Archive for the ‘Pelaburan’ Category
Sunday, June 10th, 2007 |
 Anda pernah mengalami situasi yang mengelirukan ini? Ada kalanya teringin untuk memiliki sesuatu tapi perlu berhutang.Hampir 100% orang mengalaminya benda ni. Nak belajar,kene hutang..Nak keta kena hutang..Nak rumah, kene hutang…Nak kawin pun ada yang berhutang..:P
Pengurusan kewangan merupakan perkara yang sangat penting.Anda perlu la seimbangkan diantara hutang,kamahuan dan keperluan.Hutang belajar dan rumah boleh dikatakan satu aset.Ia adalah satu keperluan.Malah nilainya akan terus meningkat dari masa ke semasa.Ia adalah hutang yang bagus untuk anda.
Aku nak beli keta ni la pastu beli keta ni..Tak sampai 2 tahun,nak beli kereta lain pulak. Ini pula kategori hutang tak bagus. Hutang menyusahkan diri namanya. Ia merugikan anda.Nilai kereta akan susut nilai.Makin lama ia semakin murah.Ia lebih kepada kemahuan berbanding keperluan.Namun ada kalanya ia boleh jadi keperluan jika ia sangat membantu anda dalam urusan anda sehari hari.
Telefon bimbit..Ada kalanya ia menjadi keperluan.Namun ada kalanya ia menjadi kemahuan buat mereka yang sering kali bertukar telefon bimbit. Asal keluar model baru je,mesti tukar.ikut trend la katakan.Padahal function dia pun tak tahu. Ia akan menjadi keperluan bagi komunikasi dan ketika kecemasan.kepada yang sering tukar telefon tu,insaf la. Jangan diikut sangat kemahuan a.k.a nafsu tu. Ia sebenarnya merugikan anda. telefon bimbit akan susut nilai yang banyak walaupun baru sehari anda guna..Tak percaya? Beli satu hanset,esoknya try p jual balik…berapa yang anda dapat?Paling banyak pun 80% dari harga yang anda beli semalam..
Anda seeloknya menumpukan kepada pembelian aset atau membuat hutang yang baik seperti hartanah,rumah dan sebagainya.Ia merupakan hutang yang baik dan akan membantu anda menyelesaikan hutang.Buat hutang untuk membayar hutang…Mcm gali lubang nak tutup lubang plak.:p. Silap langkah,boleh jatuh dalam lubang..Pastikan aset yang anda ingin beli mempunyai nilai tinggi pada masa akan datang.Antara faktornya ialah kawasan dan kedudukannya.Jadilah seorang pelabur yang bijak.
P/s:Sekarang ada expo hartanah bumiputera kat KL.Anda boleh usha².jika anda mampu,beli la..nilai hartanah biasanya akan meningkat kecuali kawasan banjir.:P
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Pelaburan, Tips | No Comments »
Sunday, May 20th, 2007 |
Isu berkenaan skim cepat kaya dan pelaburan masih belum reda. Saya baru sahaja mendapat tahu report Internet Scam telah dibaca oleh Ustaz Zaharuddin. Anda boleh lihat di Sini. Ini adalah antara yang ditulis oleh beliau:
Kajian Berkenaan Penipuan InternetÂ
Soalan
Apakah hukum ‘paid to clik’ (klik saja terus dapat duit), ‘paid to read email’ (baca email dapat duit), Paid to Surf ( lawat saja dapat duit), kemenangan loteri melalui email tanpa disertai dan banyak lagi.
Jawapan
Secara peribadi saya belum ingin mengkajinya kerana status kebenarannya masih diragui. Cuma kajian seorang graduan UUM ini mungkin dapat membantu untuk mengetahui status kebenaran atau tipunya semua ini. Walaupun penulis juga mempromosikan beberapa skim untuk dirinya, ia tidak bermakna kajiannya tidak terpakai secara automatik.
Apa yang saya harapkan adalah anda rajin membaca tulisan di bawah serta memikirkannya dengan waras. Saya tidak semestinya bersetuju dengan penulisannya, tetapi saya kira ada manfaat yang boleh dikongsikan melalui penulisan ini.
Ust zaharuddin
18 Mei 2007
Cuba buka kajian penulis ini di sini, KLIK DI TULISAN DI BAWAH
PENIPUAN DI INTERNET
Saya menulis report untuk hanya untuk teknik pemasaran viral untuk beberapa produk tempatan disamping memberi pendedahan kepada masyarakat tentang risiko dan apa dia penipuan internet yang terdapat didunia sekarang. Sebenarnya ada banyak lagi penipuan cuma tak larat nak tulis.:P
Saya tak tahu kenapa orang suka sangat guna perkataan “SKIM”. Buat pengetahuan mereka yang pertama kalinya melawat blog ini. Ia adalah bukan skim cepat kaya yang saya promote dalam tu.Ia adalah produk² usahawan internet malaysia ini. Seperti kata beliau, baca dan nilai dengan waras. Jangan membuta tuli.Anda dikurniakan akal untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk.
Ustaz Zaharudin juga telah menclearkan keadaan tentang Wangcyber.com yang disabitkan sebagai skim cepat kaya. Beliau ada menyelar pihak² yang mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian terperinci atau mungkin dari penulis sambilan yang ingin berita beliau diterbitkan walaupun tidak tahu langsung tentang perkara berkenaan. Ini adalah kerana kebanyakan yang disenaraikan tersebut adalah forum, tempat permbincangan bukan penganjur skim cepat kaya. Tak bertangungjawab langsung.
Jika anda belum membaca report yang saya tulis. Anda boleh download di sidebar blog ini.Jika anda ingin mengedarkanya..anda boleh gunakan url image seperti dibawah:
http://www.rajaadsense.com/scam.gif
dan url bagi download adalah
http://www.rajaadsense.com/Scam.zip
atau gunakan code ini:
<a href=”http://www.rajaadsense.com/Scam.zip” mce_href=”http://www.rajaadsense.com/Scam.zip” target=”_blank”><img src=”http://www.rajaadsense.com/scam.gif” mce_src=”http://www.rajaadsense.com/scam.gif” alt=”Penipuan Internet yang patut anda tahu” width=”150″ height=”230″ border=”0″ /></a>
Semoga lebih ramai mendapat manfaat dari tulisan yang tak seberapa ini. Ia adalah sedikit sumbangan saya terhadap isu terkini yang sedikit sebanyak menjejaskan reputasi perniagaan internet. Ramai orang keliru dan tidak tahu membezakan samada ia adalah benar atau tipu.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Pelaburan, Report, Scam | No Comments »
Thursday, May 17th, 2007 |
 Perkara Teknikal
Masa itu emas!Harap anda buang masa dengan perkara yang tidak berfaedah seperti terlalu menumpukan kepada perkara teknikal.Jika anda rasakan membuat sesuatu perkara mengambil masa yang banyak seperti membina laman web…Outsource je. Ia akan melambatkan kerja anda jika anda menumpukan banyak masa kepada perkara tersebut.
Ada ramai designer yang sanggup menolong anda dengan bayaran yang berpatutan. Jangan pula minta design percuma plak ye…Hargai masa mereka membuatnya untuk anda. Masa mereka pun emas. Ada banyak perkara yang perlu mereka lakukan.. Mereka bantu anda dan anda bantu mereka. Senang bukan?
 Program Tah Pape
Jangan buang masa promote program entah pape. Saya terpaksa delete lebih dari 100 promosi entah pape dari Google Group saya. Geram pun ada.Skit² sumbang la rm10, join la randomizor ni, join la wang r*****,join la surf dapat duit dan banyak la…yang promotenya adalah orang sama.Memang kaki spam betul.
Kebanyakan benda ni adalah scam dan skim cepat kaya. Kenapa la susah nak sedar orang melayu ni? Baru ni kerajaan melalui Majlis Mufti dan istihar bahawa pelaburan internet adalah haram. 2,3 hari lepas ada orang email saya yang cakap kawan dia ajak join satu program investment. Orang ni adalah anggota badan beruniform. Katanya kawan dia akan buka akaun egold untuk dia lepas dia bayar certain jumlah wang & dia bagu url laman web tersebut.
Apa lagi,kene cuci la dengan saya.Site tu dia cakap berpengkalan di Caribean (entah betul ke idak ejaan tu).Saya cek whois,ia didaftarkan di UK dan akan tamat pada 2008 dan didaftarkan pada Ogos 2006. Pada laman web dia,dia cakap mereka dah bertahun tahun buat pelaburan. Tapi sedangkan,laman web dia tak sampai satu tahun… Bodoh ke tidak kenyataan diorang?Kalo ada yang join tu lagi Bodoh!!!
Senang cerita, semua pelaburan internet adalah HARAM.
Maaf la ye..teremosi skit.Saya cukup geram kalo ada lagi orang Bodoh yang tak mengendahkan Fatwa & buat fatwa sendiri & ajak orang lain sekali. Kalo dia nak kene tipu lantak dia..Tapi jangan ajak orang sekali kene tipu.Orang susah akan jadi lebih susah dek tindakan orang bodoh tu.
Sila Download Report Penipuan Internet di Sini kalo nak tahu program apa yang menipu dan cuba menipu anda.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Pelaburan, Scam, Teguran | 7 Comments »
Wednesday, April 18th, 2007 |
Networking merupakan salah satu cara pemasaran yang sangat berkesan. Inilah kunci sebenar dalam multi level marketing. Namun kadangkala ia disalah gunakan oleh skim tertentu untuk meningkatkan lagi keuntungan mereka dengan mencipta skim cepat kaya berdasarkan konsep networking dan mlm.
Ini sedikit sebanyak merosakkan nama baik mlm itu sendiri. Dahulunya ia terkenal sebagai salah satu jalan untuk mencipta jalan kejayaan.Kini ramai mula memandang serong tentang mlm disebabkan mlm berasaskan skim cepat kaya. 3 cabang perniagaan paling berjaya didunia ialah mlm,insurans dan internet business. Dengan adanya penyagak skim cepat kaya, MLM dan internet business disalah ertikan sebagai skim cepat kaya.
Orang ramai mula keliru apakah itu MLM?..Apakah itu internet business?..Ini adalah kerana ada syariakat MLM yang mengaku sebagai internet business. Jika sesuatu berlaku,secara tidak langsung perniagaan internet agak turut sama terheret dalam masalah yang sama.
Disebabkan sikap orang kita yang mudah terpedaya dengan kejayaan orang.There are no success without hard work!!!. Ingatlah tiada kejayaan tanpa usaha. Tiada konsep perniagaan duduk diam dapat duit (4D). Kalo anda main tikam nombor/loteri 4D mungkin la.Tetapi mereka yang berjudi ni tiada pun yang kaya raya kecuali owner kasino tu sendiri. Yang berjudi tiada plak yang kaya. Tiada dalam sejarah orang paling kaya adalah dari penjudi kecuali jadi tokei tempat judi.
Jadi kenapa anda ingin memperjudikan wang anda pada pelaburan internet yang tidak tahu asal usulnya?
Dalam perniagaan networking adalah senjata yang paling ampuh. Tanpa networking banyak usahawan gulung tikar. Ini adalah kerana kita tidak dapat hidup tanpa kawan dan sahabat. Namun awas,carilah sahabat.Jika kawan ia hanya hadir ketika anda senang. Jika sahabat,mereka akan sentiasa bersama anda semasa susah ataupun senang.
Tadi saya ada bersembang dengan pak cik jual cendol di hadapan Mydin Mall Kuala Terengganu.Saya ada kisah untuk dikongi tentang pakcik jual cendol ini.Tunggu post akan datang la ye..Tunggu….
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Keusahawanan, Pelaburan, Scam, Teguran | 4 Comments »
Saturday, April 14th, 2007 |
Saya sebenarnya geram.Baru je dalam paper kuar pasal pelaburan internet haram.Ada pulak yang promote skim ni kat Google Group saya..Ada pulak yang keluar “TAK Semua Pelaburan Tak Haram” .Saya sebenarnya dah pun jangka pasti ada yang pasti akan cuba menegakkan benang yang basah. Stupid punye orang la..Ini lah hardcore skim cepat kaya. Mereka mula kepanasan keran Majlis Mufti telah keluarkan fatwa bahawa apa yang mereka usahakan sebenarnya HARAM.
Jangan salah paham dengan tajuk kali ni ye.hehehe..maaf ye saya guna perkataan hardcore..kalo baca kat majalah gempaq ia dimaksudkan dengan kipas susah mati. Dalam bahasa kurang ajarnye “anjing penyalak”..Sorry ye kalo keras skit kali ni..
Kenapa masih ada “anjing penyalak” ni? Eh mestilah. Pelaburan tu semua dah jadi darah daging mereka. Pasti mereka berjuang habis habisan walaupun dah tahu benda tu haram. Tapi kenapa?Sebab ada yang matanya telah ditutup dengan duit yang tak tahu dari mana asal usulnya.
Susah betul la kalo ada orang sebegini. Tapi saya tak pelik. Kat dunia ni ada bermacam macam manusia.Malah ada yang sanggup menipu untuk dapatkan duit. Jika iman seseorang itu kukuh pasti mereka pasti akan segera menjauhkan diri dari pelaburan internet ini.
Tetapi jika seseorang itu sememangnya kaki penipu,duit dari mana pun dia balun walaupun dari lubang najis. Inilah rupa sebenar manusia.Kalo yang join pelaburan internet dari agama lain,sayatak kisah la..Tapi dari kalangan orang Melayu Islam,ini yang cukup saya tak suka. Perosak agama dan bangsa.
Untuk pengetahuan semua Google groups saya adalah duit-dari-internet@googlegroups..com
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita, Pelaburan, Scam, Teguran | No Comments »