Raja Adsense

Archive for the ‘Report’ Category

Kempen Spam Bermula…

Friday, December 7th, 2007 |

Saya cukup tak suka bila mana mana IM mat salleh start buat bagi ebook free dapat komisen. Dulu saya pernah jugak promote tapi lepas tu dah fedup dengan marketing mcm tu..Orang download pun bukan nak baca pun. Just nak duit je tu. Email saya pun banyak di Spam. Geram pun ada…

Malah ada yang komen kat sini pun ada spam dok terang kat saya apa yang saya dah tahu pasal ebook tu.Satu tindakan yang BODOH saya rasa dengan cara spamming macam tu. Dia tunjukan kelemahan dia sendiri bahawa betapa terdesaknya sehinggakan sanggup untuk spam sesiapa sahaja demi mendapatkan $0.25.

Kalo perasan,komisen bagi pemasaran ebook free berkomisen dah turun banyak. Kalo dulu $1,$0.50 kini hanya $0.25. Sebab apa, save bajet diorang sebab diorang still dapat list yang sama dengan kos yang lebih murah. Sekarang ni dah berapa banyak “kematian” yang diorang buat dah?Adsense, IM,Network Marketing…

Sebenarnya ada 2 efek benda ni, samada orang sedar atau terus jadi negatif. Contohnya bila kuar Adsense mati, ramai yang anggap tak boleh buat duit dah dengan Adsense sedangkan benda tu tak betul pun. Ia hanya hype untuk dapatkan list. Ia cara yang berkesan, malah dengan iklan adwords kalo yang negatif tu yang paling mendapat paling banyak klik. Ia merupakan teknik terbalik dengan mengunakan kenyataan negatif seperti mati….

Saya dah jangkakan benda ni.Saya akan menerima banyak spam promote benda alah tu.Buktinya saya dah delete kan 7 email promote benda tu kejap tadi.Saya langsung tak buka, just tick email tu & tekan delete. Saya tak minat nak baca pasal network marketing atau MLM ni. Ia bukan niche saya pun. Saya tak nak information overload & menghabiskan masa saya membaca benda yang tak meningkat prestasi saya.

Nilai sendiri la jika anda yang promote tu.. samada ianya untuk komisen atau untuk ilmunya..Kalo komisen, saya gerenti anda langsung tak membacanya.Just download masuk dalam pc & biarkan ia berkarat dalam tu…Ahaks..sorry yang terasa dengan post ni.. Saya hanya menyatakan apa yang saya nampak & alami…

Peace!!!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

SMS Booking

Monday, November 26th, 2007 |

Ramai yang berminat untuk guna cara yang saya gunakan untuk booking ebook Panduan Membeli Secara Online dengan sms. Ebook ini mendapat sambutan yang agak mengalakkan. Rasanya komuniti usahawan Malaysia pun dah ramai yang membaca & mengedarkannya.

Inilah yang dikatakan sebagai viral marketing. Ia seolah olah oleh virus yang merebak. Shuth pun dah letakkan pada laman utama WangCyber. Reezluv telah buatkan satu ecover untuk blog beliau. Saya minta kebenaran untuk gunakan ecover yang dihasilkan beliau.Thanks fairiz.

Berapakah kos untuk memiliki sistem sms yang saya gunakan? Jawapannya hampir RM800 je. Malah ada yang menawarkan harga RM5000 untuk fungsi yang sama yang saya gunakan. Siapa yang ke seminar Irwan Dahnil akn mendapat diskaun untuk semua aplikasi SMS ni. Jadi ia satu pelaburan yang berbaloi untuk ke seminar beliau.

Apa yang best, anda akan dibimbing untuk mengunakan aplikasi sms berkenaan. Jadi anda tidak la terkontang kanting untuk guna aplikasi sms. Jadi anda perlu ada sekurang kurangnya RM1000 untuk ke seminar & beli aplikasi sms. Ia jauh lebih murah berbanding oleh orang lain. Tak percaya, anda boleh survey sendiri la.

Aplikasi yang saya gunakan ialah IOD atau information on demand dimana saya boleh caj apabila orang sms dan sms tersebut berjaya. Kalo orang sms tu takde kredit,tak berjaya la & saya tak boleh caj la. Saya boleh caj sekali je tau. Tapi kalo dia sms sekali lagi, saya boleh la caj. Sebab tu dinamakan IOD sebab kena caj apabila diminta.Ia adalah berkonsep reverse billing.

Ia berlainan dengan aplikasi Subcribe. Jika anda taip ON pape,anda boleh dicaj selagi anda tidak taip STOP. Usahawan sms juga perlu nyatakan berapakah sms yang dihantar semingu atau sebulan pada terma dan syarat.

Jadi ke seminar Buat Duit dengan SMS dulu jika ingin tahu lebih lanjut.

p/s: Iklan saya kat Harian Metro sedang berjalan sehinga 2hb ni. Rasanya saya membuat satu kesilapan. Lain kali saya kena lebih alert benda ni.Saya silap pilih section sebab untuk tengok samada kedudukan iklan baris ok ke tak.Nampaknya teori saya tentang kedudukan iklan baris adalah silap.

p/p/s:Anda perlu biasakan diri untuk membuat silap & jangan mengulangi lagi. Belajar dari kesilapan.ooh..saya rugi kali ni…hu.hu.hu

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Report Scam di Zaharuddin.net

Sunday, May 20th, 2007 |

Isu berkenaan skim cepat kaya dan pelaburan masih belum reda. Saya baru sahaja mendapat tahu report Internet Scam telah dibaca oleh Ustaz Zaharuddin. Anda boleh lihat di Sini. Ini adalah antara yang ditulis oleh beliau:

Kajian Berkenaan Penipuan Internet 

Soalan

Apakah hukum ‘paid to clik’ (klik saja terus dapat duit), ‘paid to read email’ (baca email dapat duit), Paid to Surf ( lawat saja dapat duit), kemenangan loteri melalui email tanpa disertai dan banyak lagi.

Jawapan

 

Secara peribadi saya belum ingin mengkajinya kerana status kebenarannya masih diragui. Cuma kajian seorang graduan UUM ini mungkin dapat membantu untuk mengetahui status kebenaran atau tipunya semua ini. Walaupun penulis juga mempromosikan beberapa skim untuk dirinya, ia tidak bermakna kajiannya tidak terpakai secara automatik.

Apa yang saya harapkan adalah anda rajin membaca tulisan di bawah serta memikirkannya dengan waras. Saya tidak semestinya bersetuju dengan penulisannya, tetapi saya kira ada manfaat yang boleh dikongsikan melalui penulisan ini.

Ust zaharuddin

18 Mei 2007

Cuba buka kajian penulis ini di sini, KLIK DI TULISAN DI BAWAH

PENIPUAN DI INTERNET

Saya menulis report untuk hanya untuk teknik pemasaran viral untuk beberapa produk tempatan disamping memberi pendedahan kepada masyarakat tentang risiko dan apa dia penipuan internet yang terdapat didunia sekarang. Sebenarnya ada banyak lagi penipuan cuma tak larat nak tulis.:P

Saya tak tahu kenapa orang suka sangat guna perkataan “SKIM”. Buat pengetahuan mereka yang pertama kalinya melawat blog ini. Ia adalah bukan skim cepat kaya yang saya promote dalam tu.Ia adalah produk² usahawan internet malaysia ini. Seperti kata beliau, baca dan nilai dengan waras. Jangan membuta tuli.Anda dikurniakan akal untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk.

Ustaz Zaharudin juga telah menclearkan keadaan tentang Wangcyber.com yang disabitkan sebagai skim cepat kaya. Beliau ada menyelar pihak² yang mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian terperinci atau mungkin dari penulis sambilan yang ingin berita beliau diterbitkan walaupun tidak tahu langsung tentang perkara berkenaan. Ini adalah kerana kebanyakan yang disenaraikan tersebut adalah forum, tempat permbincangan bukan penganjur skim cepat kaya. Tak bertangungjawab langsung.

Jika anda belum membaca report yang saya tulis. Anda boleh download di sidebar blog ini.Jika anda ingin mengedarkanya..anda boleh gunakan url image seperti dibawah:

http://www.rajaadsense.com/scam.gif
dan url bagi download adalah
http://www.rajaadsense.com/Scam.zip

atau gunakan code ini:

<a href=”http://www.rajaadsense.com/Scam.zip” mce_href=”http://www.rajaadsense.com/Scam.zip” target=”_blank”><img src=”http://www.rajaadsense.com/scam.gif” mce_src=”http://www.rajaadsense.com/scam.gif” alt=”Penipuan Internet yang patut anda tahu” width=”150″ height=”230″ border=”0″ /></a>

Semoga lebih ramai mendapat manfaat dari tulisan yang tak seberapa ini. Ia adalah sedikit sumbangan saya terhadap isu terkini yang sedikit sebanyak menjejaskan reputasi perniagaan internet. Ramai orang keliru dan tidak tahu membezakan samada ia adalah benar atau tipu.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Percuma!!Kesilapan Usahawan Muda Internet

Tuesday, May 15th, 2007 |

Apa khabar semua? Akhirnya bitol telah siapkan projek terbaru dari beliau iaitu Kesilapan Usahawan Muda Internet. Ia melibatkan 11 orang usahawan muda internet dari Malaysia.Ketahui kesilapan kesilapan yang dilakukan oleh bitol,saifulsham,zul smartusaha, zamri nanyan,Kak Galadriel,Shuth,Alang,Irwan Dahnil, amirol,saya dan Tazilan dalam perniagaan mereka.

internet muda

Kebanyakan dari kami bermula dari kosong dan melakukan banyak kesilapan ketika dalam perjalanan kami di dalam perniagaan internet kami. Kami juga membuat kesilapan.Jadi kami kongsikan kesilapan yang telah kami lakukan agar ia tidak diulangi oleh mereka yang ingin terlibat di dalam perniagaan internet.

Ia adalah PERCUMA. Kata bitol, ia adalah sumbangan terakhir sebelum menumpukan sepenuhnya kepada pasaran antarabangsa. Sememangnya pasaran antarabangsa lebih menguntungkan.

Anda boleh download ebook.report ini di http://www.internetmuda.com.

Ia adalah percuma.Anda boleh download dan dapatkan manfaat daripadanya. Jangan ulangi kesilapan yang kami lakukan. Kami tidak mahu anda terbabas dan tersasar dari matlamat anda. Ramai yang mengejar 1 Juta dalam perniagaan mereka. Namun, anda mungkin mendapat RM0.00 kerana kesilapan yang anda lakukan.

Anda pasti ingin tahu juga tentang kesilapan dan bagaimana kami bangkit daripada kesilapan yang kami lakukan. Anda dapatkan segera di http://www.internetmuda.com.

Ia patut dibaca oleh mereka yang ingin serius dalam pernigaan internet sebagai panduan dan dorongan untuk lebih maju.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Internet Scam: Penipuan Internet yang Patut Anda Tahu

Tuesday, April 24th, 2007 |

Ok.Saya dah siapkan report terbaru dari saya.Matlamat saya untuk menjadi IM paling banyak menulis ebook & report..huhuhu..Harap² la..

internet scam

Anda boleh download report ini di http://www.rajaadsense.com/Scam.zip

Tak perlu register apa apa.Hanya download.

Semoga report ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Ecover pun saya hanya buat dalam masa beberapa minit.Cincai sungguh.

Saya baru sahaja cuba dapatkan 2 orang programmer untuk projek B2B saya. Harap mereka bersetuju la dengan apa yang saya offer.

Saya menghasilkan report disebabkan ramai orang tertipu dengan helah penipu² di internet. Jadi saya dedahkan disini agar ia dapat mengubah keadaan kita hari ini. Semoga tiada lagi rakyat Malaysia yang tertipu dan ditipu.

Report ini mempunyai 44 muka surat tau. Dekat 1 minggu saya bertungkus lumus menulis report ini. Harap anda semua dapat mengedarkannya. Berikannya kepada kawan²,sanak saudara dan sebagainya agar mereka tidak tertipu oleh penipu dan penyagak di internet.

Saya juga ada menjelaskan beberapa perbezaan diantara perniagaan internet dan mlm,pelaburan internet dan program buat duit di internet. Harap tiada lagi tang terkeliru.

Ada lagi 4 ebook yang perlu saya siapkan. Wish me luck ye.Semoga saya dikurniakan dengan idea yang banyak.Amin..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan