mana ketika kita apply.Pastikan alamat tersebut betul kerana anda perlu memasukkan PIN setelah mencukupi USD50 didalam akaun tersebut. Anda boleh apply di Cyber Cafe. Tentang alamat pula, boleh gunakan alamat saudara mara anda. Minta mereka beritahu anda apabila poskad yang terdapat nombor PIN pengesahan alamat telah sampai.

Dengan kedua dua cara ini, anda boleh mempunyai seberapa banyak akaun Adsense. Tapi berhati hati kerana Google pun bukannya bodoh. Mereka akan cuba mengesan mereka yang pernah diban.

Jika anda mendapati terdapat banyak klik dengan impression yang sedikit. Anda perlu segera emailkan kepada adsense_support@google.com dengan segera. Beritahu staff google tentang perkara ini. Mereka akan consider kerana anda jujur dengan mereka. Begitu juga anda terklik iklan anda sendiri.

Selamat BerAdsense!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Laporan Percuma Buat Duit Dengan Blog

Thursday, March 12th, 2009 |

Lama betul tak update blog ni. Tapi takpe, saya akan berikan satu laporan percuma untuk anda baca dan manfaatkannya. Saya berharap ia dapat mencetuskan minat anda untuk mempunyai blog dot com. Saya dah emailkan kepada list saya laporan percuma ini.

Buat duit dengan blog

Klik Sini Untuk Download

Apa yang saya tunjukkan di dalam laporan ini adalah hanya sebahagian cara untuk membuat duit dengan blog. Terdapat banyak lagi cara lain yang boleh anda terokai setelah anda mempunyai blog dot com anda sendiri. Suka saya ingatkan bahawa ia bukanlah skim cepat kaya atau pelaburan duduk diam dapat duit. Anda perlu usaha untuk menulis dan mengemaskini blog anda agar sentiasa mendapat pelawat.

Orang membaca blog kerana mahukan maklumat tentang sesuatu. Jangan lupa tanggungjawap anda untuk berikan maklumat tersebut. Jika anda berilmu tetapi tidak menyampaikan kepada orang lain, anda akan berdosa. Jika anda menyampaikannya,pahala menanti anda walaupun anda sudah meninggal dunia. Ilmu yang bermanfaat dan diamalkan oleh orang lain akan dibawa mati.

Jadikan menulis blog menjadi saluran untuk anda menyampaikan ilmu anda. Tidak hilang ilmu yang anda sampaikan bahkan ia akan terus berkembang dan bertambah. Jangan terlalu memikirkan pulangan $$$$ sahaja dalam blogging. Banyak benda yang boleh anda sumbangkan..

Selamat membaca.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Awas Jika Anda Mengunakan Wordpress Versi Lama

Sunday, February 8th, 2009 |

Saya baru je perasan apabila satu artikel daripada blog bahasa inggeris saya yang mengutuk serangan Israel terhadap Palestine telah didelete dan komen telah ditutup. Walaupun benda lain tidak dikacau, ini menunjukkan pakar iT Israel bersedia untuk memasuki mana mana laman web yang mengutuk Israel dan mengubahnya.

Salah satu sebab mereka boleh memasuki blog tersebut ialah saya tidak update kepada versi terbaru. Blog tersebut sebelum ini mengunakan versi 2.3.3. Saya agak terkejut dengan kejadian sebegini dan bertindak untuk upgrade blog wordpress kepada versi terbaru kerana lebih selamat.

Kejadian ini akan sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa memantau blog blog saya agar tidak dimasuki oleh hacker. Walaupun ianya tiada kesan apa apa pada blog tersebut tetapi ia memberi kesan kepada saya. Saya menulis dan meletakkan peta palestin yang dirampas.Nampaknya semuanya telah didelete. Ia membuatkan saya sedikit sakit hati kerana jika ianya dibaca oleh 1000 orang,pasti ia memberi kesan sedikit sebanyak terhadap palestin dan israel.

Jika anda masih mengunakan blog wordpress versi lama.Kemaskini kepada versi terbaru kerana lebih selamat berbanding versi lama kerana terdapat beberapa isu keselamatan yang telah dikesan pada versi lama. Bagi mereka yang pakar dengan wordpress, pasti dapat mengesan “lubang” dan membuat kacau ke dalam blog anda. Jika anda menulis dalam BM mungkin kebarangkalian mungkin kurang. Tapi jika menulis dalam english, ia dibaca dan difahami oleh ramai orang.

Kesan dari penulisan anda lebih jika blog anda dalam bahasa inggeris. Kejadian ini tidak akan mematah semangat saya untuk terus menulis bagi menyokong perjuangan rakyat palestin. Jihad dalam penulisan mungkin saya mampu. Untuk berperang di sana agak mustahil. Dengan adanya teknologi blog, saya boleh terus menulis dan menyokong perjuangan rakyat Palestin. “Mata Pena itu lebih tajam dari mata pedang“. Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh cendikiawan zaman dahulu.

Penulisan memberi kesan yang cukup mendapat sehinggakan ia boleh mempengaruhi keputusan pilihanraya. Ianya terbukti ketika PRU 12 dan kempen presiden US yang terbaru iaitu Barack Obama. Penyokong Obama mengunakan blog untuk berkempen. Malah Obama berjaya mengumpul dana kempen beliau beberapa juta dalam masa 24 jam sahaja. Malah perbelanjaan kempen Obama adalah yang terbesar dalam sejarah US. Semuanya didapati menerusi kempen  di internet!

Jangan perkecilkan pengaruh blog. Penulisan memang mempunyai pengaruh yang besar. Malah penulisan juga boleh membuat duit. :). Ramai yang suka kalau cakap pasal duit ni. Lebih lebih lagi dalam situasi ekonomi sekarang ini. Masing masing mencari peluang untuk menambah pendapatan. Jika anda berminat untuk menjadi blogger dan mempunyai blog dot com anda sendiri, anda boleh dapatkan panduan bina blog di

 http://www.panduanbinablog.com

Mungkin anda juga boleh menyertai jihad menerusi penulisan ini. Anda juga boleh belajar untuk berfikiran kritis jika anda rajin menulis dan membaca. Rasanya ramai yang menulis tentang keadaan politik di Perak sekarang.  Anda nak sertai?

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Blog Atau Laman Web Biasa?

Thursday, February 5th, 2009 |

Di antara blog dan laman web biasa, yang manakah yang lebih bagus? Ehem…Para blogger pasti akan mengatakan blog la yang lebig bagus sebab boleh update content dengan mudah. Saya setuju bahawa blog lebih bagus selain memudahkan interaksi diantara pembaca dan penulis blog.

Berlainan dengan laman web biasa yang statik dan tiada unsur interaksi. Ia menyebabkan blog semakin digemari oleh kebanyakan orang. Kebolehan berinteraksi dengan pembaca membuatkan para blogger untuk sentiasa mengemaskini dan memasukkan artikel baru di blg mereka.

Jangan salah anggap bahawa blog hanya tentang politik sahaja. Blog politik hanya sebahagian kecil sahaja yang blog yang wujud pada dunia hari ini. Terdapat banyak jenis blog yang dihasilkan pada hari ini antaranya video blog,bisnes blog, personal blog, marketing blog dan sebagainya. Blog boleh digunakan sebagai tools bagi pelbagai perkara.

Bagaimana dengan laman web biasa? Tak bagus ke? Bagus juga sebenarnya. Namun kegunaan laman web biasa atau statik ini mempunyai tujuan lain seperti laman web jualan, opt in, maklumat dan sebagainya. Ia biasanya bukan bertujuan untuk berinteraksi diantara pemilik laman web dan pelawat. Jika laman web berkenaan bertujuan untuk menjual barang, jadi maklumat barang akan dipamerkan dan pelawat boleh menempahnya.

Jadi yang mana yang saya suka? Saya sukakan kedua duanya. Blog dan laman web statik ini mempunyai tujuan yang tersendiri sebagaimana genre yang ada pada blog. Jika anda ingin membina blog dot com anda sendiri, anda boleh dapatkan Panduan Wordpress di

http://www.panduanbinablog.com

Jika anda ingin mempunyai blog dengan nama anda.Pastikan anda cepat mendapatkannya. Manalah tahu orang lain mendapatkannnya terlebih dahulu. Nama domain seperti Shamsuriyadi.com atau dengan nama seperti ali.com, abubakar.com pasti akan digunakan oleh orang jika anda tidak mendapatkannya dengan segera.

Jangan biarkan nama domain nama anda diambil orang. Bina blog dot com anda sendiri sekarang!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan