Raja Adsense

Archive for the ‘Pemasaran’ Category

Subsidi Dalam Pengiklanan Pun Ada

Wednesday, May 14th, 2008 |

Sebenarnya terdapat kemudahan untuk pengiklanan yang disediakan oleh kerajaan khususnya usahawan bumiputera. Terdapat beberapa geran yang disediakan oleh Mecd dan juga MARA untuk kemudahan usahawan. Antara organisasi yang menyediakan geran untuk usahawan ialah MeCD,Mara,SIRIM,MDEC,SMIDEC dan banyak lagi.

Saya setakat ni guna geran dari MeCD.Ia boleh didapati ketika ekspo pengiklanan MeCD. Kementerian support 50% daripada kos iklan yang kita beli.

Cuma ia tidak diketahui umum.Apabila dinamakan geran, anda tidak perlu membayar kembali duit berkenaan. Ia bukanlah pinjaman yang perlu anda bayar kembali. Namun, terdapat kriteria tertentu yang membolehkan anda mendapat geran tersebut. Bukan sembarangan je diorang bagi.

Jadi anda perlu menepati syarat dan juga tapisan oleh beberapa organisasi sebelum mendapat geran tersebut. Jika dengan Mara, hanya perlu berdepan dengan karenah staff mara je. Kalo untuk organisasi lain, anda memerlukan melepasi syarat tapisan dan juga temuduga bagi mendapat geran tersebut. Jika MARA ia khas untuk bumiputera. Jika organisasi lain seperti MDEC,SMIDEC,SIRIM..Ia perlu melepasi beberapa siri tapisan.

Jika idea atau produk anda tidak cukup bagus, mereka tidak akan memberinya. Ini adalah untuk mengelakkan sesetengah orang menyalahgunakan geran tersebut.Sape tak nak duit free.Bukan skit plak tu. Ratus ribu..

Irwan ada cerita skit pasal geran pengiklanan dengan MARA. Saya tak biasa panjat Mara,jadi tak pernah tanya pulak. Insyaallah saya akan menyertai satu seminar perundingan perniagaan mara.Maybe say akan tanya skit kat orang MARA.

Yang pasti,tak nak jadi Penghulu dah dalam kursus MARA. Ada bad experience skit. Saya terlupa nama timbalan pengarah mara ketika beri ucapan menyebabkan saya terlupa skrip ucapan saya.huhuhu.. Malu bangat. Mesti dia ingat lagi kat saya kalo dia rasmikan lagi program tu. :P

Saya nak jadi low profile skit kot dalam kursus kali ni. Sebelum agak aktif jugak la. Belajar dari kesilapan. Pasni akan ku ingat sampai bila bila nama VIP yang rasmikan majlis. Saya sebenarnya bukan selalu ke MARA,tak pernah mintak pape pun lagi dari MARA.

Lupa pulak,sebelum ni saya ke kursus MARA diatas sponsor Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu. Saya lama  tak muncul kat sana kot,diorang ingat saya tak pergi. Nanti saya muncul la kat YPU sekejap esok. :P Lagipun saya jarang berada di Terengganu,tu yang susah skit nak ke YPU.Ada member kat dalam tu,biasanya kalo ada pape program dia hantar borang kat umah. Dia tau saya kat KL,tak hantar la.

Cari ilmu banyak banyak. Secara tak langsung, kita bina networking. Usahawan internet bukan hanya sembunyi muka je. Kena la muncul & tunjuk muka skit. Saya ada letakkan gambar tentang Seminar Jomseminar yang saya sertai sabtu lepas.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Video Raja Adsense apa cerita?

Saturday, March 29th, 2008 |

Ada pelanggan lama masih tertanya tanya bilakan mereka akan mendapat Video Raja Adsense..Sebenarnya ia telah pun saya berikan kepada pelanggan baru  berumula januari 2008. Namun, ia mendapat feedback yang cukup memberansangkan setakat ini.

Perlu bayar tak? Tak perlu.Saya berikan percuma kepada pembeli ebook raja adsense. Bila saya akan full release?….Nak tau kan? Ia akan saya release pada ulang  tahun ke dua RajaAdsense.com pada 30 April nanti. Sales letter pun akan mengalami perubahan rupa.

Ia merupakan perancangan saya sebenarnya. Saya sebenarnya boleh release video Raja Adsense dah lama dah. Tetapi saya ingin siapkan “kembar” RajaAdsense.com iaitu PanduanAdwords.com terlebih dahulu.

Dalam perancangan pembangunan produk saya,saya mempunyai “product chain” dan “marketing chain”. Saya akan mengikut niche apa yang saya mahukan sehinggakan ia siap meliputi topik berkenaan. Niche pengiklanan sangat besar. Dan pengiklanan merupakan sesuatu yang baru kepada usahawan malaysia.

Jadi ia menjadi tangungjawab kita untuk memberi pendedahan tentang kuasa pengiklanan. Ia disedari oleh syarikat besar. Namun,ia tidak disedari oleh usahawan kecil. Ini yang membantutkan pertumbuhan perniagaan kecil berkenaan.

Tidak percaya? Laman web cadar shop shuth & isteri mendapat sambutan mengila setelah artikel tentang isteri shuth keluar di Utusan dan MHI. Itu baru sedikit. Jika iklan betul betul,pasti shuth dan keluarga terpaksa mengaji orang untuk membantu mereka menguruskan perniagaan mereka.

Itulah kuasa pengiklanan.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

B2B atau B2C

Friday, March 28th, 2008 |

Masih ramai yang beranggapan (Business to Customer) B2C lebih menguntungkan. Sebenarnya pasaran yang lebih bagus ialah perniagaan berkonsepkan (Business to Business) B2B. Itu adalah perniagaan yang sebenarnya. B2B sebenarnya lebih besar pasarannya berbanding B2C.

Mungkin ada yang melihat customer atau golongan biasa ramai. Sudah tentu pasaran besar, sebenarnya ia kecil sahaja daripada pasaran sebenar. Kenapa? Sebagai contoh pengeluar Simen terbesar Malaysia iaitu YTL. Mereka tak mensasarkan orang biasa yang beli seguni dua. Mereka mensasarkan pasaran yang lebih besar iaitu syarikat besar buat bangunan. Dengan B2B, mereka lebih untung berbanding B2C.

Pasaran runcit pun sama. Untung pemborong lebih besar daripada peruncit! Pemborong mensasarkan B2B, mereka tidak menjualnya kepada pelanggan biasa kerana tidak menguntungkan berbanding kepada peruncit. Ini adalah antara perniagaan berasaskan B2B yang kita boleh nampak…

Lagi, perbankan dan kewangan mereka lebih untung servis kepada perniagaan atau B2B. Sebab itulah kenapa kita hanya fokus kepada B2C sedangkan perniagaan B2B lebih menguntungkan. Sebab itulah produk saya akan lebih kepada B2B bermula tahun ini. Ebook RajaAdsense.com dan PenulisEbook.com adalah berkongsepkan B2C. Ia mensasarkan pelanggan biasa. Jadi harganya saya hanya letak RM50. Ini adalah kerana mereka tidak mampu untuk lebih mahal daripada itu.

Ia berlainan dengan PanduanAdwords.com dan PanduanIklan.com yang akan mensasarkan B2B. Hanya usahawan yang disasarkan. Ia bukannya orang biasa. Jadi jika anda bukan seorang usahawan tidak perlu lah membelinya kerana ia tidak berkaitan dengan anda. Kenapa bazirkan kepada perkara yang anda tidak gunakan?

Anda boleh lihat pricing yang saya lakukan untuk B2B lebih tinggi berbanding B2C. Sebab ia adalah perkhidmatan perniagaan. Sebab pricing ini juga jualan tidak la sehangat produk B2C. Saya hanya mendapat RM2K lebih dalam masa 3 hari sahaja. Tetapi ia berbaloi kerana walaupun jualan kurang,tetapi harganya tinggi menyebabkan ia seimbang.

Faktor lain ialah kerana saya belum mengiklankan kepada market sebenar produk ini. Apabila ia sudah diiklan di akhbar dan majalah. Ia akan menjadi suatu perkara yang berlainan. Ini adalah kerana dalam pengiklanan anda perlu iklankan pada pasaran yang betul barulah ada respon.

Sebagai contoh anda membuat perkhidmatan perkahwinan.Jadi tempat yang sesuai ialah di majalah yang berasaskan perkahwinan. Anda boleh tawarkan samada ia khidmat B2C atau B2B. Jangan iklankan ditempat yang salah kerana mereka tidak berminat dengan apa yang anda iklan. Tak sesuailah benda tentang nikah kahwin anda iklankan di majalah kereta.

Jika anda inginkan untung yang besar, B2b adalah model perniagaan yang terbaik untuk anda ceburi. Namun, anda memerlukan idea yang bagus dan strategi pemasaran yang betul. Anda juga memerlukan perancangan yang teliti agar  tidak tersilap langkah.

Pengiklanan adalah niche yang sangat besar dan berpotensi besar. Sebab itulah saya ingin mempelopori bidang ini. Telah ada agensi pengiklanan. Tetapi pasaran cukup besar. Ia tidak terkesan pun. Lagipun permintaan terhadap pengiklanan sentiasa ada. Ya..Sentiasa ada..

Jika anda ada idea dan ingin JV dengan saya. No problem.Saya mengalu alukannya. Ini adalah kerana niche pengiklanan sangat besar. Saya tak mampu untuk “makan” sorang sorang. Lebih baik saya kongsikan kepada yang berminat..

Tadi, saya ada menerima panggilan daripada seseorang,dia cakap dia lebih percayakan produk yang tidak mempunyai affiliate. beliau mahukan ebook yang mengajar betul betul bukannya umum.Saya pun cakap la panduan adwords adalah ebook teknikal.Takdenya bercerita tentang perkara umum.

Saya tidak akan komen tentang perkara diatas kerana setiap orang mempunyai pendirian dan pendapat masing masing. Affiliate pun merupakan sejenis kaedah pengiklanan.

Tentang panduan adwords, ia adalah ebook teknikal. Tetapi ia adalah asas.Saya dalam proses menyiapkan video tutorial. Video penerangan yang spontan saya telah pun letakkan pada Sales letter PanduanAdwords.com. Anda akan tergelak rasanya.Tak pun tersenyum seorang diri. Itupun banyak saya potong sebab terlalu merapu.

Video tutorial juga saya akan buat secara spontan.Saya takkan gunakan script apa apa.Itu yang akan membuatkannya ia unik. :p

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

RM1600 dalam masa beberapa minit!

Tuesday, February 5th, 2008 |

Fuh..Macam best je tajuk tu kan? Sebenarnya itu adalah iklan yang saya beli hari ini untuk Ebook baru saya nanti dalam Harian Metro nanti. Saya belum tentukan tarikh mula iklan sebab saya akan beri laluan kepada Pilihan Raya terlebih dahulu.Apa kena mengena politik dengan bisnes? Ia akan mempengaruhi minat untuk beli kerana ketika itu orang akan menumpukan perhatian kepada apa yang akan terjadi kepada negara kita…

Saya bersama Irwan Dahnil shopping iklan tadi.Iklan pun ada orang shopping.Habiskan duit je..Ops..Betul ke habis duit mcm tu? Sebenarnya tidak. Pengiklanan sebenarnya digunakan untuk branding dan mempromosikan produk mereka. Ketika ekspo pengiklanan adalah masa yang bagus untuk membeli dan menempah iklan kerana harga ia akan turun daripada rate sebenar.

Selain itu ada geran 50% daripada MeCD. Lagi jimat untuk kos pengiklanan. Biasanya kos untuk masuk TV ialah RM30,000 untuk 60 slot. Usahawan hanya perlu bayar RM15,000 dengan kos per slot adalah RM250. Kadar biasa 1 slot ialah RM800 kat Tv3. 1 slot maksudnya sekali keluar la. Percuma plak satu sesi interview kat MHI. Harga biasa untuk masuk MHI selama 10 minit ialah RM13,000!Maknanya usahawan membayar RM1,300 seminit untuk diinterview kat MHI.

Namun, kesannya untuk branding sangat besar jika masuk TV tu. Tapi bersediakah kalo nak masuk TV? Jika produk dah ready boleh la.Kalo tak, anda pasti tidak dapat menampung permintaan..

Bagi mereka yang ingin iklan, pastikan anda bersedia menyediakan stok yang sebanyak mungkin kerana permintaan akan diluar jangkaan. Mungkin juga, tiada permintaaan pada peringkat awal kerana kesan pengiklanan akan dirasai setelah 3 bulan anda konsisten iklan.

Saya menempah iklan besar skit kali ini.Bukan Iklan baris seperti sebelum ini. Pelaburan yang cukup besar kali ini kerana saya yakin dengan ebook saya pada kali ini. Target saya bukan sahaja usahawan online tapi juga usahawan offline sebab tu ada 5 ebook. Siapa kata info produk tidak laku di Malaysia? Saya pasti ramai yang sanggup keluarkan duit untuk memajukan perniagaan mereka.

Cukup dulu untuk buat masa sekarang. Saya sambung tulis ebook dulu ye…:)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Panduan Asas Google Adwords

Friday, February 1st, 2008 |

Panduan Asas google Adwords telah pun siap. Ia merupakan ebook pertama tentang asas Google Adwords di Malaysia kot sebab rasanya takde lain orang buat. Ia mempunyai 70 muka surat yang padat dengan gambar dan penerangan tentang Google Adwords. Apa yang anda akan pelajari ialah:

  1. Buka Akaun Adwords
  2. Tips Buka Akaun Adwords
  3. Bagaimana untuk buat iklan
  4. Caj dalam Adwords
  5. Tools Asas Adwords
  6. Kajian Keyword
  7. Iklan Keyword Targeted
  8. Iklan Placement Targeted
  9. Tips Iklan
  10. Tips Keyword
  11. Kesalahan dalam Adwords

Ini adalah antara yang disentuh dalam ebook Asas Google Adwords ini. Seterusnya ada versi sambungan yang sedang ditulis sekarang dan insyaallah akan ada video tutorial. Bila saya akan release? Harga? Saya akan umumkan nanti dalam bulan Februari ini.

Camana ecover, laman web? Ia dirahsiakan buat sementara waktu. Saya akan mulakan pre- launch ebook ini nanti. Nantikan ebook tentang pengiklanan yang pertama dari saya. Setelah ebook Adword selesai, saya akan meneruskan ebook tentang pengiklanan yang lain pula. Seperti yang saya umumkan sebelum ini, tahun 2008 dan 2009 adalah niche saya adalah pengiklanan.

Domain names pulak apa? RajaAdwords ke? Munkin..hohohoh

Tunggu..Harga pengenalan akan diperkenalkan namun ia akan meningkat dari masa ke semasa kerana ia berkaitan pengiklanan. Ia bukan utk mereka yang tiada asas. Malah mereka perlu ada perniagaan. Jika tidak, nak iklan apa kan?

Para usahawan….. nantikan kemunculannya nanti…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan