Raja Adsense

Archive for the ‘Cerita’ Category

Hampeh Tul Advertlets

Sunday, January 6th, 2008 |

Saya just buang semua kod advertlets dari blog ni. Kod dia menggangu blog ni & redirect ke site suruh renew domain. Dah la baru ni saya ada buat post pasal pengiklanan di blog dengan nuffnang,advertlets dan nufflets. Sekarang saya tarik balik la apa yang saya tulis tu. Sabri Saifulsham email saya mengatakan blog saya digangu advertlets bukan kat luar je,kat dalam admin panel blog ni pun dia kacau sehinggakan saya terpaksa remove cepat cepat kerana saya gunakan plugin untuk letakkan kod advertlets sebelum ni.

Ada ke patut domain Advertlets expired dan tak direnew lagi sedangkan dah 3 hari expired. Mereka dah dapat banyak duit dari iklan.Rasanya beberapa orang je yang dah dapat duit dari Advertlets tu. Kat Wangcyber dah bising mengatakan Advertlets dan Nuffnang adalah scam. Ini adalah kerana ada yang request dari bulan November still tak dapat lagi duit mereka..hohoho.Kesian…

Saya sukakan konsep yang mereka bawakan.Bila dah jadi macam ni, pandangan saya dah berubah terhadap pengiklanan yang mereka buat. Mereka hanya nak meminjam trafik dari blogger saja nampaknya. Nasib baik la income dari advertlets ni tak seberapa sangat. Tak kisah sangat la.Saya just geram bila dia kod dia kacau blog ni je.

Kalo advertlets dipulihkan balik pun,saya takkan letak dah kod advertlets tu.Takkan nak bayar domain yang harga beberapa dollar tu pun tak mampu. Memang diorang nak lari kot. Duit blogger tak yah bayar,kaya la Josh Lim tu. Nak kata haram, dia tu cina..Kisah apa halal haram..Lantak dia la, kalo ada blogger saman dia pun best jugak ni.

Sapa yang rugi beratus ratus tu berpakat la wat report polis & saman. Saya tak kisah sangat sebab dalam tu ada tak sampai seratus. Sekarang berita Advertlets menjadi isu panas dikalangan blogger selain isu Chua Soi Lek bagi blogger politik.Bagi saya tak kesan pape pun sebab saya memang tak sukakan politik ni apatah lagi nak berblog tentang politik.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Kisah Mat Jenin

Friday, August 24th, 2007 |

Pada sebuah kampung, ada seorang pemuda bernama Mat Jenin. Beliau bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa di daerah tersebut. Semua oran tahu akan kecekapan Mat Jenin memanjat pokok kelapa sehingga ia tersohor di kawasan tersehinggakan jika anda nak panjat pokok kelapa hanya Mat Jenin yang akan dipanggil sehinggakan beruk pemanjat kelapa pun terpaksa tapik spring kat Mat Jenin.

Biasanya upahnya adalah buah kelapa itu sendiri.Jika Mat Jenin memanjat 100 biji kelapa, pemilik akan mengupah 50 biji iaitu separuh dari keseluruhan buah kelapa.Jadi Mat Jenin adalah Raja Buah Kelapa…uish, ada ke?:p

Suatu hari ketika memanjat pokok kelapa, Mat Jenin berangan angan…

“Jika aku dapat panjat 500 biji setiap hari,aku dapat 250 biji kelapa.. kaya aku! Bisik Mat Jenin dalam hati.

Sebiji kelapa aku jual RM1.50, jika 250 biji aku akan dapat RM375 sehari.. Wow..aku kaya sambil tersenyum.

Dengan duit tu, aku akan beli anak ayam. Anak ayam harganya RM1 seekor, jadi aku akan dapat 375 ekor anak ayam. Kalau aku beli 375 ekor anak ayam setiap hari aku akan ada 11250 anak ayam sebulan.Harga ayam RM10 seekor, nanti dah besar aku akan dapat RM3750 untuk ayam tu. Itu kalo aku jual 375 ekor sehari. Kalo sebulan aku akan dapat RM112,500 sebulan.

Ish.Ish.Ish..banyaknya duit aku nanti.Setahun je aku akan jadi jutawan ayam kat Mat Jenin dalam hati. Lepas ni tak perlu la aku naik kelapa lagi. Aku beli semua ladang kelapa & aku akan jadi orang paling kaya..

Ha.ha.ha…Mat Jenin tergelak seorang diri di atas pokok kelapa..

Tiba tiba Mat Jenin terpegang ekor biawak yang kebetulan sedang “landing” dia atas pokok kelapa tersebut.Biawak tu pun terkejut & melompat & melanggar Mat Jenin.Mat Jenin terkejut dan terlepas tangannya yang memeluk batang pokok kelapa..

Apa lagi..Jatuhla Mat Jenin bersama sama dengan biawak tersebut… Gedebuk..

Mat Jenin pun…

(more…)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Asah Gaya Penulisan Anda

Wednesday, August 22nd, 2007 |

Ha..Siapa yang menulis blog pasti akan tahu. Setiap orang ada gaya penulisan yang tersendiri. Kenapa ia berlainan? Yela, mesti sebab pemikiran dan aliran yang berlainan. Melalui gaya penulisan sesetengah penulis dapat mencipta trade mark tersendiri.

Ada gaya penulisan yang serius seperti surat khabar. Ada jugak gaya penulisan yang sempoi mcm shuth.Begitu jugak blogger lain seperti smartusaha, robotys,alang dan ramai lagi. Masing ada style masing masing.Ada yang gaya kelakar sampai orang membacanya tergelak sorang sorang.Ada gaya yang agak mendatar mcm saya ni.Saya memang suka tulis agak mendatar mcm ni. Ianya tidak terlalu serius & tidak terlalu sempoi.

Saya menulis di blog & dalam ebook dengan gaya berlainan.Saya pun tak tahu kenapa tapi saya perasan.:P. Bagi saya, penulisan saya boleh disuaikan mengikut keadaan tertentu seperti jika untuk menegur orang kita perlu straight to the point atau berkias dengan ayat yang sinis. Tapi pastikan ia tidak melampau lampau sehingga menyingung perasaan pembaca.

Antara blogger baru,ramai yang menulis gaya sempoi sempoi bahasa. Ia membuatkan pembaca terhibur.Ia merupakan satu fenomena yang bagus.Namun untuk membentuk gaya penulisan ia memerlukan latihan.Apa pulak kene berlatih ni ye? Senang je jawapanye. Berlatih menulis la. Untuk mahir bersilat kene selalu berlatih begitu jugak menulis.

Lagi banyak menulis semakin mahir la. Kesimpulannya, rajin² la menulis & update blog anda. Tu je sebenarnya tujuan saya post ni.:P

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Sham di Internet

Tuesday, August 7th, 2007 |

Saya disini ingin menjelaskan bahawa ada jugak orang terkeliru dengan nama Sham di internet ni. Ada orang menyangka saya adalah Saifulsham ada saya dan ada yang menyangka saya adalah Saifulsham. Buat pengetahuan anda Saifulsham adalah nama yang digunakan oleh Sabri dan Syazwan iaitu penulis Buku 10 Rahsia Buat Duit di Internet. Saya tiada kena mengena dengan mereka kecuali sebagai sahabat IM.

Saya pulak memang nama saya Sham iaitu singkatan dari Shamsuriyadi. Mcm nama orang indon plak nama saya tu ek.:P .Harap jangan terkeliru ye. Sejak kebelakangan ini ramai pulak yang terkeliru dengan Sham dan Saifulsham. Malah kat forum Wangcyber pun ada yang tak tahu lagi.

Bukan saya nak menumpang populariti Saifulsham. Tapi memang nama saya adalah Sham. Takleh nak buat apa dah.Takkan saya nak tukar nama plak.:P. Ada jugak yang email saya dengan Sham & Sham.Maybe mereka sangkakan ada 2 orang kot. Sebenarnya saya sekarang hanya seorang je.

Harap takde yang terkeliru lagi ye.Jangan tertukar saya dan Saifulsham.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Gila la..I Phone kene blender pun orang berebut beli?

Thursday, July 26th, 2007 |

Saya explore youtube. Pastu jumpa video I Phone Kene Blender. Lepas tu dia jual kat ebay. Sekarang ni bid adalah USD888.88 kat Sini. Ni la internet, semua benda boleh jual termasuk la kapal selam.Iphone blender pun jadi.Bukan boleh guna lagi pun iphone tu.

Masih ada 3 hari untuk tamat. Apa yang dia guna ialah video marketing. Dia buat video dia blender I Phone yang menjadi kegilaan ramai masa ni. Orang semua terkejut sebab dia blender betul sampai jadi abu.Betul ke jadi abu? Ada camera trick skit tu.:p

Apa yang dia nak tunjuk ialah kehebatan blender dia boleh hancurkan I Phone. Jadi orang akan berebut² dapatkan blender dia. Apa yang ditawarkan di ebay ialah i phone yang kene blender dan blender dia. Jadi dia ulang² jual benda yang sama. I phone hancur bersama dengan blender dia yang power yang berjaya menghancurkan iphone yang menjadi kegilaan ramai.

Sayangnya kat Malaysia, tahun depan baru la kita dapat iphone. Rasanya masa tu dan keluar versi baru.:p. Lambatnye Malaysia ni. Kalo nak cepat, beli je kat ebay. Mesti ada orang jual tapi stand by la sebab ia akan menjadi rebutan dari orang negara yang tak xde iphone lagi.

Memang power la Apple buat marketing. Jadi macam buku Harry Potter la pulak.Kene serbu. Tapi saya tak minat benda gadget ni. Habiskan duit je. Baik simpan guna untuk buat duit. Biarkan duit bekerja untuk anda, bukan anda bekerja untuk duit.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan