Raja Adsense

Archive for the ‘Google Adwords’ Category

Prestasi Adwords Mei 2008

Thursday, May 22nd, 2008 |

Saya akan update perkembangan iklan adwords saya kot kat blog ni. Ini adalah statistik bagi mei sehingga hari ini iaitu 22hb Mei. Ia mempunyai 10 jualan.

mei stat

Bagi baris pertama ialah untuk Ebook Panduan Raja Adsense iaitu 4 jualan. Jadi disitu saya dah dapat RM200. Bagi bari kedua ialah untuk panduan iklan. Satu sales sahaja bernilai RM280. Baris ke tiga adalah untuk Panduan Adwords, jadi ia bernilai RM280 kerana setiap sales RM80 setiap satu. Baris ke 4 ialah Rahsia Penulis Ebook. 2 sales je jadi RM100.

Jadi daripada kempen Adwords, saya dah mendapat hanya RM860 dengan kos RM123.98 setakat ini. Seperti yang dijanjikan sekurang kurangnya 3 kali ganda keuntungan. Bulan ini saya untung 6 kali ganda. Okay la tu kan? Tak perlu tamak sangat. Sales kebanyakan usahawan internet agak slow.

Jadi untuk mengatasinya, pertingkatkan promosi. Itu sahaja penyelesaian fenomena sales menurun sejak krisis makanan dan barangan naik. Jika mereka yang dah kekurangan duit, tibalah masanya untuk anda meningkatkan pasif income anda untuk menampung perbelanjaan anda.

Untuk belajar cara bagaimana saya lakukan iklan di Google Adwords, Dapatkan Panduan Adwords! Jangan bazirkan wang anda untuk try and error bersendirian. Saya telah menguji teknik ini selama setahun dan saya perturunkannya di dalam panduan adwords.

Oh..Saya hanya targetkan pasaran Malaysia sahaja untuk akaun ini. Bagi pasaran antarabangsa,saya mempunyai akaun adwords yang lain. Jadi ia memudahkan saya memperbagaikan teknik Adwords. Jangan lupa ye dapatkan panduan adwords.

Rasanya ada ramai lagi yang lebih terer dan mendapat beribu ribu ringgit. Pasaran Malaysia sangat unik kerana ia bercampur baur dengan pelbagai ragam manusia yang agak sceptical dengan perniagaan internet. Jadi bagi saya, saya dah mencapai sesuatu dengan iklan Adwords yang menfokuskan pasaran Malaysia.

Selamat Maju Jaya!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Apakah MFA,Adsense Arbitrage,Smart Pricing dan Google Slap?

Wednesday, March 26th, 2008 |

Ada orang yang bertanya kepada saya pada post sebelum ini tentang semua istilah tersebut. Semua istilah tersebut berkaitan dengan Adsense dan Adwords. Saya huraikan satu persatu…

MFA
Ia bermaksud made for adsense. Ia adalah istilah khas bagi laman web yang dibina khas untuk adsense semata mata. Apa yang ada dipenuhi dengan kod adsense. Jadi disebabkan ia khas untuk adsense. Jadi klik pun kat adsense jela. Mereka yang buat ni adalah mereka yang sangat bergantung kepada adsense untuk mendapat duit.Mereka biasanya memfokuskan pada High Paying Keyword(HPK).

Adsense Arbitrage
Ia adalah teknik mengunakan PPC(pay per click) untuk MFA site. Jadi gunakan trafik daripada PPC untuk dapatkan klik pada Adsense.Mereka gunakan HPK, jadi klik pada Adsense lebih menguntungkan berbanding kos yang mereka keluarkan pada PPC. Ebook F2R milik ringgithit adalah mengunakan teknik ini…Beliau gunakan Yahoo Search Marketing(YSM) untuk menjana trafik ke laman web adsense.

Smart Pricing
Ini pula yang Google lakukan bagi mengatasi Adsense Arbitrage. Apa bila ia mengesan teknik ini, ia akan menurunkan nilai keyword  per klik yang  dapat dalam Adsense. Mereka mungkin hanya dapat 1 sen bagi keyword yang bernilai USD40.Apabila sesuatu laman web dikenakan smart pricing. Pendapatan adsense nya akan menurun mendadak sehingga ia boleh mencapai 1% ke 10% je daripada apa yang patut  publisher tu dapat.Kesan smart pricing akan dirasai selama beberapa minggu sehinggalah Google menilai kembali laman tersebut.Ia juga boleh dikenakan smart pricing selama lamanya…huhuhu

Google Slap
Istilah ini muncul apabila Google membuat polisi baru bagi melarang Adsense Arbitrage dilakukan di Google Adwords. Ini adalah kerana PPC Adwords menjana banyak traffik. Dahulunya ia menjadi sasaran untuk MFA site mengunakan kaedah Arbitrage. Sesiapa yang membuat Arbitrage dengan Adwords akan terkena apabila Google akan menukar CPC(cost per click) bagi setiap klik daripada 1 sen kepada USD10. Jadi mereka yang membuat Adsense Arbitrage dengan Google Adwords mengalami kerugian yang besar. Mereka terkena Google Slap(tamparan google) dan juga smart pricing.

Google juga telah menambah polisi dimana mereka yang membuat adsense Arbitrage di Google Adwords akan diban daripada program Google Adsense. Jadi mereka akan diban buat selamanya daripada program Google Adsense. Jadi ramai la yang dulu pendapatan beribu ribu dengan Adsense telah menjadi beratus ratus je.

Ini adalah kerana ramai yang terkena smart pricing dan sebagainya. Sebab itulah keluarnya Death of Adsense dulu…Ia mengemparkan seluruh dunia sehinggakan teknik pemasaran yang digunakan telah ditiru oleh ramai pakar dan jutawan internet. Scott Boulch kalo tak silap namanya.

Jadi itulah serba sedikit penerangan tentang istilah berkenaan. Senang je nak paham..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Tip Adwords: Pengunaan Redirect

Sunday, March 23rd, 2008 |

Ia adalah berkaitan dengan post sebelum ni yang saya ada nyatakan tentang polisi baru yang bakal Google aplikasikan pada program Google Adwords. Ia berkaitan dengan destination dan display url pada iklan.Bermula April ini, polisi ini akan digunakan.

Anda boleh lihat Guideline di sini.

Penggunaan redirect untuk tracking boleh digunakan. Ini adalah contoh yang google berikan:

Yang Dibenarkan,

  • Display URL: www.google.com/adwords
  • Destination URL: www.trackingurl.com/google123
  • Landing page URL: www.google.com

Tak Dibenarkan,

  • Display URL: www.google.com/adwords
  • Destination URL: www.trackingurl.com/google123
  • Landing page URL: www.trackingurl.com

Faham tak tu? Maknanya apa yang display mestilah sama dengan landing page yang kita buat. Untuk tracking,kita masih boleh gunakan url lain sebagai destination url. Kalo tak paham landing page, ia bermaksud url terakhir selepas anda klik url tersebut.

Sebagai contoh, saya saya iklankan PanduanIklan.com/Adwords sebagai display url(url yang nampak pada iklan). Saya boleh gunakan trackin software pada laman trackingaku.com/iklan (contoh je) untuk destination url. Lepas ke url tu, ia diredirect pula ke landing page (laman/url terakhir) iaitu PanduanIklan.com.

Rasa mcm berbelit pulak penerangan tu. Tak paham tanya la ye. Ilmu percuma untuk anda ni.

Nak lebih, dapatkan Panduan Adwords di http://www.panduanadwords.com

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Tip Adwords: Elakkan Perkataan Yang Ber”trademark”

Saturday, March 22nd, 2008 |

Entah betul ke tidak ayat tajuk tu.:P. Apa yang saya ingin tunjukkan ialah hari ini tentang penggunaan perkataan bertrademark seperti Google,Myspace,Wordpress,Yahoo dan banyak lagi perkataan yang berkaitan dengan laman web yang famous.

Saya pun terkena warning apabila saya mengunakan perkataan Wordpress dalam iklan adwords saya.Sebelum ni ok je.Tetiba baru baru,google bagi warning suruh tukar perkataan Wordpress kepada perkataan lain. Jadi mereka yang buat benda pasal wordpress,anda tidak boleh guna perkataan tu dah.

amara

Saya mempromosi affiliate berkenaan dengan theme wordpress. Jadi susah skit la nak promote pakai Adwords dah kalo wordpress related sebab tak sebut langsung dalam iklan.Jadi nak wat mcmana? Terpaksa la saya ubah balik jadi benda tak berkaitan. Ni yang susah pasal Adwords ni. Kalo benda ni terjadi,kita terpaksa follow la apa yang dia nak.

Satu lagi, bermula April kita tak leh guna redirect dah dalam iklan. Url yang display mestilah sama dengan url destination. Memang disadvantages kalo nak wat affiliate marketing sebab kita kena tunjukkan url affiliate tersebut. Nampaknya Google nak elakkan Affiliate marketeer guna Adwords agaknya dengan buat peraturan sebegini.Ni arahan dia:

Important Change to URL Policy Enforcement
Starting in April, display URLs for new ads will be required to match their destination / landing page URLs, without exception. Please adjust your URLs accordingly when creating new ads.

Jadi affiliate marketeer terpaksa buat satu landing page khas untuk affiliate. Jadi ia akan terus ke domain betul bukan redirect ke pape. Jadi kos untuk affiliate marketeer akan lebih tinggi la sebab kena beli domain & etc. Saya pun geram ni. Sebab saya kena update balik panduan adwords pasal benda ni.Baru 3 hari launch dah kena baiki ebook sebab peraturan berubah kat adwords.

Saya pun tak faham Google buat benda yang kontroversi macam ni.Sama la kes Adsense Arbitrage akan diban,MFA diban, Smart Pricing dan Google Slap. Saya kena fikirkan cara lain untuk mengatasi masalah peraturan baru ni. Tapi rasanya anda boleh gunakan Sub domain redirect kot sebab anda boleh masukkan display & destination url yang sama dalam iklan.

Saya pernah guna YSM untuk iklan produk, respon cukup menyedihkan menyebabkan saya lebih suka Adwords kalo promote pape. Kalo untuk Arbitrage tu okay la kot kalo dengan YSM. Tapi dengan Adwords jangan sesekali nak try. Nanti menangis tak berlagu plak kena ban.

Dapatkan Panduan Adwords di http://www.PanduanAdwords.com . Banyak yang akan pelajari nanti.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

RM1600 dalam masa beberapa minit!

Tuesday, February 5th, 2008 |

Fuh..Macam best je tajuk tu kan? Sebenarnya itu adalah iklan yang saya beli hari ini untuk Ebook baru saya nanti dalam Harian Metro nanti. Saya belum tentukan tarikh mula iklan sebab saya akan beri laluan kepada Pilihan Raya terlebih dahulu.Apa kena mengena politik dengan bisnes? Ia akan mempengaruhi minat untuk beli kerana ketika itu orang akan menumpukan perhatian kepada apa yang akan terjadi kepada negara kita…

Saya bersama Irwan Dahnil shopping iklan tadi.Iklan pun ada orang shopping.Habiskan duit je..Ops..Betul ke habis duit mcm tu? Sebenarnya tidak. Pengiklanan sebenarnya digunakan untuk branding dan mempromosikan produk mereka. Ketika ekspo pengiklanan adalah masa yang bagus untuk membeli dan menempah iklan kerana harga ia akan turun daripada rate sebenar.

Selain itu ada geran 50% daripada MeCD. Lagi jimat untuk kos pengiklanan. Biasanya kos untuk masuk TV ialah RM30,000 untuk 60 slot. Usahawan hanya perlu bayar RM15,000 dengan kos per slot adalah RM250. Kadar biasa 1 slot ialah RM800 kat Tv3. 1 slot maksudnya sekali keluar la. Percuma plak satu sesi interview kat MHI. Harga biasa untuk masuk MHI selama 10 minit ialah RM13,000!Maknanya usahawan membayar RM1,300 seminit untuk diinterview kat MHI.

Namun, kesannya untuk branding sangat besar jika masuk TV tu. Tapi bersediakah kalo nak masuk TV? Jika produk dah ready boleh la.Kalo tak, anda pasti tidak dapat menampung permintaan..

Bagi mereka yang ingin iklan, pastikan anda bersedia menyediakan stok yang sebanyak mungkin kerana permintaan akan diluar jangkaan. Mungkin juga, tiada permintaaan pada peringkat awal kerana kesan pengiklanan akan dirasai setelah 3 bulan anda konsisten iklan.

Saya menempah iklan besar skit kali ini.Bukan Iklan baris seperti sebelum ini. Pelaburan yang cukup besar kali ini kerana saya yakin dengan ebook saya pada kali ini. Target saya bukan sahaja usahawan online tapi juga usahawan offline sebab tu ada 5 ebook. Siapa kata info produk tidak laku di Malaysia? Saya pasti ramai yang sanggup keluarkan duit untuk memajukan perniagaan mereka.

Cukup dulu untuk buat masa sekarang. Saya sambung tulis ebook dulu ye…:)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan