Raja Adsense

Archive for the ‘Karenah’ Category

Mustahil Untuk Puaskan Hati Semua Orang

Wednesday, November 26th, 2008 |

Tiada suatu pun yang sempurna di dunia ini. Begitu juga kepuasan hati manusia. Ini lagi susah sebab kemahuan setiap orang adalah berlainan. Dalam menghasilkan produk digital,ia memang sukar & mungkin ada yang cop produk anda adalah “rubbish”.

Ini adalah cabaran perniagaan produk digital. Sesetengah orang mempunyai tahap IQ dan pengetahuan yang berlainan.Ada yang merasakan ia bukan tahap mereka & menganggap ianya “rubbish”. Ada pulak yang zero pengetahuan tentang perkara berkenaan & beranggapan ia cukup bagus & membantu.

Penyelesaiannya, perbaiki dari masa ke semasa. Ia mungkin tak sempurna, namun ia akan bertambah baik dari masa ke semasa.Ia tak mungkin dapat puaskan hati semua orang. Yang penting, dapatkan feedback daripada pelanggan anda. Biarkan mereka luahkan apa yang mereka ingin tahu.

Apa yang saya risau ialah golongan yang simpan dalam hati. Mereka tak puas hati, kita tanya diorang diamkan diri & mengata dari belakang. Golongan ini sukar dikesan sebab mereka diam. Saya risau golongan sebegini espcially produk baru. Saya biasanya akan tanya pendapat mereka, jika diam & tiada pertanyaan.Saya mungkin anda faham & boleh buat sendiri.

Jika beli ebook, tanya jika ada pertanyaan. Ia sebenarnya membantu bagi memperbaiki produk mereka. Jangan simpan dalam hati. Jika penjual berkenaan ingin benar benar membantu anda, mereka akan menjawab segala soalan anda. Sebab itulah harga ebook lebih mahal daripada buku.

Jika anda ingin jadi penjual ebook, jangan pulak takut akan cabaran ini. Ini adalah salah satu learning process yang akan anda hadapi. Jika pelanggan anda tidak tanya, anda yang bertanya kepada mereka. Itulah sebaiknya. Anda boleh gunakan autoresponder untuk membantu anda. Jadikannya automatik & memudahkan anda.

Banyak cabaran yang akan hadapi dan anggaplah ia satu proses pembelajaran yang berguna kepada anda.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Kena Paypal Dispute Lagi

Friday, October 31st, 2008 |

Kena paypal dispute pulak.Dah lama saya tak kena. Actually ada masalah download & saya pun telah pos CD kepada orang ni mengunakan pos ekspress. Ada tracking number,tapi sayangnya tracking pos ekpress hanya untuk 15 hari ni. Tarikh pembelian adalah pada 1 oktober 2008 iaitu pada hari raya. Dispute plak semalam pada 30hb Oktober. Saya telah emailkan link download pada 3hb Oktober.

paypal dispute

Jadi tracking number dah tak leh nak pakai walaupun saya ada simpan semua tracking number tu. Jadi saya terpaksa gunakan transaksi email untuk dijadikan bukti yang dihantar kepada paypal. Tak tahu la samada ia diterima atau tak. Ini yang tak best tentang paypal. Harap bukti diterima dan kes selesai.

Seller susah nak menang dalam kes dispute.Kalo  ada tracking number pos ekspress mungkin peluang menang lebih besar. Tunggu jela. Saya mungkin akan dikenakan caj sehingga USD30 disebabkan orang menyusahkan macam ni. Bagi kes dispute, seller yang kalah kena bayar kos open case tu.

Nama & alamat pun boleh bagi. Dispute adalah perkara yang paling tak suka kalo jual produk digital ni, lebih lebih lagi kalo dalam BM.Dalam dalam english, peluang cerah skit.

Tunggu jela keputusan paypal.

Jika anda pos barang, pastikan anda menyimpan rekod penghantaran seperti no.tracking. Gunakan syarikat pengangkutan yang mempunyai nombor tracking bagi produk yang anda hantar.

Inilah karenah pelanggan yang mungkin anda hadapi. Link download dah bagi, cd pun dah pos. Bila tracking number dan lupus dari sistem pos,dia dispute. Inilah karenah manusia kan? huhuhuhu

Penyelesaian lain ialah simpan rekod email walaupun bukti tu tak berapa kukuh. At least kita ada bukti yang kita dah hantar produk kepada orang tu.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Kejurujualan dan Broker

Tuesday, January 29th, 2008 |

Kejurujualan merupakan satu perkara sangat penting dalam perniagaan. Namun tak semua orang boleh menjadi penjual. Itu adalah hakikat. Saya boleh jadi penjual di internet, tetapi agak kurang bila dalam dunia sebenar. Teknik kejurujualan boleh dipelajari. Itulah yang saya ingin lakukan sekarang.

Apa yang saya ingin tekankan ialah sehebat mana pun jurujual pasti tidak dapat menjual semua benda. Mungkin ada segelintir yang cukup power sehingga boleh menjual aiskrim kepada orang eskimo tetapi jumlah mereka sangat sedikit. Kebanyakan jurujual akan fokus dalam bidang mereka. Seorang jurujual tak boleh sekejap nak jual kereta, sekejap nak jual tanah. Maklum lah Proton Saga baru cukup mendapat sambutan sekarang, mereka masih tidak boleh jual banyak benda dalam satu masa.

Kaedah Upsell mungkin membantu tetapi jika apa yang diupsell sangat berbeza daripada apa yang dijual pasti tidak akan berjaya. Jika jual kereta dan selepas itu upsell insurans ia boleh kerana ia berkaitan. Kereta di Malaysia diwajibkan mempunyai insurans. Namun, kalo jual kereta pastu upsell tanah, memang orang kata jurujual gila. Orang nak beli kereta dia offer tanah pulak.

Ia berlaian dengan broker. Broker atau orang tengah boleh jual mcm macam. Mereka hanya nak makan komisen semata mata. Ada projek A, cari orang nak dengan syarat komisen skit. Cerita kat broker lain, mereka pun sama. Sehingga la ada orang dapat projek tersebut. Mereka yang berjaya, dapat la komisen.

Saya dapati kat KL ni cukup ramai broker. Sembang mcam aku orang kaya, member datok, member menteri padahal duit takde.Mereka yang menjadi broker ni hidup agak tidak menentu, sentiasa mencari projek & sangat bergantung kepada orang lain. Apa yang bagusnya, mereka ada network yang ramai. Apa sahaja yang mereka sembangkan mereka akan alert.Tapi kebanyakannya, kosong la.:p. Itu adalah pemerhatian saya bila sertai perbincangan mereka. Mereka sentiasa berangan angan untuk dapat “Jackpot” dalam kerja broker.

Saya hanya memerhati je.Saya tak suka jadi broker. Saya lebih suka jika ada produk sendiri & tidak bergantung kepada orang lain. Kepuasan lebih tinggi jika anda mempunyai produk sendiri. Anda boleh hidup walaupun takde projek & langsung tidak bergantung kepada orang lain.

Namun, di dunia nyata.Kita pasti akan bertemu golongan broker& penjual ini. Saya just join mereka tapi tak nak jadi broker. Hanya sekadar berkawan. Apa yang baik kita jadikan panduan, yang tak baik kita jadikan sempadan. Semalam saya ada sertai satu perbincangan broker kat hotel berdekatan KL Sentral…

Ada satu perkara yang menyebabkan saya tak nak ikut perbincangan kedua pada malam tersebut disebabkan oleh seorang broker ni. Macam macam jenis manusia ada kat dunia ni. Saya tengok satu perangai buruk broker. Nasib baik saya ikut pun just untuk teman kawan.Mau je nak sound.Mulut dah rasa ringan je.Nasib baik tak terkeluar.:P

Ini adalah pandangan saya je. Mungkin anda lebih banyak pengalaman…Betul tak?

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Koleksi Karenah Pelanggan

Thursday, January 17th, 2008 |

Kat WangCyber ada topik pasal koleksi Karenah pelanggan yang pernah dihadapi oleh usahawan internet.Ramai la yang menceritakan pengalaman masing masing termasuk saya. RajaAdsense.com kini dah hampir 2 tahun, lagi 3 bulan saya kena renew balik la Domain RajaAdsense ni. Jangan risau sebab saya biasa renew awal.Bukan macam Advertlets tu…

Ini adalah antara koleksi pengalaman saya dengan pelbagai karenah pelanggan.

1.Tak tau beza ebook & buku…Dah banyak sangat dah kena. Ada jugak yang kol tanya kat kedai mana ada jual buku..huhuhuh

2. Bayar dengan paypal, lepas tu minta link download sedangkan dh leh dapat terus lepas bayar. Malah ada yang sampai saya sent link download lebih dari 7 kali.Buang karen betul.

3.Minta refund, dah refund..pastu dispute dengan paypal.oh..

4. Nak jumpa, p la jumpa sebab nak bayar cash.Siap mintak diskaun lagi.Nasib baik ebook…

5.Beli ebook,dia nak tahu semuanya dari A-Z & jadi expert dari saya.Buat separuh jalan..tak leh buat blog..maki maki & minta refund. Saya refund je sbb tak nak pening kepala dengan customer mcm tu.Kalo perasan,ada dia bising kat forum saya.

6.Beli ebook, 4 hari lepas tu bising tak dapat income pape dari Adsense.Saya terus refund & cakap kat dia.Dia tak sesuai dengan adsense.

7.Email kat saya, mintak ebook secara percuma.Kalo dia dah berjaya baru bayar.

8.Beli ebook bulan Januari 2007, pada Disember 2007 minta refund. Saya buat tak layan je.Polisi saya refund dalam masa 30hari, bukan 1 tahun.

9.Beli ebook guna pos. Ebook lambat sampai,dia hantar surat jugak bagitau ebook tak dapat. Camana la nak buat duit di internet kalo tak reti guna email.Kusut kepala den..

10. Bulan 7 beli ebook, bulan 10 dok asyik email saya tanya pasal meta tag nak sumbat kat mana. Orang dah sampai ke angkasa dah..takpe la slow learner..huhuhu

11.Beli ebook.pastu nak personal coaching kat rumah dia.

12.Hantar surat tanya pasal adsense & internet biz. Dia bagi address & setem 20sen suruh saya reply. Sampai sekarang saya tak reply lagi.Kalo dia email dah lama saya reply.

13.Beli ebook, pastu nak saya buatkan laman web untuk dia…Kalo dia bayar takpe jugak kalo saya buatkan.Mengarah mcm mcm.

14.Email saya cakap dia ada masalah kewangan, nak kawin 2 bulan lagi.Biz rugi. Minta duit untuk makan…ohh..

15.Orang indon email nak ebook free. Dia nak buat laman web adsense untuk fakulti kat universitas dia..:P. dalam hati takkan universiti takde duit nak bayar untuk develop laman web.Macam macam..

16.Isi borang pengesahan bayaran PenulisEbook.com, lepas tu cakap nak ebook RajaAdsense.com.sedangkan saya dah hantar link download semua tu.

Ada yang lawak pun ada. Buat mereka yang baru dalam perniagaan internet, jangan cepat mengalah dan melatah. Jika ini terjadi kepada anda. Hadapi dengan bijaksana. Ini adalah asam garam dalam perniagaan. Tak semuanya indah.Ada jugak  bahagian pahit disebalik kemanisan.

Jangan jadikan ia sebagai halangan untuk anda berjaya.

Salam Usahawan!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Teknik Pemasaran Affiliate Paling Terkenal Di Malaysia

Thursday, November 8th, 2007 |

Nak tau tak teknik pemasaran Affiliate paling famous kat Malaysia. Nama dia SPAM. Tula teknik paling famous. Saya just delete spam email lebih kurang 1800 email yang menerjah email gmail saya. Macam macam la dipromote. Bila makin terdesak nak cari duit lebih mula la guna cara tu.

Saya pernah try email extractor tu.Saya test ke domain saya & dia kutip email saya semua. Walaupun saya guna javascript untuk paparkan email saya. Tak tau la mcam mana dia boleh baca javascript jugak.Dengan javascript saya asingkan domain dan akaun email saya. Tapi dia boleh curi jugak la.

Terpaksa la delete beribu ribu email spam setiap hari. Saya terpaksa check jugak email spam tu takut ada email customer yang termasuk spam. Sebabkan banyak sangat spam, sampai spam guard pun dah terkeliru ianya spam atau tak. Sebab tu ada email yang teramasuk dalam bulk email/ spam.

Tak rasa menyampah ke bile banyak email promote mcam macam ke email anda semua? Kalo saya rajin,saya reply la. Bagi la sepatah dua “motivasi” dari saya. Tapi still buat lagi. Memang tak makan saman betul la. Kalo nak gempak senang je. Buat stail kat US, saman orang spam. Baru la orang tak berani nak spam.

Secanggih mana pun teknologi pasti ada kelemahan. Memang ada cara boleh elakkan dari SPAM ACT. Tapi sampai bila boleh lari. Saya cukup menyampah bila ada orang cakap ada cara nak elak dikategorikan spam dengan letak arahan remove kat hujung email dia.

Kalo nak buat email marketing, kumpul la elok elok email yang lawat laman web kita. Ni tidak, guna software curi email & broadcast banyak banyak. Sampaikan terpaksa habiskan 10 ke 20 minit just untuk delete spam. Kalo ikutkan hati, nak je clearkan terus. Tapi takut ada email penting yang terbabas dalam spam tu, terpaksa la belek page by page sebelum delete.

Jadi rutin harian plak delete email spam. Mungkin diorang dah terdesak sangat nak cari duit sampai spam beribu ribu email setiap hari dengan harapan adala yang tersangkut & beli apa yang dia promote tu. Skim cepat kayap mcm force matrik, skim bertingkat dan seangkatan dengannya guna kaedah yang sama.

Jadi teknik ni macam diiktiraf plak.Dah la dikomersilkan. Dijual dengan harga RM2000 satu perisian spam.

p/s: Ada jugak siap wat cabutan bertuah Motosikal, Perodua ViVa dan Toyota Vios baru untuk tarik orang. patutla ahli dia dok spam sungguh sungguh.Nak dapatkan keta..huhuhu.

p/p/s: Saya tengok ada satu site yang aktif develop laman web & sistem dia… Nama dia Jaguh…Kebanyakan yang ada autospill over la, sistem matrik 7 lapis la,kebanyakannya jaguh tu yang develop.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan