Web 2.0.. Anda tahu?
Tuesday, April 24th, 2007 |Tadi saya ada menerima panggilan daripada satu syarikat yang membuat survey tentang pengendali Web 2.0 di Malaysia. Saya dah lupa nama syarikat tersebut. Mereka telah melayari salah satu site saya yang mempunyai konsep Web 2.0 iaitu Malaysia Story.
Ketika itu tengah blur kerana tertido di hadapan laptop saya.Entah mcmane boleh tertido..huhuhu.
Sebenarnya konsep Web 2.0 adalah salah satu cara menarik pelawat ke laman web anda. Web 2.0 seperti Youtube,Stumble Upon dan sebagainya sememangnya menarik minat pelawat ke laman web mereka. Namun tak ramai lagi dari rakyat Malaysia yang mengunakan Konsep Web 2.0 ini.
YouTube telah dibeli oleh Google dengan harga 1.64 Bilion. Ada ura² eBay berminat dengan Stumble Upon. Syarikat² besar seperti Google,Ebay dan Yahoo sekarang gemar mengambil alih laman web seperti Youtube dan sebagainya kerana ia mempunyai trafik yang banyak. Walaupun Google telah pun mempunyai Google Video,namun mereka tetap membeli Youtube kerana kuatir ia menjadi saingan kepada servis yang ditawarkan oleh mereka. Jalan terbaik dengan menjadikan pesaing sebagai produk sendiri.
Syarikat² besar ini berlumba lumba dalam mengambil alih laman web yang unik dan mempunyai ramai pelawat seperti Blogger (Google), Youtube(Google), Flikr(Yahoo), Paypal(eBay) dan sebagainya.Kesemuanya menawarkan perkhidmatan percuma. Mungkin anda mempunyai laman web yang menawarkan servis yang unik secara percuma, laman web anda mungkin akan diambil alih dengan syarat ia mempunyai ramai pelawat.
Anda boleh submit link artikel anda ke site ini. Ia merupakan salah satu cara untuk mendapat link dari site ini. Ia adalah PR 3 dan mendapat kira kira 300 unik visitor setiap hari.
Link: MalaysiaStory.netÂ
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


