Archive for the ‘Motivasi’ Category
Tuesday, August 12th, 2008 |
Kenapa? Cuba anda tanya diri anda kenapa anda masih belum berjaya buat duit 1 sen pun di internet? Kalo mereka yang dah berjaya tu, tahniah. Bagi yang belum berjaya… apa jawapan anda? Saya mempunyai jawapan untuk soalan ini.
Biasanya Smartzul yang sering menulis tentang motivasi perniagaan internet, saya hanya selingan je ni kot. Saya nyatakan sebabnya kenapa anda gagal…
1. Sindrom Malas
Ia merupakan penyakit yang merbahaya. Ramai juga newbie yang mengalami sindrom ni. Mereka malas untuk bertanya. Mereka malas untuk belajar dan memahami bahasa inggeris. Mereka malas untuk berusaha.Ia merupakan sikap boleh merosakkan diri mereka sendiri. Bukan sahaja untuk diri malah keluarga mereka.
2. Tidak Berguru
Ini jenis yang merasakan mereka best dan serba tahu. Mereka merasakan mereka tak perlu berguru dengan sesiapa pun. Hati hati ya. Anda mungkin tersesat dan mungkin anda tidak akan mendapat apa apa di internet ni kecuali perlu membayar bil internet anda setiap bulan. Jadi cari guru untuk anda belajar dan bertanya.
3. Takut Gagal
Ada juga yang takutkan Gagal sehingga mereka tak mulakan sesuatu pun. Orang suruh beli ebook, dia beli. Start? Belum start sampai sudah. Fobia dengan bahasa inggeris. Anda masih boleh berjaya jika fokuskan perniagaan anda di Malaysia. Malah saya pun banyak fokuskan perniagaan saya bagi pasaran Malaysia. 40% apa yang saya buat adalah GAGAL dan tidak menepati sasaran saya. Kegagalan akan mengajar kita…
4.Tidak Berusaha
Market malaysia memang unik. Mereka suka terjun dalam skim cepat kaya. Kebanyakan mereka mahu hidup senang tanpa perlu berusaha susah payah. Buat pengetahuan anda, kesemua IM Malaysia yang berjaya berusaha siang dan malam untuk menikmati kejayaan seperti hari ini. Ada yang tidur hanya beberapa jam sahaja. Berat badan pun naik. Kebanyakannya semakin “membulat”. Tak percaya tengok shuth, gobala, sabri(dah kurus ke), alang dan ramai lagi .:P. Jangan marah ye.
5. Kurang motivasi
Ini adalah jenis hangat hangat taik ayam. Mereka panas sekejap je.Lepas 2,3 hari try mereka terus putus asa dan mula menyalahkan orang lain. Ia berlaku dengan berleluasa. Ini akan menyebabkan anda akan terus takkan berjaya buat duit di internet walaupun satu sen pun. Motivasikan diri anda. Baca buku buku motivasi agar anda terus bermotivasi dalam apa jua yang anda lakukan.
6. Kurang Membaca
Ya.Anda mesti membaca. Tidak kira la buku atau ebook atau blog. Jangan hanya sekadar membaca blog politik je. Bacalah blog blog lain tentang motivasi dan perniagaan di internet. Rasanya dah banyak blog tentang perniagaan internet di Malaysia ni. Semua orang nak buat pasal perniagaan internet. Hasilnya ramai yang gagal kerana cuba meniru “otai” dalam perniagaan internet.
7.Suka meniru
Dalam buat duit dengan blog, pastikan anda mempunyai niche atau topik anda yang tersendiri. Bina keunikan anda sendiri. Jangan meniru blogger yang dah berjaya. Anda pasti gagal kerana orang pasti akan merujuk blog ‘otai” bukan blog anda. Jadi cipta niche anda yang tersendiri. Malah ada juga yang salin bulat bulat apa yang ditulis “otai otai” dalam bidang tertentu. Buat produk,blog,artikel anda sendiri. Jangan tiru atau pirate orang punye.
Baru ni pun ada yang cuba mempiratekan ebook saya. Tapi kes tu dah selesai dah.
Ini adalah antara 7 sebab anda tidak berjaya buat duit di internet. Cuba cermin diri anda, dimanakah silapnya sehinggakan anda tidak berjaya untuk buat duit di internet. Jika ada diatas, cuba ubah diri anda.Masih belum terlambat untuk anda untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya.
Jadi kenapa perlu risau. Belajar daripada kesilapan. Jangan ulang kesilapan yang sama. Jadikan esok lebih baik daripada semalam.
Selamat Maju Jaya!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Motivasi, Teguran | 12 Comments »
Wednesday, June 25th, 2008 |
Percaya atau tidak, tiada jalan pintas untuk berjaya dalam perniagaan internet. Saya mengambil masa selama hampir 2 tahun untuk mengalami dan mengkaji sendiri bagaimana perniagaan internet dijalankan. Malah saya pun pernah tertipu! Ya. Itulah adalah fakta. Saya pernah tertipu dengan segala macam perkara yang dikatakan “buat duit di internet”.
Tapi saya mengangap ia adalah satu learning process untuk saya lebih maju dan memahami konsep perniagaan internet yang sebenar. Dan tidak semua perniagaan internet yang saya lakukan berjaya. Jadi saya dapat memahami permintaan dan kemahuan market perniagaan tersebut.
Untuk mendapat pengalaman berkenaan, ianya tiada jalan pintas. Jika kita buat silap, perbaikinya. Jangan diulang lagi. Jika kita terbeli ebook yang hampeh, selepas ini kaji dulu sebelum membeli. Tetapi jangan jadikannya ia halangan untuk anda menambah ilmu.
Sesetengah orang mudah putus asa dengan membeli atau membaca satu ebook! Saya dah membaca ratusan ebook sejak 2004. Setelah 4 tahun, saya sudah memahami banyak perkara. Satu ebook sebenarnya tidak mencukupi kerana ilmu dalam perniagaan internet sangat besar. Anda tidak mungkin akan berjaya dengan hanya membaca satu buku.Setiap pakar dalam sesuatu bidang membaca sekurang kurangnya 100 buku dalam bidang mereka ceburi. Jika tidak cukup 100 buku, anda masih belum pakar. Saya sendiri belum mencapai 100 buku berkenaan. Tetapi dah 70 lebih kot buku tentang perniagaan dan motivasi. Sekali lagi, jika anda membaca sekali sahaja buku berkenaan, anda tidak akan mendapat extract semua ilmu yang ada dalam buku berkenaan. Kita masih perlu membacanya beberapa kali untuk memahami sepenuhnya kandungan buku tersebut. Itupun pasti ada yang tertinggal.
Ingat tiada jalan pintas untuk berjaya! Anda tetap perlu bekerja keras untuk mencapai matlamat anda.
Tips Membeli Ebook:
Nasihat saya sebelum membeli ebook, pastikan penulis berkenaan berani menunjukkan wajah mereka dan nombor untuk dihubungi. Jangan beli jika mereka tidak berani untuk menunjukkan wajah mereka. Kemungkinan untuk penulis yang menyembunyikan wajah mereka berniat untuk menipu atau mengambil kesempatan diatas kealpaan andayang kekurang ilmu.
Pastikan juga terdapat nombor telefon untuk anda hubungi. Ini akan memudahkan anda untuk bertanya dan menunjukkan anda sedang berurusan dengan usahawan yang sebenar dan bukan penyamar. Anda boleh cuba untuk sms atau kol nombor berkenaan.
Ingat tiada jalan pintas. Anda perlu belajar dari kesilapan yang anda buat. Ini akan membuatkan anda menjadi usahawan yang pasti akan berjaya.
Teruskan membaca buku dan ebook. Ia akan menambahkan ilmu anda yang sedia ada.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Motivasi, Panduan, Perniagaan, Tips | 5 Comments »
Thursday, January 17th, 2008 |
Kat WangCyber ada topik pasal koleksi Karenah pelanggan yang pernah dihadapi oleh usahawan internet.Ramai la yang menceritakan pengalaman masing masing termasuk saya. RajaAdsense.com kini dah hampir 2 tahun, lagi 3 bulan saya kena renew balik la Domain RajaAdsense ni. Jangan risau sebab saya biasa renew awal.Bukan macam Advertlets tu…
Ini adalah antara koleksi pengalaman saya dengan pelbagai karenah pelanggan.
1.Tak tau beza ebook & buku…Dah banyak sangat dah kena. Ada jugak yang kol tanya kat kedai mana ada jual buku..huhuhuh
2. Bayar dengan paypal, lepas tu minta link download sedangkan dh leh dapat terus lepas bayar. Malah ada yang sampai saya sent link download lebih dari 7 kali.Buang karen betul.
3.Minta refund, dah refund..pastu dispute dengan paypal.oh..
4. Nak jumpa, p la jumpa sebab nak bayar cash.Siap mintak diskaun lagi.Nasib baik ebook…
5.Beli ebook,dia nak tahu semuanya dari A-Z & jadi expert dari saya.Buat separuh jalan..tak leh buat blog..maki maki & minta refund. Saya refund je sbb tak nak pening kepala dengan customer mcm tu.Kalo perasan,ada dia bising kat forum saya.
6.Beli ebook, 4 hari lepas tu bising tak dapat income pape dari Adsense.Saya terus refund & cakap kat dia.Dia tak sesuai dengan adsense.
7.Email kat saya, mintak ebook secara percuma.Kalo dia dah berjaya baru bayar.
8.Beli ebook bulan Januari 2007, pada Disember 2007 minta refund. Saya buat tak layan je.Polisi saya refund dalam masa 30hari, bukan 1 tahun.
9.Beli ebook guna pos. Ebook lambat sampai,dia hantar surat jugak bagitau ebook tak dapat. Camana la nak buat duit di internet kalo tak reti guna email.Kusut kepala den..
10. Bulan 7 beli ebook, bulan 10 dok asyik email saya tanya pasal meta tag nak sumbat kat mana. Orang dah sampai ke angkasa dah..takpe la slow learner..huhuhu
11.Beli ebook.pastu nak personal coaching kat rumah dia.
12.Hantar surat tanya pasal adsense & internet biz. Dia bagi address & setem 20sen suruh saya reply. Sampai sekarang saya tak reply lagi.Kalo dia email dah lama saya reply.
13.Beli ebook, pastu nak saya buatkan laman web untuk dia…Kalo dia bayar takpe jugak kalo saya buatkan.Mengarah mcm mcm.
14.Email saya cakap dia ada masalah kewangan, nak kawin 2 bulan lagi.Biz rugi. Minta duit untuk makan…ohh..
15.Orang indon email nak ebook free. Dia nak buat laman web adsense untuk fakulti kat universitas dia..:P. dalam hati takkan universiti takde duit nak bayar untuk develop laman web.Macam macam..
16.Isi borang pengesahan bayaran PenulisEbook.com, lepas tu cakap nak ebook RajaAdsense.com.sedangkan saya dah hantar link download semua tu.
Ada yang lawak pun ada. Buat mereka yang baru dalam perniagaan internet, jangan cepat mengalah dan melatah. Jika ini terjadi kepada anda. Hadapi dengan bijaksana. Ini adalah asam garam dalam perniagaan. Tak semuanya indah.Ada jugak bahagian pahit disebalik kemanisan.
Jangan jadikan ia sebagai halangan untuk anda berjaya.
Salam Usahawan!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Karenah, Motivasi, Teguran | 14 Comments »
Saturday, January 5th, 2008 |
Satu pertanyaan buat anda samada anda seorang yang berani atau tidak? Maksud saya, berani untuk gagal… Saya pernah jumpa dan bersembang dengan Billi Lim iaitu penulis buku “Berani Gagal” atau Dare to Fail yang famous tu. Kata beliau buku tersebut kini telah terjual lebih dari 4 juta salinan di seluruh asia tenggara.
Fuh..4 juta salinan tu. Caranya promosi dan pemasaran yang agresif ia tidak mustahil.Lagipun bukan di Malaysia sahaja.Cara yang digunakan juga lain daripada yang lain.Ketika orang bercerita tentang kejayaan,dia pulak bercerita tentang kegagalan. Namun,kegagalan tidak dapat dielakkan untuk berjaya. Tanya lah siapa yang sahaja yang berjaya, mereka pasti pernah merasa kegagalan sebelum mencapai kejayaan mereka.
Buat sesuatu kelainan. Trend sekarang ni media dah mula buat portal hiburan seperti Gua.Com.My dan Murai.com.my . Mungkin mereka dah sedar internet merupakan media paling berpotensi tinggi untuk hiburan dan perniagaan atau dengan ayat mudah perniagaan hiburan. Ia adalah gabungan hiburan+perniagaan.
Mereka akan bersaing sesama sendiri untuk menjadi portal hiburan online yang paling hot. Mereka dibelakangi oleh media yang besar.Jadi kos pengiklanan mereka pun besar. Jika Gua adalah dari Media Prima, manakala Murai dari Astro. Semua syarikat besar memayungi mereka. Kalo anda dapat bangunkan sesuatu yang bagus, mungkin kumpulan ini akan membeli laman web anda. Saya jangkakan mereka akan menjadi seperti Google dan Yahoo dimana mereka membeli syarikat yang berpotensi tinggi.
Ataupun anda bangunkan untuk komuniti antarabangsa lagi bagus. Mungkin ia menarik minat Google,Yahoo atau Ebay untuk membelinya.Tapi pastikan ia adalah unik dan digunakan secara meluas di internet. Siapa tahu anda mendapat satu jackpot dimana gergasi tersebut membeli laman web anda. Siapa tahu bukan?
Persoalannya, adakah anda berani untuk membuat kelainan? Mungkin orang boleh menerimanya atau ia akan menjadi satu projek yang gagal. Tapi ingat, kegagalan akan membantu anda bangkit kembali. Jangan mengangap kegagalan sebagai penamat. Malah usahawan berjaya pun pernah gagal.
p/s: Ada lagi yang tertukar saya dengan team saifulsham. Kami adalah individu yang berlainan. Bukan adik beradik atau pape.Tapi kami adalah sahabat dalam perniagaan internet.Saya kenal mereka,mereka kenal saya. 
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Keusahawanan, Motivasi, Panduan | 10 Comments »
Thursday, November 22nd, 2007 |
Buat mereka yang ingin berniaga tidak kiralah samada online atau offline. JUJUR adalah perkara yang penting. Mungkin ada yang mengatakan nanti ada yang tikam belakang plak kalo jujur sangat. Salah tu. Walaupun ada yang akan menipu,teruskan sikap jujur tersebut.
Orang Islam dahulu berjaya kerana mereka semua berniaga secara jujur.Ia menyebabkan orang membeli dari mereka tanpa rasa ragu ragu. Sales pun meningkat.Ia juga patut diamalkan oleh kita semua. Berterus terang jika ada yang tidak elok pada barangan anda.
Ebay.com bermula apabila owner dia jual barang rosak. Dia nyatakan barang tu rosak,namun ada jugak orang beli. Lepas tu dia terus kol kenapa orang tu beli walaupun dia nyatakan benda tu dah rosak.Rupanya pembeli adalah pengumpul barang rosak. Itulah bukti orang jujur pasti berjaya.
Anda jujur orang akan percayakan anda.Mereka tak kisah untuk berurusan dengan anda.Jika ada orang yang terbayar lebih, pulangkan kembali.Nyatakan kepada mereka bahawa mereka terlebih bayar & anda pulangkan duit lebih. Ia akan mengubah persepsi orang kepada anda.Mereka akan bercerita kepada orang bahawa anda jujur dalam perniagaan anda. Jadi lebih ramai orang akan membeli dari anda.
Saya harap semua usahawan internet jujur,takde yang menipu. Golongan penipu ini yang merosakkan industri yang cuba kita bangunkan.Orang dah mula sedar akan potensi perniagaan internet.

Access Internet Wireless Broadband saya kat rumah.
p/s:Gambar atas tu bila online kat rumah. Esok saya balik Terengganu kejap bagi menghadiri kenduri kawin anak sepupu saya. Maybe saya akan bawa PC saya kot.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita, Motivasi, Panduan | 7 Comments »