Monday, August 13th, 2007 |
Kita sambung post semalam tentang Peluang Buat Duit Buat Blogger. Kita tambahkan lagi. Pilih yang dirasakan sesuai. Tidak semua program ini sesuai untuk blog kita. Kita kena cari program yang menghasilkan duit yang yang lebih banyak untuk blog anda.
- Bidvertiser
Ia adalah seperti Google Adsense jugak.Cuma ia dari company lain.Nilai min payout juga sedikit iaitu $10 sahaja. Namun sebagai Advertiser, ia mempunyai conversion rate yang sangat rendah. Saya pernah iklankan produk saya di sini dan ia kurang memberangsangkan.Namun, sebagai blogger. Ia boleh menambah sedikit pendapatan anda terutama yang telah kene ban dari Google Adsense. Anda boleh daftar di http://www.bidvertiser.com.
- Affiliate
Blogger juga boleh promosikan program affiliate di blog mereka.Anda boleh cari produk² dari CJ.com, ClickBank, MaxBounty atau Paydotcom. Anda boleh pilih dari mana yang sesuai. Jika clickbank, ada sedikit trick untuk menyertainya kerana mereka ban Malaysia dari menyertainya. Saya gemarkan PayDotCom.com kerana bayaran adalah melalui Paypal.
- Pay Per Post
Ia seakan akan ReviewMe. Di dalam PPP, anda boleh pilih peluang untuk anda review. Disini anda memilih pengiklan manakala di ReviewMe, pengiklan yang memilih anda. Anda juga boleh mencari pengiklan sendiri melalui PPP Direct.Anda boleh daftar di http://www.PayPerPost.com.
- Pay To Blog
Ada beberapa syarikat yang membayar untuk anda berblog. Namun, ia memerlukan kriteria tertentu untuk menyertainya. Hongkiat ada menyenaraikan http://www.hongkiat...at-pays-you-to-blog/" title="hongkiat" target="_blank">28 Syarikat yang menawarkan pay to blog ini. Anda boleh lihat di blog hongkiat. Saya malas nak tulis kerana panjang sangat.Jadi anda boleh refer blog hongkiat.
- Cash For Content
Ia memerlukan anda menulis artikel dan submit kepada syarikat berkenaan. Ada yang membayar dar $5 ke $20 bagi satu artikel 500 patah perkataan. Ini memerlukan anda menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Mereka menekankan kualiti artikel.Namun, dengan blogging anda sebenarnya melatih kemahiran anda menulis. Anda boleh google je.
- Ghost Writing
Penulis Hantu?Hehehe.Jangan risau.Ia tidak kacau anda.:p.Ia adalah istilah yang digunakan oleh penulis underground. Bayarannya cukup lumayan. Antara Ghost Writer yang saya tahu ialah Syia dimana dia pernah mendapat projek sebanyak USD25,000 untuk menulis artikel selama 3 bulan. Setiap bulan ada certain amount artikel la. Namun, kalau anda rajin dan mahir, anda boleh menulis 2,3 artikel setiap hari. Saya juga menulis 3-6 artikel untuk blog² saya.Saya belum menulis untuk sesiapa lagi setakat ini. Namun, ghost writing memang lumayan jika anda dapat tangkap “Ikan Besar” kerana mereka akan bayar cukup besar. Tempat biasa anda boleh cari projek adalah di http://www.elance.com. Namun anda perlu bersaing dengan penulis freelance dari seluruh dunia. Ia sesuai jika anda masih belum mempunyai pelanggan tetap.
Macamana? Dah cukup ke belum peluang buat duit dengan Blogging ni? Ada banyak lagi tapi saya tidak detailkan kerana saya mahu anda mencarinya sendiri. Takkan nak kena suap semua kot.
Apa yang anda explore sendiri sebenarnya “makan dalam” berbanding dengan orang berikan percuma. Tak percaya? Anda baca semua ebook percuma yang anda dapat? Rasanya ramai yang hanya download & peram dalam pc mereka. Nak dijadikan “BUDU” agaknya.:P. Tu kalo orang pantai timur. Kalo orang pantai barat, nak jadikan “PEKASAM”.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Blogging, Panduan, Perkhidmatan | 4 Comments »
Friday, August 10th, 2007 |
Ramai usahawan susah nak menentukan harga produk digital.. Adanya letak harga rm20 malah ada yang letakkan harga RM300 untuk ebook. Sebenarnya ia tiada masalah jika meletakkan harga yang tinggi asalkan ia dapat menyelesaikan masalah orang.Ia juga sebenarnya dikira sebagai profesional fee terhadap kemahiran usahawan tersebut.
Profesional fee adalah sesuai yang sukar dinilai.Seorang penceramah motivasi terkenal mengenakan RM10K untuk satu sesi ceramah. Itulah fee yang perlu dibayar untuk dapatkan ilmu beliau. Jika Dr.Irfan Khairi mengenakan sekurang kurang RM6K untuk sehari seminar. Itulah fee bagi ilmu yang akan diberikan kepada peserta. (tu qoutation untuk tahun lepas, sekarang dah naik kot).
Begitu jugak dengan harga ebook atau produk digital lain. Ada juga yang caj berdasarkan masa yang digunakan seperti rm30 untuk 1 jam. Ada juga yang mengira berdasarkan harga tetap seperti kebanyakan designer. Mereka meletakkan harga tetap untuk khidmat mereka.Ia memudahkan merela memilih designer yang terbaik & murah.
Kebanyakan usahawan internet sekarang bukan lah mereka yang tidak berpendidikan tinggi. Kebanyakan usahawan intenet yang saya kenal mempunyai sekurang kurangnya diploma. Jadi jangan pandang rendah kepada mereka kerana mereka mungkin mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dari anda. Smartzul, Shuth, Kidino. saifulsham (bakal) dan ramai lagi mempunyai ijazah. Saya sendiri mempunyai ijazah. Berapakah yang mereka belanjakan untuk dapat segulung ijazah tersebut?
Itulah profesional fee mereka. Tapi untuk pasaran Malaysia, saya sarankan hanya meletak harga dibawah rm50. Ia adalah harga mampu oleh orang kebanyakan. Trend sekarang juga orang lebih membeli produk dibawah harga rm50 tersebut.Jika anda meletakkan harga melebihi rm100, hanya segelintir sahaja akan membeli. Lebih baik 100 orang membeli produk berharga rm50 berbanding 10 orang yang membeli produk yang berharga rm100 bukan?
Namun trend kini mula berubah apabila semakin banyak produk berharga melebihi rm100 ke pasaran. Yang lebih baik, ia mendapat sambutan. Ia merupakan satu pentunjuk bahawa orang semakin mampu untuk berbelanja untuk produk digital. Kepada usahawan, ia merupakan satu berita baik.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Keusahawanan, Perkhidmatan, Perniagaan, Tips | 4 Comments »
Saturday, June 9th, 2007 |
Tahukan anda sebenarnya boleh buat duit dengan kemahiran bahasa inggeris? Kenapa, tak percaya? Anda boleh buat beribu ribu ringgit dengan kemahiran bahasa Inggeris. Jika anda seorang cikgu bahasa inggeris, kenapa tak gunakan kemahiran tersebut. Anda boleh buat duit samada secara online atau offline.
Jika secara offline,anda boleh mengadakan kelas bahasa inggeris atau tuisyen di rumah. Bahasa inggeris menjadi sangat penting pada hari ini. Kita perlu menguasainya. Terdapat banyak cara untuk membuat duit dengan kemahiran bahasa. Anda juga boleh menyediakan perkhidmatan penterjemahan hanya dari rumah.Pelajar hari ini belajar matematik pun dalam bahasa inggeris!!
Cari duit dengan bahasa inggeris secara online adalah antara paling popular. Ini adalah kerana mat salleh sendiri malas menulis. Anda boleh mengunakan kemahiran bahasa inggeris anda untuk menyediakan perhidmatan ini. Perkhidmatan copywriting,proof reading,article writing,ghost writing dan sebagainya memerlukan kemahiran bahasa inggeris. Ramai IM dari malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini.Mereka membuat beribu ribu daripadanya.
Jika anda pandai memasarkan kemahiran anda,anda pasti tidak akan kesempitan wang kerana anda pasti tidak cukup masa kerana tempahan bagi perkhidmatan anda yang terlalu banyak. Anda tidak semestinya mempunyai tempahan yang banyak.Anda boleh tackle pakar atau “jerung internet marketing” untuk khidmat anda sudah mencukupi. Buat permulaan boleh la membina kredibiliti terlebih dahulu. Jika mereka berpuas hati,mereka akan mengunakan khidmat anda lagi.
Ada diantara mat salleh ini sanggup membayar beribu ribu bagi mendapatkan beberapa artikel tentang apa yang mereka mahu. Terdapat banyak perkhidmatan yang anda boleh lakukan. Antara platform anda boleh dapatkan pelanggan ialah Elance.com dan banyak lagi directori perkhidmatan freelance. Boleh cari kat Google la ye…Namun,anda perlu bersaing dengan ramai orang yang turut menawarkan khidmat yang sama. Anda juga boleh menghubungi mereka yang dirasakan memerlukan khidmat anda .JV dengan mereka.Tapi pastikan dengan approach yang sesuai.Anda jangan pula SPaM mereka.
Tawarkan harga yang berpatutan.Jika mereka berpuas hati,mereka tidak teragak agak membayar beribu ribu bagi perkhidmatan anda.Bina rangkaian perniagaan anda dahulu.Anda tidak semestinya melakukan seorang diri. Anda boleh cari rakan² lain dan menyediakan perkhidmatan anda. Kerja anda akan lebih cepat dan pelanggan anda pun suka jika anda dapat siapkan kerja dengan cepat. Kuncinya jangan buat kerja seorang diri jika anda ingin berjaya.
Buat team anda sendiri yang terdiri dari 2 atau 3 orang.Jangan terlalu ramai kerana ia kurang berkesan jika terlalu ramai. Ia boleh melengahkan kerja jika terlalu ramai.Akan berlakunya kurang produktiviti jika terlalu leka dengan sembang² jika terlalu ramai. Anda perlu fokus dengan kerja masing masing. Ini adalah kerana anda perlu melakukan kajian bagi menghasilkan kerja yang berkualiti. Sekali lagi..FOKUS!!!!
Saya sebenarnya mempunyai beberapa rakan yang sebegini. Kerja terlalu lembab sehingga ia mengangu kerja orang lain. Setkan due date.Jika tidak,mereka pasti akan melengahkannya sehingga menjejaskan reputasi anda(team) sendiri.Ini adalah antara cabaran jika kerja berkumpulan.Salah seorang daripada anda perlu menjadi pusher untuk mendorong rakan lain membuat kerja.
Kerja berkumpulan berbeza dengan kerja bersedirian. Ada kelemahan yang tersendiri.Anda perlu menjadi pemangkin kepada rakan² yang lain agar membuat kerja dengan lebih cepat. Tolong mereka jika anda ada masa.Tetapi jangan terlalu kerap kerana mereka akan naik “lemak” jika terlalu dibantu.Ini adalah kerana ia adalah hasil berkumpulan bukan anda seorang.Masing² perlu memainkan peranan agar terus maju dan berjaya.Jika tidak,kumpulan anda akan gagal. Pelanggan pun akan lari.
Jika anda seorang pelajar universiti,anda mempunyai tempat yang sesuai bagi kerja cari duit dengan menulis dalam bahasa inggeris ini. Ia tidak lah susah kerana kebanyakan perisian word processor hari ini mempunyai fungsi cek kesalahan bahasa. Jadi ia turut membantu anda dalam membina empayar perkhidmatan anda.
Semoga ia memberi sedikit idea untuk anda bermula dari sekarang.Selamat cari duit dengan bahasa Inggeris!!!
p/s:Saya pernah membuat perhidmatan translate artikel masa kat u selain membaiki PC.Pelajar u ada yang malas buat assigment.Anda sediakan penyelesaiannya. Namun, jangan sampai ia menjejaskan pelajaran anda!Ada yang hendak jalan pintas siapkan kerja..:P
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Cari Duit, Idea, Keusahawanan, Peluang Perniagaan, Perkhidmatan | 5 Comments »