Raja Adsense

Archive for the ‘Penulis Ebook’ Category

Jual Buku Terpakai, Tak boleh ke?

Saturday, March 1st, 2008 |

Ada satu isu dimana ada orang cakap tak boleh jual buku fizikal tanpa kebenaran kat WC…Erk..Apsal pulak tak boleh?Jangan terlalu terikat dengan peraturan perniagaan internet jual benda digital. Jika ebook, memang tak boleh. Kalo buku terpakai yang kita beli kat kedai tu. Ia dah jadi hak kita dah bile kita beli.

Jadi kalo nak jual balik lepas kita baca, takde masalah pun.Tak melanggar undang undang pun.Lain la kalo kita fotostat & kita jual.Yang tu salah la. Yang kelakarnya, ada yang atas pagar…Boleh kot?…Salah ke jual buku kembali…

No heart feeling ye…:p.Take it positively..

Apabila kita beli, harga yang kita bayar adalah termasuk keuntungan penerbit dan juga royalti penulis. Tentang royalti penulis pulak, diorang just dapat dalam rm3 je untuk satu buku yang terjual. Tapi kalo 30,000 buku terjual, banyak la kan? Best jugak jadi penulis buku mcm Irwan Dahnil, Shuth, Zamri Nanyan, Osman Affan,Team Saifulsham & yang paling saya respek of course Irfan Khairi. Mereka ni hanya Bro Zamri Nanyan yang saya tak pernah jumpa lagi.

Irwan Dahnil?Selalu sangat jumpa..hohoho..Shuth, rasanya 2 kali jumpa(selalu chat), Osman Affan saya jumpa beberapa kali pada berlainan majlis, Irfan Khairi saya jumpa beberapa kali jugak. Saifulsham jumpa sekali masa Konvensyen diorang tahun lepas.

Jika kat ebay, jual barang terpakai adalah tujuan utama ebay dibina & barang yang terjual kali pertama di Ebay adalah printer terpakai kalo tak silap saya. Sekarang ni, bukan setakat printer. Nak jual kapal selam terpakai, kereta kebal terpakai..semua boleh..Dan…Ia adalah salah satu perniagaan yang menguntungkan walaupun ia adalah terpakai.

Sebab tu, perniagaan kereta terpakai sekarang ni tumbuh bagai cendawan lepas ujan.Sebabnya,orang tak mampu beli yang baru.Diorang beli yang terpakai la.Tak bagus ke?Kadang kadang yang terpakai lebih bagus daripada yang baru.Kenapa? Tak percaya?Kereta lama kadang kadang cukup tahan lasak kecuali proton la..huhuhu

Kalo buku dalam bentuk ebook macamana pulak?Erk…Macamana tu yek?Sekarang ni kan banyak buku yang diebookkan…Jom kita bincang isu ni…Benda digital ni susah nak tentukan la.

Tapi kalo pendapat peribadi saya, ia tak boleh sebab ia ada hak cipta.Ia adalah ebook berbayar.Jadi hormati hak penulis. Tu adalah pendapat peribadi saya la. Ter”konpius” jugak saya pasal isu ni..

update:Barang pertama yang terjual di ebay adalah mesin taip rosak oleh owner ebay sendiri.Rupanya orang yang nak buat koleksi mesin taip rosak..huhuhu..Ada jugak, pelik kan manusia?:p

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Apabila Ebook Anda Di”pirate”, Apa nak buat?

Wednesday, February 13th, 2008 |

Apa khabar semua?Sekarang ni semakin banyak ebook yang kena pirate. Irwan Dahnil pun dah kali ke 4 kena. Saya pulak dah melebihi 10 kali dah.Malas nak kira dah. Tapi apakah tindakan yang boleh penulis ebook lakukan untuk melindungi hak cipta mereka? Jika ikut protokol, memang rumit la.

Sebenarnya apa apa sahaja penulisan anda,ia akan dilindungi jika anda nyatakan ia tidak mahu disalin atau digunakan oleh orang lain.Tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab menyalin bulat bulat daripada sales letter atau menjual secara haram ebook adalah satu perkara yang serius. Anda sebenarnya boleh mengambil tindakan undang undang jika anda dapat buktikan ia adalah kepunyaan anda.

Apa yang perlu anda buat? Anda boleh lakukan:

  1. Memberi amaran/teguran kepada mereka yang menjual ebook anda.Sesetengah daripada mereka tak tahu mereka tak boleh jual & biasanya yang menjadi dalang ialah orang yang membina laman web untuk mereka.
  2. Jika ebook anda dilelong di Ebay atau Lelong.com.my. Anda boleh laporkannya kepada pihak lelong. Pada setiap listing,anda boleh laporkan.Jika di ebay, orang berkenaan akan digantung keahlian atau ditamatkan terus. Jika dilelong, lelongan berkenaan akan ditamatkan dalam masa 24jam setelah dilaporkan. Penjual pulak akan dikenakan denda RM25 jika bersalah.Itu jika mereka digantung keahlian.
  3.  Meningkatkan keselamatan seperti meletakkan password pada ebook anda. Ia adalah satu tindakan yang paling efektif.Namun, ia juga menyusahkan anda dan pembeli anda.:)
  4. Buat laporan polis. Ini adalah paling ekstrem. Jika mereka berdegil & terus menjual produk anda walaupun telah ditegur. Ia adalah satu tindakan yang wajar. Kita ada undang undang hak cipta.
  5. Buat Resell Right. Hah,kalo mereka nak jual sangat.Suruh diorang beli pakej RR daripada anda. Ia bergantung la kepada anda.Jika saya, saya tidak akan buat RR jika produk berkenaan adalah perkara teknikal dan memerlukan saya membuat support after sales yang lebih. Ia adalah untuk memudahkan saya mengawal dan menfokuskan perhatian kepada pelanggan saya.

Itu adalah antara cara yang boleh anda buat jika ebook anda dipirate. Jika ebook yang berkualiti, ia pasti akan menjadi sasaran untuk dijual secara haram. Biasanya ebook yang “hot” akan menjadi pilihan kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran.

Bagi menghasilkan ebook yang hot & berkualiti. Banyak masa diperlukan dan diambil. Bukan senang nak tulis. Jadi jangan la senang senang je jual balik ebook orang tanpa kebenaran. Hasil jualan ebook haram adalah Haram.Takkan nak bagi anak  bini makan duit haram. Nilai sendiri la ye.

p/s: Oh ya, anda boleh dapatkan Ebook Rahsia Penulis Ebook di http://www.penulisebook.com jika anda ingin menjadi seorang penulis ebook. Siap promote plak..hehehe

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Panduan Social Bookmarking

Sunday, December 16th, 2007 |

Dalam masa 1 jam saya buat satu ebook khas untuk anda semua. Ia ditulis dan diconvert dengan mengunakan perisian Open office. Ia adalah ebook tentang panduan tentang bagaimana untuk mendapat trafik dan backlink dari Social Bookmarking site terutamanya laman web MalaysiaStory.net.

Saya nak lawan Zul buat Ebook Free. Hohoho..Nak krismas dah..:p

Anda boleh download ebook ini di http://www.panduanjimat.com/PanduanSocialBookmarking.pdf

Sekali lagi saya tak buat Ecover. Ada orang yang nak tolong buat pun takpe.:P

Download dan manfaatkannya. Ia adalah kajian kes tentang bagaimana ia tersenarai pada kedudukan ke 3 bagi keyword “panduan jimat” dalam masa kurang daripada 2 hari. Saya tahu semalam ketika saya mengkaji SEO untuk laman web PanduanJimat.com.

Kemungkinan dalam masa 1 hari ia dah tersenarai di Google. Jika anda inginkan backlink dan jugak trafik percuma. Manfaatkan Ebook tersebut.

Sham

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Kenapa Takde Orang Beli Ebook Aku…

Thursday, November 29th, 2007 |

Siapa yang jual ebook, Pernah terjadi kepada anda? Hohoho..Ia tak pernah terjadi kepada saya sebenarnya tapi terjadi kepada kebanyakan penulis & penjual ebook diluar sana. Kat mana silapnya bila orang tak beli ebook anda?

Tak promosi la jawapnye. Kalo promosi mesti ada orang beli. Tak kisah nak promosi kat mana pun.Kat forum ke, surat khabar ke atau kat mana sahaja asalkan anda sentiasa promosi ebook anda. Duit takkan datang bergolek kalo tak usaha. Kini banyak ebook yang saya kira terlalu hype seperti RM200,000 sebulan dengan kaedah ni. Tidak perlu bekerja dengan kaedah tu..

Kalo nak jual ebook pun biarlah realistik & mampu dicapai oleh orang yang beli. Kat sales letter saya di PenulisEbook.com pun saya just nyatakan pendapatan 4angka sebulan dengan jual ebook sebab  sememangnya pendapatan saya dari ebook sebegitu. Tiada hype atau nak tipu pape. Saya rasa semua orang mampu lakukannya untuk mencapai jumlah tersebut.

Ebook yang terlalu hype sebenarnya merosakkan kepercayaan orang yang membeli ebook berkenaan. Mereka pasti tidak akan membeli ebook lagi kerana berasa tertipu dengan ebook berkenaan. Sebab itulah jangan buat ebook yang hype atau melampau. Saya boleh kata pendapatan saya sekian sekian, tapi adakah ia mampu dicapai oleh pembeli? Be realistik.

Jangan hype & lakukan cara promosi yang betul.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Jangan Harap Promosi Percuma sahaja

Wednesday, November 21st, 2007 |

Salam Usahawan buat sahabat sekalian.

Ini adalah tips buat mereka yang baru berjinak jinak dalam perniagaan internet. Jika anda ingin menjual sesuatu tidak kira la samada produk digital atau fizikal, support after sales adalah sangat penting. Ia akan membuatkan samada mereka membeli dari anda 1 kali sahaja atau terus membeli produk anda yang akan datang.

Kebanyakan pembeli dari Ebook RajaAdsense membeli Ebook PenulisEbook. Itulah hakikatnya. Malah ada setelah membeli ebook RajaAdsense, mereka bertanya saya jual ebook apa lagi sebab mereka nak beli. Untuk pasaran Malaysia saya ada 2 ebook sahaja yang dah lama.

Menjelang 2008, saya akan lancarkan ebook terbaru saya yang bukan dari Niche Internet marketing. Ada yang bertanya kenapa saya lari dari niche saya. Jawapannya, saya mesti tulis kerana jika tidak, tiada orang menulis tentang topik tersebut. Mungkin kemahiran saya adalah menulis, jadi saya menulis.

Dalam masa yang sama, saya juga menulis ebook baru yang dalam niche saya. Saya nampak ramai IM newbie mengabaikan perkara ni iaitu promosi. Saya menerima agak banyak call yang bertanya tentang bagaimana untuk promosi produk mereka. Terlalu banyak cara untuk promosi sebenarnya.

Saya hanya cadangkan mereka iklankan di Cari dan direktori iklan yang lain. Mereka juga boleh lakukan Blog marketing sebagaimana Zul Smartusaha lakukan. Cara lain anda boleh iklan di akhbar online. Jika di berita harian, rate 1 minggu adalah RM150 untuk iklan text. Jika banner kecil, RM420 seminggu.

Kebanyakan usahawan intenet yang baru terlalu bergantung kepada iklan secara percuma. Ia sebenarnya sangat perlahan sebab ia adalah percuma. Jika anda inginkan hasil yang banyak. Laburkan dalam iklan. Iklan saya akan keluar di Harian Metro bermula 24hb ni ke 2hb Disember. Saya sedang menguji keberkesanan iklan jenis baris kat sana. Harganya RM52.50 sehari kerana iklan saya 5 baris. Nanti anda cari la ye kat Harian Metro.

Target seterusnya ialah Sinar Harian. Nak uji respon rate pembaca akhbar tabloid tu pulak.Ia lebih murah.Apa yang nak diuji ialah adalah pembaca mereka melihat iklan. Untuk iklan di akhbar offline, jangan Iklankan url sahaja. Kenapa? Pembaca offline takkan boleh terus tengok laman web anda.Mereka akan lupa setelah melihatnya. Jadi penyelesaiannya bagi masalah ini, saya masukkan SMS untuk membuatkan mereka “BERTINDAK” segera sebelum melayari laman web kerana mereka takkan lupa selagi sms berkenaan tidak didelete.

Sebab itulah saya laburkan wang untuk membeli Aplikasi SMS. Pembaca Harian Metro contohnya melebihi 2 juta orang setiap hari. Bayangkan hanya 10% yang respon & sms. Dari sms tersebut saya redirect ke laman web jualan. Daripada jumlah tersebut, 1% beli ebook. Ini cara promosi yang saya sedang uji sekarang. Ia adalah kaedah pemasaran hybrid iaitu gabungan sms+im+surat khabar.

Kempen Adwords saya pulak bagi PenulisEbook.com, 38 klik dengan 8 daripadanya membeli ebook. Conversion ratenya adalah 21.05%. Anda boleh lihat dibawah:

iklan

Kos saya? Hanya RM1 je sehari. CPC pulak just RM0.05.Jadi dengan RM1.90 saya dapatkan RM400. Ha..Ajaib bukan? Dengan RM2 saya tukarkan menjadi RM400. Tak tipu ye. Ini bukan silap mata.Inilah potensi sebenar perniagaan internet khususnya perniagaan ebook.

Jadi kenapa anda takut untuk keluarkan sedikit bajet untuk promosi dan pengiklanan?Anda patut belanja sekurang kurangnya 20% daripada pendapatan anda untuk iklan. Kalo anda dapat RM1000, jadikan RM200 untuk iklan. Bajet iklan dan promosi saya ialah RM500.Saya gunakan untuk testing kat tempat berlainan.

Untuk pegiklanan offline,saya baru sahaja nak test.Jadi saya tak boleh beri keputusan lagi tentang respon pembaca surat khabar ni. Kalo “meletup” saya akan kongsikan disini. Kalo gagal pun saya kongsi gak.Harap harap tak gagal la.:P

Kesimpulannya, gunakan iklan berbayar untuk impak yang maksima!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan