Raja Adsense

Archive for the ‘ClickBank’ Category

RM21,000 Dalam Masa 9 Hari

Monday, July 28th, 2008 |

Wow. Best kan? Itulah fenomena sebenar tentang Panduan Clickbank oleh Mawardee. Ia adalah satu rekod yang baru dalam industri perniagaan internet di Malaysia. Kebanyakan usahawan sedang susah hati kerana kesukaran untuk mendapat projek dan sales yang semakin berkurangan.

Mawardee dengan selambanya telah mendapat jualan sebanyak RM21,000 dalam masa 9 hari. Top affiliate ialah smartzul. Saya tak push lagi sebenarnya.Saya mungkin dalam ranking ke 4 kot dengan 12 jualan daripada affiliate saya. Keduanya ialah bitol. Saya tak hairan kerana mereka semuanya mempunyai mailing list yang besar!

Mawardee dah boleh buat down payment rumah tu bagi duit sebanyak itu. Saya tak push sangat promosi affiliate sekarang ini. Saya sedang mengejar masa dan menghitung masa. Jadi untuk full komitmen tu agak sukar buat masa sekarang.

Salah satu faktor ialah keupayaan autoresponder. Walaupun saya mempunyai 12K subcriber, keupayaan autoresponder saya guna sekarang sangat terhad. Kemungkinan banyak email yang terus ke dalam mangkuk tandas bulk email atau spam email. Jadi saya mungkin akan bertukar autoresponder kot lepas ni. Saya akan start kumpul email balik dari kosong la. Tapi takpe. List sedia ada boleh digunakan lagi. :)

Jangan lupa untuk download Laporan Percuma Buat Duit dengan Clickbank ini. Anda boleh klik ecover untuk download.

Jangan lupa untuk dapatkan produk paling panas pada tahun ini iaitu Panduan Clickbank di

http://clickbank.rajaadsense.comĀ 

Seronok kan buat produk digital. Buat sekali untung buat masa yang panjang. Namun, anda perlukan ilmu untuk melakukannnya. Semua orang bermula daripada zero. Malah saya pun.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Laporan Percuma Buat Duit Dengan Clickbank

Wednesday, July 23rd, 2008 |

Saya buat satu laporan percuma untuk anda semua. Insyaallah saya akan release satu lagi laporan percuma tak lama lagi tentang Paypal iaitu Bagaimana untuk menyelesaikan Limited Access Paypal. Saya release Laporan Clickbank ini dahulu sebagai Viral Marketing bagi Affiliate Panduan Clickbank.

Dah lama siap laporan tu. Lepas Mawardee release Panduan Clickbank baru saya mengambil keputusan untuk jadikan ia sebagai satu laporan percuma. Saya memang malas nak design ecover. Kalo rajin,saya buat la kot. :P. Tunggu sehari dua lagi saya akan release laporan percuma paypal plak.

Debit Kad Tune money pun saya dah dapat. Cuma tak test lagi untuk transaksi online sebab tak topup lagi. Lagipun saya baru je sampai KL hari ini. Seminggu lebih saya balik kampung untuk menguruskan majlis perkahwinan saya yang tinggal 1 minggu je lagi. Makin berdebar plak rasannya.

clickbank

Jadi anda boleh download report percuma ini di http://www.shamsuriyadi.com/DuitClickbank.zip

Saya just cerita pemilihan produk je. Yang lain dapatkan panduan Clickbank di http://clickbank.rajaadsense.com

Selamat membaca.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Raja Adsense pun Beli Panduan Clickbank?

Friday, July 18th, 2008 |

Raja Adsense pun beli Panduan Clickbank? Itulah antara email Mawardee kepada saya. Ya. Saya beli pakej gold Panduan Clickbank. Bagi saya,ia adalah berbaloi untuk membeli produk untuk menambah ilmu yang ada. Lagipun ia akan memendekkan “learning curve” dalam mengkaji sesuatu perkara.

Bagi saya clickbank adalah satu “perigi duit” ataupun goldmine bagi usahawan internet. Lebih lebih lagi ia boleh digandingkan dengan Google Adsense. Malah ia lebih lumayan jika berjaya membuat jualan. Jika Adsense, tanpa jualan kita mendapat bayaran daripada klik berkenaan.Namun jumlahnya sedikit sahaja. Jika anda berjaya membuat jualan. Komisen di clickbank cukup lumayan.

Setelah membaca ebook ini.Saya dapati ia sangat membantu para newbie malah mereka yang telah terlibat lama dalam perniagaan internet. Masalah utama dalam buat duit dengan clickbank ialah bagaimana untuk mencari produk yang killer daripada lebih 15,000 produk yang terdapat di Clickbank. Namun, Mawardee telah mengajarnya dalam ebook beliau berkenaan.

Teknik Adwords yang disarankan juga memberikan saya idea baru untuk produk yang akan datang saya. Seperti biasa jika saya ingin menghasilkan sebarang produk, saya akan menguji terlebih dahulu sebarang teknik sebelum diajar ditulis ke dalam ebook. Saya juga dalam usaha untuk menghasilkan buku saya yang pertama.

Anda perlu dapatkan Panduan Clickbank ini jika anda serius untuk membuat duit di internet. Ia sangat membantu.

Layari http://clickbank.rajaadsense.com untuk maklumat lanjut.

Saya akan buat satu report percuma tentang clickbank nanti.

Percayalah. Melaburkan wang anda untuk mendapat ilmu adalah berbaloi kerana ia akan meningkatkan nilai diri anda. Semua orang bermula dari sifar. Saya pun bermula daripada kosong. Tiada orang mengenali saya pada tahun 2006. Namun, ia tidak menghalang saya untuk terus belajar dan mencari ilmu.

Saya beli ebook,buku,software dan ke seminar untuk menambah kemahiran dan pengetahuan saya. Jika anda merasakan ia membazir duit anda. Jangan beli. Ia tidak berguna untuk anda jika anda beli sekalipun. Jika anda serius untuk buat duit di internet? Dapatkannya!

http://clickbank.rajaadsense.com

Bertindak segera kerana harganya mungkin akan dinaikan lagi selepas ini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Dispute Masalah besar dengan Paypal

Thursday, May 24th, 2007 |

Antara perkara yang menakutkan dengan Paypal adalah disputed. Saya pernah terkena sebanyak 3 kali. 2 kali dengan 2 orang buyer yang berniat jahat & untuk dpatkan ebook percuma dan satu lagi dengan Paypal sendiri.

Paypal pun dispute? Ha…nak tahu kenapa? Sebab ada buyer yang gunakan kad kredit palsu atau di curi. Paypal akan reverse balik duit & tengah mulakan penyiasatan. Apa yang membimbangkan saya adalah saya turut akan di caj.

2 Kes dahulu saya dah kehilangan hampir USD50. Kes kali ini saya tak tahu la.Sebelum ini ada kes phising dimana 2 orang mat salleh telah dicuri password paypal mereka dan pencuri itu telah membeli ebook raja adsense. Hampeh betul. Merosakkan nama baik Malaysia je. Yela,duit diorg digunakan untuk beli produk berbahasa Malaysia. Pastinya penjahat terbabit adalah dari Malaysia.

Sebab inilah Malaysia masih dikategorikan dalam negara paling banyak Fraud dan penipuan di internet.Apa nak jadi tah dengan. Nak kene ban dengan semua berkaitan perniagaan internet ke? sebeb segelintir penjahat, satu negara dapat nama buruk. Mereka menyalahkan Malaysia bukan penjahat tersebut. Efeknya akan terkena kepada kita semua.

Go Daddy, penjual domain names turut ban belian dari malaysia. Kenapa? Kerana fraud la..apa lagi. Mereka akan ban sesuka hati jika anda membeli domain dari mereka. Apatah lagi Clickbank…Terus tak buka buka dah kepada rakyat Malaysia.Kenapa semua ni terjadi? Salah siapa?

ps: sila download dan sebarkan Report internet Scam ye.Sedarkan semua rakyat malaysia.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Main Buka Tutup Plak Clickbank ni

Thursday, May 10th, 2007 |

Semalam saya lihat,Malaysia telah berada negara yang boleh mendaftar di sana.Hari ini dah tak boleh balik.pPelik Betul. malah kebanyakan negara Islam telah dibuang dan hanya tinggal Kuwait.

Memang sedikit kontroversi la.Ia seolah olah cuba menghalang mereka dari negara islam menyertai Clickbank. Takpe.kita tengok dahulu perkembangan perkara ini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan