Archive for the ‘Panduan’ Category
Tuesday, September 1st, 2009 |
Selamat berpuasa semua. Saya langsung tak perasan saya tak update langsung blog ini bulan lepas. Dah masuk bulan September baru perasan tak update blog ni.Saya menulis di banyak blog, kadang kadang tak sempat untuk menulis bagi niche atau genre tertentu.
Saya menulis dalam beberapa niche di blog blog utama saya yang fokus untuk adsense. Jadi memang agak memeningkan kepada untuk membuat kajian sebelum menulis. Saya sebenarnya bukan seorang yang terer sangat dalam english malah banyak kali kena sound mat salleh sebab ayat tunggang terbalik. Tapi tak kisah la, at least ada visitor dan juga follower.
Jangan stress sangat jika english anda berterabur. Saya pun sama..
Kembali pada topik hari ini… Maxis 3g atau Celcom 3g.
Saya mengunakan kedua duanya perkhidmatan ini. Masing masing ada kelebih dan kelemahan masing masing.
Celcom 3G/Celcom Broadband
Harga-RM68
Speed=584KB
Ulasan saya: Speed memang slow. Untuk mereka yang gemarkan high speed internet.Mereka akan merasakan kelajuan ini memang slow. Ianya khas untuk penguna intenet yang moderate/sederhana. Biasanya hanya untuk menulis blog, email, chatting & etc yang biasa. Bagi mereka yang gemar layari youtube, ia sangat slow untuk anda.Kelebihannya, celcom mempunyai liputan yang agak luas.
Maxis 3G/Maxis Broadband
Harga=RM78 (promosi 1 tahun RM68)
Speed= 3.7MB
Ulasan saya: Saya baru 2 bulan mengunakan maxis 3g. Saya dapati ianya lebih laju berbanding dengan celcom broadband/celcom 3g. Kelemahan utama dengan Maxis 3g/Maxis Broadband ialah ia seringkali terputus atau disconnect. Apabila reconnect balik, pasti kita akan dibawa ke laman web maxis broadband. Kadang kadang bengang juga dengan keadaan sebegini.
Antara kedua dua perkhidmatan internet tanpa wayar ini, saya lebih sukakan maxis broadband. Perlu diingat kedua duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Ketika di perak saya memilih maxis broadband,jika di rumah saya di Terengganu, celcom broadband menjadi pilihan. Sebabnya coverage di kawasan kampung saya, maxis sangat slow tetapi celcom ok dengan 1 bar 3G.
Sebelum memilih antara kedua dua ini, pastikan kawasan anda samada mempunyai liputan 3G atau tidak. Jika tidak, ianya tidak sesuai.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Panduan | 10 Comments »
Saturday, November 22nd, 2008 |
Malaysia berada ditangga ke 9 di Asia bagi jumlah penguna internet. Lebih dari separuh penduduk Malaysia mengunakan internet. Syabas.

Vietnam mempunyai pengguna internet lebih ramai daripada malaysia.Malah negara kecil seperti Taiwan, masih mengatasi Malaysia. Bagi Indonesia, penduduknya ramai menjadi advantage.Tetapi jika dikira peratus mereka pasti kalah pada Malaysia.
Jadi, di internet anda mempunyai 14.9 Juta prospek yang mungkin membeli produk anda di internet. Generasi muda hari ini mula makin malas nak ke kedai. Saya ada lihat forum wangcyber dimana kebanyakannya gemar membeli buku di internet. Mereka tak belek buku pun sebagaimana kebanyakan orang yang ingin membaca sinopsis terlebih dahulu.
Mereka langsung tak memegang malah yakin bahawa penjual pasti akan menghantar buku yang elok kepada mereka. Jika transaksi pertama berjaya, mereka pasti akan membeli lagi. Lama kelamaan ia akan menjadi tabiat dan juga budaya generasi muda hari ini.
Bagi generasi lama dan sesetengah generasi muda, mereka tetap gemar untuk ke kedai. Mereka berasa lebih yakin dengan memegang buku dan membeli dengan orang sebenar di kedai. Mereka masih kurang yakin dengan keselamatan transaksi di internet disamping mereka sering digambarkan media terutama harian metro bahawa transaksi internet mudah ditipu dan tidak selamat.
Namun, semakin tahun semakin baik. Orang mula menerima internet sebagai salah satu cara untuk membeli belah.Ia menjimatkan masa dan kos.Biasanya di internet,barang boleh didapati dengan harga lebih murah berbanding di kedai.Ia adalah kerana biasanya ia dijual oleh penerbit sendiri.
Namun,jika anda mempunyai perniagaan. Anda boleh jadikan internet sebagai alternatif kepada jualan dikedai. Jika tidak tahu untuk membina laman web perniagaan, Niagakit adalah penyelesaiannya. Anda pilih nama domain yang anda hendak,segala pembangunan laman web ia akan dilakukan oleh mereka.
Apa yang perlu anda buat ialah tangkap gambar produk dan masukkan kedalam kedai online anda dan lakukan promosi. Ingat, perniagaan internet anda tidak akan berjaya jika anda tidak membuat sebarang promosi. Promosi yang paling mudah ialah dengan mengunakan ppc seperti google adwords. Anda boleh dapatkan Panduan Adwords untuk membantu anda kerana ia turut dilengkapi dengan video tutorial.
Jangan abaikan kekuatan dan potensi internet untuk perniagaan anda.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Keusahawanan, Panduan, Promosi | 7 Comments »
Friday, October 31st, 2008 |
Kena paypal dispute pulak.Dah lama saya tak kena. Actually ada masalah download & saya pun telah pos CD kepada orang ni mengunakan pos ekspress. Ada tracking number,tapi sayangnya tracking pos ekpress hanya untuk 15 hari ni. Tarikh pembelian adalah pada 1 oktober 2008 iaitu pada hari raya. Dispute plak semalam pada 30hb Oktober. Saya telah emailkan link download pada 3hb Oktober.

Jadi tracking number dah tak leh nak pakai walaupun saya ada simpan semua tracking number tu. Jadi saya terpaksa gunakan transaksi email untuk dijadikan bukti yang dihantar kepada paypal. Tak tahu la samada ia diterima atau tak. Ini yang tak best tentang paypal. Harap bukti diterima dan kes selesai.
Seller susah nak menang dalam kes dispute.Kalo ada tracking number pos ekspress mungkin peluang menang lebih besar. Tunggu jela. Saya mungkin akan dikenakan caj sehingga USD30 disebabkan orang menyusahkan macam ni. Bagi kes dispute, seller yang kalah kena bayar kos open case tu.
Nama & alamat pun boleh bagi. Dispute adalah perkara yang paling tak suka kalo jual produk digital ni, lebih lebih lagi kalo dalam BM.Dalam dalam english, peluang cerah skit.
Tunggu jela keputusan paypal.
Jika anda pos barang, pastikan anda menyimpan rekod penghantaran seperti no.tracking. Gunakan syarikat pengangkutan yang mempunyai nombor tracking bagi produk yang anda hantar.
Inilah karenah pelanggan yang mungkin anda hadapi. Link download dah bagi, cd pun dah pos. Bila tracking number dan lupus dari sistem pos,dia dispute. Inilah karenah manusia kan? huhuhuhu
Penyelesaian lain ialah simpan rekod email walaupun bukti tu tak berapa kukuh. At least kita ada bukti yang kita dah hantar produk kepada orang tu.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita, Karenah, Panduan | 4 Comments »
Sunday, October 26th, 2008 |
Pay per click atau PPC adalah antara pengiklanan yang saya gunakan secara tegar.Tegar? Yup saya gunakan secara tegar. Ia adalah untuk laman web jualan,affiliate & adsense. Yup adsense tapi bukan direct ye. Saya just guna ppc untuk capture email & lepas tu dibawa ke laman web adsense.
Money is the list! Itulah yang saya buat. Adsense arbitrage semata mata memang takkan berkesan dah. Yang penting sekali, email yang kita dapat kita boleh gunakan untuk menawarkan produk affiliate. Kesilapan newbie sekarang mereka tak mengumpul email & takut untuk melaburkan sedikit wang untuk membina laman web opt in.
Saya gunakan Google Adwords,Yahoo Search Marketing,MSN Adcenter dan Bidvertiser untuk ppc advertising saya. Saya kumpul dari zero! Semua usahawan internet pun macam tu. Jika anda tidak bertindak untuk mengumpul,sampai bila pun anda akan mengeluh “boleh la sham ada banyak list, boleh la buat beribu ribu sebulan”.
Saya mula dari kosong jugak. Saya pernah hilang kira kira 5000 list apabila autoresponder yang saya gunakan tutup tanpa sebarang notis. Ia terjadi 2 kali! Kali pertama saya gunakan autoresponder percuma iaitu autoresponder unlimited. Rupanya ia mampu menyimpan list pada jumlah tertentu kemudian semua hilang.Saya hilang hampir 2000 list ketika itu.
Saya pernah kehilangan 7000 list. Dan saya saya terpaksa mengumpul semula dari awal sehingga kini ia mempunyai lebih daripada 13,000 list. Jika tidak saya dah mempunyai 20,000 list dah kan? Kesilapan saya untuk tidak mengunakan autoresponder yang sesuai.List tu just untuk pasaran malaysia je.
Faktor kejayaan usahawan internet ialah repeated sales ataupun repeated visitor bagi mereka yang terlibat dalam adsense. Jadi adalah penting untuk meminta mereka opt in agar anda dapat bawa mereka kembali ke laman web anda dan terklik iklan adsense anda tu. Dan ianya boleh berlaku berulang ulang kali!
Cara tercepat untuk anda mengumpul list ialah dengan PPC advertising. Ada usahawan malaysia yang membuat pay per lead semata mata untuk mendapatkan list secara cepat. Ia bukannya free. Jadi jika ingin membina perniagaan, anda tetap memerlukan modal.
Langkah seterusnya selepas membina laman web adalah promosi untuk mendapatkan list. Saya berikan url untuk anda mencuba ppc ini.
p/s: CPC adalah Cost Per Click
Google Adwords
Url adalah http://www.google.com/adwords
Min CPC = RM0.01 atau USD0.01 (ia mengikut matawang ketika anda daftar akaun).
Ia adalah kepunyaan syarikat enjin carian gergasi iaitu Google Inc.
Yahoo Search Marketing
URL – http://searchmarketing.yahoo.com/
Min CPC = USD0.05
Ia adalah kepunyaan Yahoo! Inc. Enjin carian nombor 2.
MSN Adcenter
URL – http://adcenter.microsoft.com/
Min CPC= USD0.05
Ia adalah kepunyaan Microsoft. MSN juga merupakan enjin carian ke 3 terbesar dan laman web ke 4 paling popular di dunia.
Bidvertiser
URL – http://www.bidvertiser.com
Min CPC – USD0.05
Ia adalah kepunyaan Bpath LTD. Ia merupakan antara PPC yang mula mendapat tempat dikalangan usahawan internet.Anda akan diberikan percuma USD20 untuk mencuba iklan di Bidvertiser.
Ini adalah 4 ppc yang boleh anda gunakan. Anda boleh gunakan ppc lain seperti adbrite dan sebagainya. Saya tak biasa dengan yang lain. Saya hanya gunakan 4 ppc ini je setakat ni. Yang lain belum berminat untuk mencuba.
Semalam saya baru je kena pow USD30 oleh bidvertiser sebab saya tak paused campaign yang saya buat. Hati hati jika anda ingin mengunakan kredit percuma USD20 tu. Pastikan anda pause iklan anda sebelum kredit tu habis.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Google Adwords, Panduan, Pengiklanan | 5 Comments »
Tuesday, August 26th, 2008 |
Anda ada produk? Apa sahaja? Kereta? Insurans? Barang bundle? Semuanya boleh anda jual di internet! Boleh dikatakan selagi ia mempunyai permintaan. Selagi itulah anda boleh menjualnya. Beginilah perniagaan internet yang sebenarnya. Perniagaan internet bergantung kepada permintaan. Jangan jual jika ianya tiada permintaan.
Ia adalah sama seperti perniagaan konvensional. Anda perlu melakukan sedikit kajian tentang produk dan juga permintaan terhadap produk anda tersebut. Jangan syok sendiri. Ini adalah faktor kegagalan kebanyakan perniagaan internet yang sekarang ini. Kebanyakannnya syok sendiri dan menyangkakan ia mendapat sambutan yang mengalakkan di internet sedangkan ianya tidak mengalakkan pun.
Jadi sebelum memulakan perniagaan internet. Buat:
1.Kaji permintaan
2.Kaji target market anda – apa yang mereka mahukan
3.Kos – kos produk,kos penghantaran & kos lain
4.Undang Undang – adakah ianya produk bercukai bagi dihantar ke negara lain?Produk larangan negara berkenaan?
4 perkara ini anda perlu pastikan sebelum memulakan perniagaan. Jika anda mensasarkan hanya pasaran Malaysia, undang undang mungkin tiada masalah. Jangan pulak menjual barangan yang dilarang oleh undang undang ye. Jika tidak, anda akan terus masuk penjara terus.
Bagi penghantaran pula anda perlu pastikan curier yang berwibawa yang akan pastikan produk anda sampai kepada pembeli anda dalam masa yang ditetapkan. Pastikan mereka menguruskan produk anda dengan baik dan tidak merosakkan produk anda.
Pastikan kos yang yang berpatutan yang tidak akan merugikan anda. Anda tentukan samada kos penghantaran ditanggung oleh pihak anda atau pihak pembeli. Kebiasaannya kos penghantaran ditanggung pembeli. Anda boleh membuat kelainan dengan menawarkan kos penghantaran percuma & anda boleh masukkan dalam harga produk anda. Pastikan ianya berpatutan!
Selamat memulakan perniagaan internet anda. Saya gemarkan produk digital kerana ianya murah & menguntungkan untuk jangka masa yang panjang. Saya mungkin akan mengofflinekan produk digital nanti. Produk akan dimasukkan ke dalam CD dan produk akan diposkan ke rumah pembeli.
Sekarang dalam fasa percubaan.Saya test untuk megasales perkahwinan saya baru baru ini. Sebab itulah saya ada menawarkan 2 cara penghantaran produk iaitu download dan juga CD. Ada orang gemarkan dalam bentuk CD & ada yang mahu lebih cepat iaitu cara download. Dari situ, kita dapat mengenal tabiat pembeli anda!
Selamat Berjaya!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Panduan, Tips | 7 Comments »